Anda tahu tak tentang hukum talak 3 dalam keadaan marah? Kami akan jelas lebih lanjut di bawah artikel nanti kerana baru-baru ini ada satu insiden yang telah berlaku di antara sepasang suami isteri sehingga bercerai.
Menurut sumber, pasangan tersebut bercerai gara-gara isterinya memiliki gigi yang tidak sempurna atau rongak!
Sering diganggu keluarga mentua
Wanita tersebut bernama Rukhsana Begum mendakwa suaminya dan keluarga mentua sering mengganggunya selain mendesak supaya wang hantaran perkahwinan ditambah.
Beliau menambah, sejak dari hari pertama perkahwinan lagi, keluarga Mustafa sering meminta pelbagai benda dan keluarga Rukhsana hanya menurut kehendak mereka.
Selepas perkahwinan mereka pula, suami dan keluarganya memaksa Rukhsana membawa lebih banyak emas dan wang malah motosikal adiknya juga turut diambil.
Tak suka sebab gigi rongak
Bukan itu sahaja, wanita ini juga sering kali didera hingga suaminya berkata dia tidak menyukai isterinya gara-gara mempunyai gigi yang rongak dan enggan lagi hidup bersamanya.
Lebih menyedihkan, keluarga mentua mengurungnya dalam rumah mereka sehingga berhari-hari selama 10 ke 15 hari.
Namun pada 27 Jun yang lalu, dia dihantar ke rumah kelurganya kerana jatuh sakit namun tidak lama kemudian diceraikan suaminya. Selepas memfailkan aduan, Mustafa bersetuju untuk berbaik semula tapi pada 1 Oktober yang lalu dia memaklumkan tidak lagi ingin membawa wanita itu pulang dan menghina keluarga isterinya serta diceraikan dengan talak tiga.
Hukum talak 3 dalam keadaan marah
Menurut Wahbah Zuhaili, marah mempunyai dua jenis seperti berikut:
Pertama: Marah yang boleh menghilangkan kesedaran akal tapi seseorang itu masih menyedari apa yang dituturkan.
Kedua: Marah yang teramat sangat sehingga individu tersebut hilang kesedaran akal lalu tidak sedar apa yang diucapkan atau tindakannya.
Oleh itu para fuqaha bersepakat sekiranya suami menjatuhkan talak dalam keadaan marah yang teramat sangat (dalam kategori kedua) maka talaknya tidak jatuh. Ini disebabkan mukallaf kerana hilang akalnya seperti orang yang sedang tidur atau gila ucapannya.
Namun pandangan ini berbeza pendapat berdasarkan mazhab yang diikuti, Pertama menurut ulamat Mazhab Hanafi dan sebahagian Mazhab Hambali mengatakan talak seperti itu tidak jatuh. Namun menurut Mazhab Maliki, Hambali dan Syafii talaknya jatuh.
Pendapat pertama bersandarkan pada dalil hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Tidak ada talak dan pembebasan hamba dalam keadaan marah.
Pendapat kedua pula mengatakan dari riwayat Mujahid bahawa Ibnu Abbas RA didatangi seorang lelaki lalu berkata:
Saya telah menjatuhkan talak tiga pada isteri dalam keadaan marah. Ibnu Abbas menjawab, Aku tidak boleh menghalalkan untukmu apa yang diharamkan oleh Allah. Kamu telah mendurhakai Allah dan isterimu telah haram bagimu.
#1. Wajib beri nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian ataupun tempat tinggal dengan cara yang baik.
#2. Suami wajib memenuhi keperluan seksual isterinya walaupun sekali dalam masa empat bulan jika keadaan tidak mengizinkan.
#3. Minimum tidur bersama isteri sekurang-kurangnya sekali dalam setiap empat hari. Jika seorang suami mempunyai empat isteri maka dia perlu tahu menjaga jarak giliran setiap orang.
#4. Adil dalam pembahagian harta jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang.
“Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” Hadis riwayat at-Tirmidzi
#5. Suami disunahkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin melihat saudaranya yang sakit atau meninggal dunia
*********
Kesimpulannya, hukum talak 3 dalam keadaan marah dianggap telah jatuh talaknya namun jika kemarahannya mencapai tahap yang teramat sangat hingga hilang kewarasan akal maka talaknya tidak jatuh tapi sebaiknya anda merujuk kepada Pegawai Agama, Peguam Syariah atau Ustaz yang berkelayakan untuk menentukan sama ada talak jatuh atau tidak. Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Astro Awani, My Khilafah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga
Kajian Buktikan Ini 7 Penyebab Utama Kenapa Pasangan Boleh Bercerai