Hukum Suami Melebihkan Ibu Dari Isteri Menurut Mufti WP & UAI
Hukum suami melebihkan ibu dari isteri. Jika hartanya cukup memenuhi keperluan salah satu saja, isteri dan anak harus didahulukan.
Isi Kandungan
Hukum Suami Melebihkan Ibu Dari Isteri
Dalam Islam, seorang anak wajib untuk menghormati orang tua malah Rasulullah menganjurkan untuk mendahulukan ibu daripada ayah sebanyak tiga kali lebih utama. Tetapi agaimana pula hal yang berkaitan nafkah?
Ibnul Mundzir berkata,
“Para Ulama sepakat tentang kewajiban menafkahi kedua orang tua tidak punya pekerjaan atau kekayaan dengan harta anak mereka”.
Dan di antara dalil yang menjelaskan adalah:
Diriwayatkan bahawa seorang badwi datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengatakan, “Saya memiliki harta dan orang tua, dan ayah saya ingin menghabiskan harta saya.” Maka Nabi menjawab, “Engkau dan hartamu boleh dipakai orangtuamu. Sesungguhnya, anak-anak kalian termasuk penghasilan terbaik maka makanlah dari penghasilan anak-anak kalian.” HR. Ahmad, no. 7001.
Berdasarkan hadis di atas, hukum mendahulukan ibu daripada isteri dalam Islam untuk menafkahi orang tua tidaklah wajib atas anak kecuali dengan dua syarat berikut, iaitu:
- Orang tua yang miskin dan memerlukan bantuan
- Anak yang kaya dan memiliki kelebihan nafkah setelah nafkah yang diberikan kepada isteri dan anak-anak.
Kedua syarat ini telah disepakati oleh para ulama. Seorang lelaki yang mampu untuk memenuhi atau menafkahi isteri dan anak-anaknya serta masih memiliki kelebihan nafkah dengan keadaan orang tua yang sudah tidak bekerja dan memerlukan bantuannya, maka wajib bagi anaknya untuk membantu ibu bapa.
Namun masih ada yang bersikap pandang sebelah mata berkenaan hal ini kerana menganggap isteri hanya pendamping dan asalkan si isteri kelihatan baik sahaja, maka dia tidak perlu diberikan wang belanja. Hakikatnya saat terlafaznya akad, isteri mengabdikan diri buat suami jadi si suami perlu tahu hal yang berkaitan nafkah yang perlu diutamakan. Walaupun perkara ini banyak kali dijelaskan, ada suami yang berkeras menyatakan ibu adalah tanggungjawab mereka dan isteri tidak boleh melawan! Ya benar memang ibu merupakan tanggungjawab anak lelaki tetapi ada aturannya ya.
Mana Yang Perlu Didahulukan, Nafkah Isteri atau Ibu Bapa?
Jika suami memiliki harta yang cukup untuk memenuhi keperluan salah satu nafkah saja, maka isteri dan anaknyalah yang harus didahulukan dibandingkan dengan nafkah orang tuanya.
Selain itu juga telah ditegaskan dalam hadits lain yang berisi:
Rasulullah bersabda: “Cukuplah seseorang itu dikatakan berdosa bila ia menahan makanan dari orang yang menjadi tanggungannya.” [HR. Muslim no.996]
Ini jelas menyatakan bahawa seorang lelaki yang telah beristeri harus sentiasa mendahulukan kepentingan isteri dan anak-anaknya dan sudah dibahas pula mengenai hukum suami tidak menafkahi isteri dalam Islam. Jika masih mampu untuk menafkahi atau membantu ibunya maka hal tersebut menjadi wajib juga kerana tentu berbakti kepada orang tua adalah hal yang sangat disenangi oleh Allah Azza wa Jalla.
Perkongsian Kisah Rumah Tangga Suami Lebih Pentingkan Ibu
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Peringatan: Beri Nafkah Kepada Isteri Itu WAJIB Walaupun Isteri Bekerja!
Baca juga: Para Suami Wajib Tahu, Nafkah Untuk Isteri TIDAK SAMA Dengan Duit Belanja Bulanan!
Baca juga: 5 Nafkah Suami Wajib Bagi Walaupun Anda Isteri Yang Mempunyai Kerjaya Sendiri