Ibu Bapa Diminta Berhenti Hantar Barang Yang Ditinggalkan Anak Sebelum Ke Sekolah

Sebuah sekolah di Singapura melarang ibu bapa menghantar barang anak yang tertinggal sebelum ke sekolah. Pakar psikologi menggalakkan tindakan ini untuk memupuk sifat berdikari dan bertanggungjawab dalam diri kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa diminta membiarkan anak berdikari

Semua ibu bapa pasti ingin memastikan anak mereka melalui hari yang baik dan lancar di sekolah. Sebab itu, jika ada sebarang barang yang tertinggal, pantas mereka kelam-kabut untuk menghantarnya ke sekolah balik.

Tapi di Kui Chuan Presbyterian Primary School (KCPPS), ibu bapa diminta untuk berpatah balik, jika mereka ingin menghantar barang keperluan anak-anak yang telah tertinggal di dalam kereta atau di rumah.

Menurut laporan TNP Singapore, KCPPS dengan tegas meletakkan tanda larangan di hadapan pagar sekolah, sebagai peringatan pada semua ibu bapa.

KCPPPS percaya ibu bapa harus membiarkan anak mereka berdikari dengan sendiri, dan bertanggungjawab ke atas segala tindakan mereka. Hal ini termasuklah tindakan “terlupa barang yang diperlukan” di sekolah.

Tanda larangan yang diletakkan di depan pagar berbunyi sedemikian:

Jika Anda ingin menghantar barangan anak anda yang tertertinggal – seperti kotak makanan, buku, PR, kasut, alat tulis dan sebagainya… SILA PATAH BALIK DAN BERLALU PERGI. Biar anak anda belajar menjadi orang dewasa. Biar anak anda belajar untuk menyelesaikan masalah dan menerima tanggungjawabnya yang sendiri. Terima Kasih.

Situasi biasa di sekolah setiap hari

Setiap hari, dari jam 8 hingga 9 pagi, pasti ada sekurang-kurangnya 3 atau 4 ibu bapa atau pembantu rumah yang akan kelam-kabut menghantar barangan keperluan anak yang telah ditinggalkan di rumah. 

Kadang-kadang, barangan itu seremeh botol air, buku catatan dan wang saku. Semua ibu bapa terbabit akan diarahkan ke pejabat pengetua, di mana di situ mereka akan diminta untuk balik ke rumah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengetua Sekolah Kui Chuan Presbyterian Primary School (KCPPS) itu dipetik mengatakan

Belajar untuk bertanggungjawab ke atas sebarang barangan milik peribadi adalah satu kemahiran penting dalam hidup. Kami mahu semua pelajar kami mempelajari perkara ini dan menerapkannya dalam diri, sejajar dengan salah satu nilai penting sekolah iaitu – disiplin.

Oleh sebab itu, pengetua ini menggesa kerjasama daripada ibu bapa. Usaha keras pihak sekolah terbabit memerlukan kerjasama ibu bapa agar mereka tidak menghantar lagi sebarang barangan anak mereka yang telah tertinggal. 

Tanda larangan itu diletakkan di situ sebagai peringatan visual untuk para ibu bapa.

Ramai ibu bapa bersetuju dengan tindakan sekolah tersebut. Mereka ingin mengajar erti berdikari dan tanggungjawab pada anak-anak. Akan tetapi, masih ada ibu bapa yang enggan berbuat sedemikian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pandangan pakar psikologi 

Carol Balhetchet, seorang pakar psikologi menjelaskan sekolah rendah adalah langkah pertama anak-anak mula mempelajari pendidikan. Jadi, adalah perkara biasa jika ibu bapa ingin melindungi anak mereka. 

Walaubagaimanapun, selepas tahun pertama persekolahan, ibu bapa tidak seharusnya risau lagi. Mereka perlu membiarkan anak-anak belajar berdikari dan mengendali dirinya sendiri.

Daniel Koh, seorang lagi pakar bersetuju dengan tindakan terbabit. Beliau mengatakan 

Jika ibu bapa berterusan masuk campur dalam menyelesaikan masalah yang dialami anak mereka, walaupun anak mereka boleh menyelesaikannya, maka kanak-kanak terbabit akan lebih lalai dan akan sering menimbulkan masalah.”

Kanak-kanak yang terlalu dimanjakan juga tidak akan berupaya untuk berfikir secara kritis, lalu gagal menyelsaikan masalah atau menyiapkan dirinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 panduan membesarkan anak yang bijak berdikari

Carol Balhetchet mendedahkan 5 cara bagaimana ibu bapa boleh membesarkan anak dengan watak berdikari:

  • Cinta yang tegas – Faham keperluan anak-anak, pastikan mereka selamat dalam kalangan sosial. Tapi bertegas dengan mereka. Biar mereka bawa beg sendiri, dan siapkan kerja sekolah sendiri.
  • Selalu ada – Pastikan anda beri mereka sokongan moral dan emosi 
  • Beri perhatian sepenuhnya – Contohnya, luangkan masa untuk mendengar cerita tentang bagaimana hari mereka di sekolah
  • Bantu mereka untuk jadi berdikari

Mungkin di Malaysia, masih belum ada sekolah yang bijak untuk menerapkan nilai disiplin dan berdikari seperti sekolah KCPPS ini. Tapi, apa salahnya jika anda (sebagai ibu bapa) yang memulakan kaedah ini dulu?

Mulai dari sekarang… jangan lagi hantar sebarang benda yang mereka lupa. Biar mereka ingat sendiri apa benda penting yang mereka perlukan. Belajar bertanggungjawab!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Indonesia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris