Hukum Faraid Jika Suami Meninggal Mengikut Majlis Agama Islam Yang Para Isteri Tahu

Hukum faraid jika suami meninggal memastikan harta pusaka diagihkan secara adil mengikut syariat Islam dan membantu waris menuntut hak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas kematian suami, tanggungjawab waris tidak terhenti di tanah perkuburan. Harta pusaka perlu dibahagikan mengikut hukum faraid jika suami meninggal tanpa meninggalkan wasiat atau hibah.

Hukum Faraid Jika Suami Meninggal

Semua harta suami yang ditinggalkan tanpa wasiat atau hibah adalah harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Isteri dan waris lain akan menerima bahagian masing-masing mengikut peraturan faraid.

Siapa Berhak Dapat Faraid?

Hukum faraid menentukan siapa yang berhak mewarisi harta si mati dan cara pembahagiannya mengikut syariat Islam.

Antara golongan yang layak menerima faraid:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Isteri dan anak-anak adalah waris utama.
  2. Jika ada anak lelaki, anak perempuan, ibu, dan bapa, mereka juga adalah waris.
  3. Jika suami meninggalkan isteri, anak perempuan, dan bapa, adik-beradik suami tidak berhak.
  4. Adik-beradik layak hanya jika tiada anak lelaki.
  5. Waris tetap berhak walaupun anak lelaki baru berumur dua hari.
  6. Isteri berhak walaupun diceraikan dengan talaq satu sebelum kematian suami.
  7. Isteri tetap berhak walaupun perkahwinan baru berlangsung selepas akad nikah.
  8. Waris tidak boleh diharamkan daripada mewarisi harta suami.

Berapa Bahagian Faraid untuk Waris?

Pembahagian faraid adalah mengikut nisbah yang ditetapkan dalam hukum Islam berdasarkan jumlah dan jenis waris yang ada.

Setiap kategori waris seperti isteri, anak-anak, bapa, ibu, dan saudara mara mempunyai bahagian tertentu.

Sebagai contoh:

1. Isteri

Jika suami meninggal dan mempunyai anak, isteri berhak kepada 1/8 daripada harta pusaka. Jika tiada anak, bahagian isteri meningkat kepada 1/4.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Anak lelaki menerima dua kali ganda bahagian anak perempuan. Sebagai contoh, jika ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, anak lelaki akan menerima 2/3 daripada harta pusaka, manakala anak perempuan mendapat 1/3.

3. Bapa dan Ibu

Jika ada anak, bapa akan menerima 1/6 daripada harta pusaka. Ibu juga menerima 1/6. Jika tiada anak, bahagian mereka mungkin lebih besar.

Di samping itu, harta sepencarian yang diperoleh bersama pasangan sepanjang perkahwinan juga boleh dituntut oleh isteri atau suami yang masih hidup sebelum pembahagian faraid dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pembahagian ini perlu melalui proses Mahkamah Syariah untuk menentukan jumlah harta sepencarian sebelum ia diagihkan kepada waris mengikut faraid.

Adakah Wang Khairat Kematian Perlu Difaraidkan?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wang khairat kematian tidak termasuk dalam harta pusaka yang perlu difaraidkan kerana ia dianggap sebagai bantuan kewangan kepada waris yang ditinggalkan dan bukan harta yang diwarisi.

Walau bagaimanapun, waris perlu merujuk kepada terma dan syarat perjanjian khairat kematian tersebut agar perjalanan harta tersebut dapat diklasifikasikan atau ditentukan sama ada ia adalah harta yang perlu difaraidkan ataupun tidak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penting sangat ilmu ini untuk kita semua tahu terutamanya kepada para isteri. Sebarkan ilmu yang PENTING ini untuk pengetahuan semua orang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pembahagian Faraid Harta Pusaka Selepas Kematian, Siapa Yang Lebih Layak?

Baca juga: Fahami Tanggungjawab Dalam Faraid, Menjamin Kemuafakatan Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Baca juga: 9 Persediaan PENTING Isteri Wajib Buat Sebelum Pasangan Meninggal Dunia, No #1 Paling Mustahak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah