Pengetua Sekolah Marah Ibu Bapa Yang Membekalkan 'Happy Meal' Yang Sejuk Untuk Makanan Tengah Hari Anak Mereka

Seorang pengetua sekolah rendah di Britain telah menegur ibu bapa yang membekalkan "Happy Meal" yang sejuk untuk makanan tengah hari anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Jon Carthy, pengetua Sekolah Rendah Byron di Gillingham, Kent, telah dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan kepada ibu bapa selepas menyedari beberapa pilihan pemakanan yang tidak berkhasiat.

Beliau telah memanggil pilihan makanan mereka “melampau” dan “tidak boleh diterima di kawasan sekolah”, lapor The Sun.

“Dalam beberapa minggu yang lalu, pihak sekolah agak risau tentang bekalan makanan tengahari yang dibawa ke sekolah,” tulis beliau dalam kenyataan.

“Walaupun melampau dan lucu apabila dibaca di atas kertas, saya mesti memberikan kesedaran kepada semua bahawa makanan seperti itu TIDAK BOLEH DITERIMA sebagai contoh untuk makan tengahari yang seimbang.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu makanan tengah hari – coklat

Pilihan makan tengah hari termasuk “Happy Meal” yang sejuk, yang dibeli malam sebelumnya; satu mufin coklat, satu kek lapis coklat dan bar coklat; empat yogurt dan sebungkus smarties; dua beg kerepek dan sandwic segar.

Byron Primary School in Gillingham, Kent. Source:The Sun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengetua yang prihatin.

“Kanak-kanak bekerja keras di sekolah dan makanan yang seimbang pada masa makan tengah hari membantu konsentrasi mereka pada sebelah petang,” katanya.

“Saya menghantar surat ke rumah setiap minggu sebagai satu cara komunikasi kepada ibu bapa dengan kerap. Saya sentiasa memasukkan tajuk-tajuk artikel dan saya sering mengingatkan mereka tentang kepentingan makanan seimbang di sekolah.”

“Apa yang telah kami lakukan adalah tidak cukup. Saya merasakan contoh akan membantu mereka memahami dan menunjukkan bahawa saya mengambil perhatian yang serius.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

En. Carthy kepada Kent Live: “Kami mempunyai 525 kanak-kanak di sekolah dan setiap kanak-kanak telah membawa pulang surat itu dan ia juga telah disiarkan di laman web.”

Ibu bapa sokong caranya.

“Saya hanya mempunyai komen positif. Ibu bapa telah mengucapkan terima kasih dan memberitahu saya bahawa seseorang perlu membangkitkan masalah ini.”

“Saya juga cuba untuk memberikan beberapa nasihat dan panduan. Saya rasa kebanyakan sekolah mengambil perhatian serius terhadap perkara ini kerana ia adalah sebahagian daripada kurikulum tetapi ia adalah sukar untuk memantau makanan tengah hari yang dibawa dari rumah, ” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kakitangan di sekolah digalakkan untuk makan bersama-sama pelajar-pelajar mereka.

Rencana diterjemahkan daripada KidSpot Australia.

Gambar dari KidSpot Australia

Penulis

Michelle Goh