Hati-Hati Jika Nak Beri Anak Makan Buah Kismis, Ini Peringatan Dari Doktor Gigi
"Kismis dan buah-buahan kering adalah satu masalah besar. Ramai ibu bapa fikir ia pilihan yang baik kerana ia penuh dengan vitamin."
Kismis adalah anggur kering, anggur adalah buah, maka kita akan terus anggap bahawa buah kismis adalah menyihatkan.
Ini mungkin benar, tetapi penting untuk kita ingat yang kismis juga mengandungi gula yang tinggi. Ia mungkin gula semula jadi, namun terlampau banyak tetap tidak elok.
Malah, seorang doktor mahukan ibu bapa di luar sana supaya berhati-hati dalam memberi anak mereka kismis.
Buah kismis untuk anak
Di dalam laporan Mirror, seorang doktor gigi dan ibu kepada Saara Sabir dari Salford berkata yang salah satu punca gigi reput adalah buah-buahan kering.
“Kismis dan buah-buahan kering adalah satu masalah besar,” jelasnya. ” Ramai ibu bapa fikir ia pilihan yang baik kerana ia penuh dengan vitamin.”
Adakah anda tahu, memberi kismis di dalam paket kecil bersamaan lebih kurang 8 sudu kecil gula?
Pandangan dari sudut perspektif, NHS mencadangkan pengambilan gula harian kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun ialah 5 kiub gula sahaja.
Untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun, ia adalah lebih dari 6 kiub.
Baca juga: Ibu Ayah Tolong STOP Sabotaj Otak Anak, Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka!
Bukan itu sahaja, kismis dan buah-buahan kering juga mengandungi bahan yang memainkan peranan besar dalam menggalakkan gigi reput.
“Kismis adalah melekit dan melekat pada kiri,” kata Saara. “Oleh itu, bakteria akan mempunyai sumber gula yang berpanjangan, jadi ia boleh menyebabkan gigi reput untuk jangka masa yang panjang.”
Tetapi ini tidak bermakna anda perlu berhenti memasukan ia ke dalam diet pemakanan anak-anak; kismis masih lagi penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar.
“Adalah lebih baik untuk anda memberi anak anda kismis sebagai pemanis mulut atau sebahagian dari makanan utama, dan bukannya sebagai snek,” tambah Saara.
“Gula yang menjadi sebahagian daripada makanan utama tidak akan merosakan gigi, jadi memberikan manisan semasa waktu makan tidak menyebabkan gigi si kecil anda reput.”
“Namun, kerap memakan snek makanan dan minuman manis di antara waktu makan akan menyebabkan mulut sentiasa berada di dalam keadaan asidik – iaitu keadaan ideal untuk gigi reput.”
Ini kerana bakteria di dalam mulut akan makan gula, yang kemudiannya akan menghasilkan asid. Ibu bapa patut mengehadkan memberi anak makanan manis hanya semasa waktu makan utama.
Memberus gigi dengan ubat gigi berflorida dua kali sehari juga membantu.
Jika anda mencari snek yang sihat, Saara mencadangkan memberi anak-anak keju dan roti.
“Ia meneutralkan asid di dalam mulut dan menghalang gigi reput,” jelas beliau. “Apa-apa snek yang tidak manis adalah pilihan yang lebih bagus.”
Jadi, begitulah ibu ayah sekalian. Cuba tukar gaya pemakanan anak anda jika dia sudah terlalu biasa memakan kismis sebagai snek harian, ya!
Baca juga: 7 Sebab Kenapa Bayi Bawah Setahun Tak Boleh Diberi Gula & Garam