X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Peringatan: Beri Nafkah Kepada Isteri Itu WAJIB Walaupun Isteri Bekerja!

4 min bacaan
Peringatan: Beri Nafkah Kepada Isteri Itu WAJIB Walaupun Isteri Bekerja!

Nafkah isteri itu adalah WAJIB diberi, ada suami yang tidak tahu ada juga yang tahu tapi pura-pura tak tahu, berdosa ya jika tak beri nafkah isteri.

Apabila bercerita mengenai nafkah isteri ramai suami yang berpaling. Ada yang tahu, ada yang pura-pura tak tahu dan ada juga yang tak mahu ambil tahu? 

Ini peringatan ya, selain solat yang anda dirikan 5 waktu itu wajib, memberi nafkah kepada isteri juga WAJIB!

Ada suami menyatakan kalau isteri sudah bekerja, mengapa perlu beri nafkah? Cukuplah beri tempat tinggal dan bayar bil itu ini. 

Duit isteri adalah kepunyaan mutlak si isteri, si suami sebenarnya tiada hak langsung ke atas duit mereka melainkan mereka sendiri yang menawarkannya. 

Malah nafkah itu sebenarnya elok diberikan sejumlah wang kepada isteri, tidak kiralah berapa pun jumlahnya, sikit pun tak mengapa. Asalkan meraka dapat. Duit itu bertujuan untuk digunakan untuk apa-apa saja, seperti duit poket. 

Seperti penjelasan seorang doktor ini yang bernama Dr Ahmad Samhan menerusi perkongsian beliau di Facebook. Dia menekankan jika suami punyai duit lebih apalah salahnya diberi sedikit kepada isteri.

Penjelasan nafkah isteri oleh Dr Ahmad Samhan

nafkah isteri

“Baba,why do you give money to mama”, tanya Umar
“Because…i’m a husband. If you become a husband, you should give money to your wife. It is your responsibility”

Kenapa perlu beri duit nafkah dan duit belanja pada isteri setelah dapat gaji setiap bulan?
Ramai suami yang pandang remeh perkara ini. Kadang-kadang buat lupa dan culas. Lebih-lebih lagi kalau isteri bekerja.

Ada yang tak pernah beri nafkah pada isteri. Itu biasa saya dengar bila bersembang dengan kawan-kawan. Bukan tak mampu tapi entahlah. Mungkin rasa isteri dah cukup wang belanja.
Jika isteri tak halalkan, si suami berada dalam keadaan BERDOSA kerana perkara ini adalah WAJIB bagi seorang suami. Kecuali isteri halalkan.

Jumhur ulamak berpendapat bahawa nafkah isteri (nafkah zahir) ialah seperti tempat tinggal, makan dan pakaian.

Anggarannya adalah berdasarkan kepada kebiasaan satu-satu negeri dan zamannya. Juga berdasarkan kepada kemampuan suami, susah atau senang.

Jadi, ada sesetengah suami berikan wang sebagai nafkah untuk bayar sewa rumah, barang dapur, bil letrik, bil air dan untuk beli pakaian(bukan bulanan).

Bagi suami yang mampu apa salahnya berikan duit lebih untuk isteri belanja. Dia yang tolong masak makanan untuk kalian. Basuh baju yang bertimbun. Kemas rumah yang bersepah setiap hari. Padahal, itu kerja kalian ya.

Peringatan: Beri Nafkah Kepada Isteri Itu WAJIB Walaupun Isteri Bekerja!

Jangan buat taktahu pula!
Paling perit yang kalian tak boleh buat, tolong lahirkan anak kalian. Bersunat pun kalian taknak repeat,apatah lagi nak suruh beranak. Kan?

Walaupun isteri bekerja,itu duit dia. Kalian takde hak keatas duit dia dan kalian tetap perlu bagi nafkah dan duit belanja.

Tapi kalau isteri nak tolong bayarkan kereta ke, tolong bayarkan bil ke, belikan barang dapur ke, kalian patut sujud syukur dapat isteri yang boleh bertolak ansur dan memahami.
Kekadang kita selalu merungut duit gaji tak cukup la,tak tahu mana habis la. Masuk gaji hari ini, lusa tinggal berapa je.

Kena tengok balik, adakah perkara yang wajib kita dah selesaikan atau belum. Baru keberkatan rezeki nak rapat dengan kita.
Jadi suami, jangan terlalu berkira dengan isteri. Isteri minta belikan je,cuma janganlah sampai membazir.

Ini tidak,nak tengok isteri cantik tapi duit belanja nak beli make up taknak bagi. Tapi bila perempuan cantik lalu depan mata,terbeliak mata. Betul tak?
Islam bukan menjadikan nafkah sebagai beban bagi seorang suami. Islam itu indah dan adil.
Nafkah adalah untuk menunjukkan rasa bertanggungjawab seorang suami keatas tanggungnya sebagai pyemimpin keluarga.

Peringatan: Beri Nafkah Kepada Isteri Itu WAJIB Walaupun Isteri Bekerja!

Jika kurang mampu,berikan sekadar yang mampu. Jika langsung tak mampu,minta untuk isteri halalkan.Cakap baik-baik, isteri pun paham.Betul tak?

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah An-Nisa’: 34)
Kongsikan moga lebih ramai suami faham betapa penting nafkah buat isteri.

Sumber: Dr Ahmad Samhan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Suami Isteri Murah Rezeki, Kena Selalu Berkepit Baru Rezeki Masuk

Stories Rakan Kongsi
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
The Development at 2 Months Old,  Your Baby Can Smile & Interact!
The Development at 2 Months Old, Your Baby Can Smile & Interact!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Peringatan: Beri Nafkah Kepada Isteri Itu WAJIB Walaupun Isteri Bekerja!
Kongsikan:
  • Para Suami Wajib Tahu, Nafkah Untuk Isteri TIDAK SAMA Dengan Duit Belanja Bulanan!

    Para Suami Wajib Tahu, Nafkah Untuk Isteri TIDAK SAMA Dengan Duit Belanja Bulanan!

  • Nafkah & Duit Belanja Adalah Dua Perkara BERBEZA, Suami Perlu Ingat Ini Ya...

    Nafkah & Duit Belanja Adalah Dua Perkara BERBEZA, Suami Perlu Ingat Ini Ya...

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Para Suami Wajib Tahu, Nafkah Untuk Isteri TIDAK SAMA Dengan Duit Belanja Bulanan!

    Para Suami Wajib Tahu, Nafkah Untuk Isteri TIDAK SAMA Dengan Duit Belanja Bulanan!

  • Nafkah & Duit Belanja Adalah Dua Perkara BERBEZA, Suami Perlu Ingat Ini Ya...

    Nafkah & Duit Belanja Adalah Dua Perkara BERBEZA, Suami Perlu Ingat Ini Ya...

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.