Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan "Satu Kampung"!

Sebenarnya, ibu-ibu yang sedang beri susu badan pada si manja memerlukan sokongan dari semua pihak untuk menjayakan proses ini. Jom tengok bagaimana anda boleh beri sokongan pada mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyusuan Susu Badan Oleh Para Ibu

Banyak tips jika diamalkan secara konsisten, boleh menolong menjayakan proses penyusuan susu badan. Ada tips hingga anda tanpa perlu susu formula tambahan pun!

Tapi, ada dua faktor penting yang diperlukan para ibu untuk menjayakan proses penyusuan susu badan ini:

  1. Kekuatan minda ibu yang positif
  2. Sokongan dan galakan dari “satu kampung”.

Sudah tentulah saya tak betul-betul maksudkan “satu kampung” macam betul-betul “satu kampung” gitu.

Tapi, maksud saya adalah ibu-ibu ini memerlukan sokongan yang sepakat dari ahli-ahli keluarga terdekat: suami, datuk, nenek, adik beradik, hingga ke keluarga mertua kalau boleh!

Sempena minggu menyusu sedunia ke-25, tema tahun ini adalah “Sama-sama kita mengekalkan penyusuan susu ibu,” di mana 170 negara telah mengambil bahagian.

Ramai Ibu Berhenti Beri Susu Badan Terlalu Awal

Di Malaysia, ibu-ibu amat disarankan untuk mengamal penyusuan susu badan secara eksklusif untuk 6 bulan yang pertama selepas bersalin. Ia kemudiannya dilanjutkan sehingga anak berumur 2 tahun

Sejak tahun 1990-an, beberapa program yang mempromosikan penyusuan susu badan ibu telah dilaksanakan di negara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian Bactiar et.al yang telah dijalankan untuk menentukan kadar penyusuan susu badan ibu di Lembah Klang, berikut adalah beberapa faktor mengapa ibu-ibu berhenti menyusu:

  • 93% telah memulakan penyusuan susu badan ibu sejak di hospital
  • 33% telah menyusu secara eksklusif sehingga bayi mereka berusia 4 bulan
  • 21% telah menyusu secara eksklusif sehingga bayi mereka berusia 6 bulan
  • 42% mengatakan  suami memainkan peranan penting dalam keputusan untuk mula menyusu
  • 34% bersetuju yang nenek mempunyai pengaruh kuat dalam membuat keputusan yang sama
  • 54% ibu mengatakan bahawa bekalan susu rendah adalah sebab utama kenapa mereka menghentikan proses penyusuan susu badan
  • 35% berhenti menyusu badan kerana mereka kembali bekerja
  • 11% mempunyai alasan lain seperti bayi enggan menyusu atau proses menyusu badan tidak dibenarkan oleh ahli keluarga
  • 45% lagi tidak dapat sokongan daripada ahli keluarga

Bagaimana Nak Beri Sokongan Pada Ibu Yang Menyusu?

Oleh sebab ramai sangat yang tak mahu memberi sokongan pada ibu-ibu yang menyusu badan, kanak-kanak tak mendapat peluang dan khasiat yang sepenuhnya.

Anda tahu proses menyusu badan adalah proses yang amat bermanfaat untuk si manja anda, kan? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, jom sama-sama kita beri sokongan “sekampung” pada ibu-ibu ini, agar mereka sentiasa positif untuk melakukan tugas mulia sebagai seorang ibu ini. 

Apa yang boleh anda lakukan? Jom tengok cara-caranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi diberi susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama

1 – Suami:

  • Suami boleh membantu dengan sentiasa memberi aura positif kepada isteri.
  • Kalian juga boleh sama-sama berusaha untuk menimba ilmu yang banyak tentang penyusuan susu badan dan kongsikan pengetahuan itu dengan mereka yang tahu.
  • Berikan galakan dan semangat kepada isteri untuk menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan.
  • Sentiasa berada di sisi isteri untuk mengetepikan segala kenyataan negatif tentang penyusuan susu badan dari rakan-rakan dan ahli keluarga yang kurang berpengetahuan

2 – Keluarga terdekat: 

  • Cuba letakkan diri anda dalam situasi mereka. Memang sukar untuk menyusukan anak di depan orang.
  • Anda boleh memberi sokongan dengan menawarkan atau menyediakan bilik/ruang yang lebih tertutup supaya ibu boleh menyusu tanpa gangguan.

3 – Orang ramai:

  • Di sini saya kena laser sikit pekerja-pekerja serta kaum wanita yang suka berehat di dalam bilik menyusu.
  • Tak kiralah kamu ni dari jantina yang sama, bilik menyusu bukan tempat untuk anda berehat. Sudah beberapa kali saya terserempak dengan mereka yang tertidur kat dalam.  

Sebagai seorang ibu yang menyusu, saya selalu menghormati orang lain ketika menyusu dengan menutup diri dari menjadi perhatian orang.

Tapi saya juga ingin meminta orang ramai untuk menghormati privasi yang sama jika ternampak seorang ibu yang terpaksa menyusu di tempat awam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alihkan mata anda, untuk keselesaan ibu tersebut dan alihkan mata kerana ini perbuatan yang betul!

Sumber rujukan: Chicago Tribune, World Breastfeeding Trends

Baca juga

Pengakuan Jujur Seorang Lelaki Tentang Wanita Yang Memberi Susu Badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio