Kanak-kanak nakal merupakan perangai biasa.
Kadangkala kanak-kanak akan berkelakuan nakal. Menjerit, merengek, dan membuat perangai semua kelakuan kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan. Tetapi adakah punca kelakuan ini disebabkan tindakan ibu bapa?
Kanak-Kanak Nakal: Adakah Anda Memberi Perhatian Yang Secukupnya?
Semua kanak-kanak inginkan perhatian daripada ibu bapa mereka. Apabila anak melihat ibu bapa yang lebih berminat bermain handphone daripada meluangkan masa dengan mereka, anak itu mungkin akan berasa terpinggir.
Ini mungkin punca mengapa mereka berkelakuan nakal, kerana ingin menarik perhatian ibu bapa.
Ibu bapa perlu faham bahawa ia adalah penting bagi anak untuk mendapatkan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Dengan memberi kepentingan kepada anak ketika mereka memerlukannya, ini akan menolong mereka menjadi lebih berdikari dan rela bermain sendiri, apabila ibu bapa perlu melakukan tugas lain.
Adakah anda menunjukkan contoh yang baik?
Kanak-kanak boleh belajar dengan cepat dengan meniru kelakuan ibu bapa mereka. Cuba tengok contoh bayi baru lahir yang pandai membalas dengan menjelirkan lidahnya.
Jika seorang anak selalu mendengar dan melihat ibu bapa berkelakuan tidak baik di rumah, ada kemungkinan besar dia akan mengikuti teladan mereka.
Memang tiada ibu bapa yang sempurna di dunia ini, tetapi kita harus sedar bahawa anak sedang memerhatikan segala yang kita lakukan.
Ibu bapa bagaikan model yang bakal dicontohi, jadi kalau sudah terlanjur, gunakan peluang itu untuk menjelaskan kepada anak bahawa kelakuan itu salah dan tunjukkan cara untuk mengatasinya.
Menaruh harapan yang terlalu tinggi
Sesetengah ibu bapa menaruhkan harapan yang terlalu tinggi untuk anak mereka. Ada pula yang menetapkan peraturan yang terlalu ketat.
Apabila anak tidak berjaya untuk mencapai matlamat yang diidamkan, kadangkala ibu bapa akan menyalahkan anak mereka. Tetapi adakah harapan yang ditaruh realistik dan mengikuti kebolehan mereka?
Penghargaan yang diluar kemampuan anak hanya akan menyebabkan mereka berasa tertekan. Oleh kerana ini, mereka boleh berubah menjadi nakal sebagai tanda memberontak disebabkan tekanan yang dialami.
Pastikan anda bersikap realisik terhadap kemampuan anak, dan hanya menaruh harapan yang seiring dengan perkembangan umurnya.
Kenalpasti kebolehan dan bakat anak dan berikan dorongan yang positif. Ini adalah salah satu cara dalam memenuhi keperluan emosi anak-anak.
Apabila keperluan mereka dipenuhi, ini akan menggalakkan tingkah laku yang baik dan meningkatkan harga diri mereka.
Sumber: LPPKN