Lazimnya selesai sembelihan lembu korban, daging akan diagihkan mentah kepada penerima yang layak. Persoalannya jika kita melakukan ibadah korban apakah hukum makan daging kurban sendiri?
Isi Kandungan
Hukum Makan Daging Kurban Sendiri
Menurut Ustaz Azhar Idrus mereka yang melakukan ibadah korban sunat untuk makan sedikit daging yang dikorban itu jika boleh. Ini melibatkan situasi sekiranya ibadah itu dilakukan berdekatan dengan tempat tinggal dan sebagainya.
Bagi keadaan jika melakukan ibadah korban di luar negara dibolehkan jika mereka tidak makan kerana jarak yang jauh dan susah untuk mendapatkan daging yang dikorban.
Nazar Korban, Daging Haram Dimakan
Dalam keadaan lain, menurut Ustaz Azhar Idrus lagi sekiranya seseorang itu bernazar melakukan korban dan tercapai hasratnya ibadah korban yang perlu dilakukan menjadi wajib. Ia dinamakan korban wajib.
“Jika dia bernazar sekiranya dapat anak perempuan akan korban seekor lembu, maka hukumnya jatuh sebagai korban wajib jika dia dikurniakan anak perempuan. Jadi haram untuk dia, anak dan isteri (keluarga) makan daging lembu itu kerana ia adalah sembelihan wajib. Sembelihan wajib ini kena sedekah kepada fakir miskin.”
Bolehkah Masak Semua Daging Korban?
Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, tidak sah ibadah korban seseorang andai ia tidak menyedekahkan daging korban itu kepada orang miskin.
Tidak kiralah sama ada kesemua daging korban itu dimakan oleh tuan korban itu sendiri atau dimasak keseluruhannya dan diberi makan kepada orang ramai, ungkapnya.
“Sememangnya menjadi tujuan ibadah korban adalah bersedekah dagingnya kepada orang miskin. Lebih banyak daging korban yang disedekahkan, maka bertambah lagi ganjaran pahala yang diperoleh oleh peserta ibadah korban berkenaan.
“Ketahuilah bahawa wajib hukumnya menyedekahkan sebahagian daripada daging korban tidak dimasak kepada kelompok fakir miskin tersebut.”
Tujuan ibadah korban ialah bersedekah dagingnya kepada orang miskin. Lebih banyak daging yang disedekahkannya maka lebih banyak ganjaran pahala yang diperolehi.
Oleh itu tidak sah korban seorang yang tidak bersedekah dagingnya kepada orang miskin samada dimakan semuanya oleh tuan korban atau dimasak semua daging dan diberi makan kepada orang ramai.
Wajib hukumnya disedekahkan sebahagian dari daging korbannya yang tidak dimasak kepada faqir miskin.
Berkata Syeikh Kahtib Syarbini :
وَالْأَصَحُّ وُجُوبُ التَّصَدُّقِ بِبَعْضِهَا وَلَوْ جُزْءًا يَسِيرًا مِنْ لَحْمِهَا بِحَيْثُ يَنْطَلِقُ عَلَيْهِ الِاسْمُ عَلَى الْفُقَرَاءِ، وَلَوْ وَاحِدًا
Ertinya : “Dan yang paling sahih ialah wajib bersedekah akan sebahagian daging korbannya walau pun bahagian yang sedikit dari dagingnya dengan sekira-kira dinamakan sedekah kepada faqir miskin sekalipun seorang.” (Kitab Mughni Muhtaj)
Ustaz Azhar Idrus
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pantang Larang Korban Untuk Pelaku, 3 Perkara Ini Perlu Dielakkan Semasa Melakukan Ibadah Korban
Baca juga: Niat, Doa Puasa Sunat Zulhijjah 2024, Puasa Hari Tarwiyah, Arafah & Kelebihan