Berbohong atau bohong sunat
Bohong — Kajian mendapati ibu bapa lebih cenderung untuk berbohong sehingga 3 kali sehari apabila mereka menghadapi tekanan.
Walaupun ia hanya bohong sunat, namun ramai ibu bapa mengaku telah berbohong kerana ingin mengelak anak dari menangis dan merengek.
Namun, mereka masih berpendapat penting untuk anak mereka tidak berbohong dan selalu bercakap benar.
Saya pasti ramai di antara kita yang masih ingat amaran ibu bapa semasa kecil lagi.
Pada masa itu, kita percaya kata-kata mereka 100% dan tidak pernah bertanya ataupun ingkar. Tetapi setelah besar, kita mendapati semua amaran itu bohong semata-mata!
Sekarang, tiba giliran kita pula sebagai ibu bapa.
Adakah anda sebagai ibu bapa akan guna cara yang sama untuk mengawal anak-anak? Mari kita kenang-kenangkan beberapa kata-kata bohong yang pernah didengar semasa zaman kanak-kanak kita!
1. Ya, kita hampir sampai
Sudah nak sampai ini pasti paling selalu disebut kan bila anak asyik bertanya bila nak sampai berulang-ulang kali.
2. Kalau tak habiskan nasi di pinggan nanti naik banyak jerawat kat muka
Ini kalau anak tak mahu habiskan nasi dalam pinggannya…
Artikel berkaitan: Pakar Minta Ibu Bapa Jangan Lagi Paksa Anak Habiskan Makanan Dalam Pinggan!
3. Diam. Kalau tidak nanti hantu misai datang
Siapa hantu misai? Entahlah!
4. Makan banyak lobak merah supaya dapat melihat dalam gelap
Memang susah nak suruh anak makan sayur-sayuran. Ini salah satu bohong sunat yang berguna!
5. Jika kamu lambat, mak pergi dulu
Ha, baru kelam kabut nak bersiap, kan!
6. Menonton TV akan merosakkan penglihatan kamu
Mmmm… tipu sunat takpa!
7. Jika kamu buat muka hodoh, nanti wajah kamu akan kekal begitu
8. Jarum suntikan tidak sakit. Ia macam gigit semut je..
9. Anda tidak boleh berbohong
10. Sekiranya anda keluar dengan rambut basah, nanti kepala masuk angin
11. Zaman persekolahan adalah zaman paling baik dalam hidup anda
12. Jika anda telan gula-gula getah, perut perlu dibedah untuk mengeluarkannya
13. Ibu dan ayah bukannya berkelahi, kami cuma berbincang
14. Jangan telan biji buah itu, nanti tumbuh pokok dalam perut
15. Jangan nangis kalau tidak nanti polis/hantu/pengawal keselamatan/uncle tangkap kamu nanti
16. Mesin Slurpee kat 7E dah rosak
17. Jangan balik rumah lepas maghrib nanti hantu kopek culik dan sorok kamu bawah kopek-kopeknye
18. Haiwan kesayangan sudah pindah ke tempat lain
19. Bunyi bising dari bilik tidur? Ayah dan ibu sedang bermain
20. Iklan bermaksud rancang TV itu sudah tamat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Ibu Gigit Anak Untuk Mengajarnya Menggigit Orang Perbuatan Yang Salah