Kemiskinan tidak mempunyai had dalam mendorong seseorang. Dan perkara yang sama terjadi kepada pasangan yang berasal dari Myanmar yang membunuh bayi mereka dan mencederakan dua anak yang lain semasa cuba membunuh mereka. Puncanya – mereka telah didiagnos dengan Tuberkulosis yang tahan ubat (drug resistant Tuberculosis).
Ketahanan terhadap ubat telah meningkatkan kadar kematian berpunca dati TB. Pada tahun 1950-an, ia merupakan penyakit maut. Namun dengan kemajuan ubat untuk penyakit tersebut, ia masih terkawal. Walaubagaimanapun, atas pelbagai punca, bakteria telah berjaya mencipta ketahanan terhadap antibiotik konvensional dan hari ini, dunia berdepan dengan ancaman Tuberkulosis tahan ubat, sejenis TB yang kronik dan sukar diubati.
Di dalam kes ini, pasangan ini sudah lama menghidap TB. Menurut laporan, mereka tinggal berdekatan Mandalay. Atas sebab sifat penyakit ini mudah berjangkit, mereka tidak berjaya mendapat pekerjaan. Dan mereka pula telah didiagnos dengan Tuberkulosis tahan ubat, mereka terlampau murung hingga membuat keputusan untuk menamatkan riwayat mereka dan anak-anak mereka.
Jadi, pada Isnin, 23 Januari 2017, mereka telah membuatkan ketiga-tiga anak mereka minum racun perosak dan menyerang mereka dengan pisau. Anak perempuan mereka yang berusia satu tahun meninggal serta merta manakala dua lagi berada di hospital. Pasangan tersebut ditahan polis.
Menangani depressi
Depressi bukanlah sesuatu yang asing pada ibu bapa. Malah, ia sangat biasa dikalangan ibu-ibu sekarang. Digabungkan pula dengan kurangnya sokongan, ianya adalah resipi untuk tindakan drastik. Ibu bapa ini akan berakhir dengan mencederakan diri mereka atau anak-anak. Namun, berita yang lebih baik jika dengan adanya sokongan, fasa ini akan berlalu dengan cepat.
Dari kemurungan selepas bersalin hinggalah depressi, ibu baru (kadang kala bapa juga) akan mengalami depressi. Adalah penting untuk menangai kondisi ini sebelum menjadi serius. Antara punca umum depressi seperti yang disenaraikan oleh Helpguide.org adalah
- kesunyian dan terasing
- kurang sokongan sosial
- pengalaman yang memberi tekanan
- sejarah keluarga mempunyai depressi
- masalah perhubungan atau perkahwinan
- masalah kewangan
- didera akan trauma semasa kecil
- salah guna alkohol atau dadah
- tidak bekerja
- masalah kesihatan atau penyakit kronik
Walau apapun puncanya, mereka yang mengalami depressi akan menunjukan perubahan seperti ini
- Perubahan mood. Mereka yang selalu rasa tiada harapan atau tidak dapat dibantu. Jika bercakap, mereka akan kurang bercakap, mempunyai tona yang negatif, dan sukar untuk ceria.
- Perubahan berat badan. Seseorang yang sangat terjejas akan mempunyai perubahan berat badan yang ketara sama ada naik atau turun. Ini selalunya dikaitkan dengan simptom yang lain, namun selalunya perubahan berat lebih 5% di dalam sebulan.
- Perubahan paten tidur. Mereka mungkin akan bangun terlalu awal atau tidur terlalu lama. Jika ini terjadi dengan kerap, anda harus mengambil tahu.
- Perubahan selera. Mereka mungkin akan makan terlalu banyak atau tidak ada selera makan. Ini akan membawa kepada perubahan berat badan yang ketara. Sesetengah kes, kegembiraan boleh membetulkan keadaan ini.
- Sakit yang tidak dapat dijelaskan. Mereka akan selalu mengadu tentang sakit belakang, kepala tanpa punca.
Jika anda rasa anda atau pasangan anda mempunyai satu atau lebih simptom, anda patut berjumpa doktor. Depressi boleh diubati, dan banyak kali, tanpa ubatan berpanjangan. Jadi, jangan tunggu jika anda mengesyaki seseorang sedang mengalami depressi.
Sumber: Channelnews Asia, Wikipedia