Hukum Memakai Gincu Ketika Puasa Menurut Mufti Wilayah, Wanita Sila Take Note

Hukum pakai lipstik ketika puasa pada siang hari Ramadhan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak ditelan masuk ke dalam rongga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila puasa muka memang nampak sedikit pucat. Jadi bagi wanita untuk pucat mereka akan memakai lipstik. Jadi apakah hukum pakai lipstik ketika puasa?

Hukum Pakai Lipstik Ketika Puasa

Hukum pakai lipstik ketika puasa pada siang hari Ramadhan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak ditelan masuk ke dalam rongga.

Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ia tidak membatalkan puasa. Ia sama juga seperti hukum pakai lip balm ketika puasa.

Ini berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R.Anhuma mengenai merasa makanan yang mana menyebutkan:

لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya: “Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki tekaknya dan dia sedang berpuasa”

Hukum Pakai Lipstik Ketika Puasa Adakah Membatalkan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila seseorang merasa makanan, sudah pasti ia akan memberikan kesan rasa kepada yang merasanya pada lidah dan selagi mana dia tidak menelannya maka tidak batal puasanya.

Begitu juga keadaannya bagi lipstik. Sekadar terdapat rasa sahaja, ia belum membatalkan puasa melainkan dia menelannya maka batallah puasanya.

Contohnya berkumur jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia amat payah untuk dielakkan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berus Gigi Ketika Puasa Adakah Membatalkan?

Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat para fuqaha’ akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi.

Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat ‘rasa’ pada lidah namun jika tidak ditelan, ia tidak membatalkan puasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Salah Nak Bersolek Ketika Hamil, Tapi Ibu Kena Pilih Yang Selamat Untuk Ibu & Kandungan Ya

Baca juga: Lipstik Tahan Lama Punca Kerengsaan Pada Bibir, Namun Kini Anda Boleh KISS Dengan Selamat!

Baca juga: Jika Tak Mahu Dijangkiti Herpes, JANGAN SESEKALI Cuba Sampel Lipstik Di Kedai!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar