Kita banyak dengar cerita atau tengok filem tentang orang buat pelbagai perkara tak masuk akal hanya untuk mendapatkan wang insurans. Contohnya seperti kes ibu bunuh anak dan diri sendiri ini kerana sangka suaminya telah mati.
Ibu bunuh anak lelaki dan perempuan kerana ingat suaminya mati
Lelaki berbangsa Cina yang hanya dikenali dengan nama keluarganya He dan berusia 34 tahun ini telah hilang pada 7 September lalu, memandu kereta yang dipinjamnya. Pada 19 September, polis menemui keretanya di sungai Zijiang tapi mayatnya tak ditemui.
Kerana tak boleh menerima berita tentang suaminya yang dijangkakan telah mati, isteri He telah melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Dia telah membunuh diri dengan membawa bersama anak-anaknya selepas memuatnaik nota bunuh diri di media sosial.
Wanita berusia 31 tahun yang hanya dikenali sebagai Dai ini telah melemaskan dirinya, anak lelakinya berusia empat tahun dan anak perempuannya, tiga tahun.
Menurut nota yang ditinggalkannya, ibu bunuh anak lelaki dan perempuannya ini berkata yang dia melakukan ini kerana sering diganggu oleh keluarga suaminya.
Bukan saja keluarga He menyalahkan dirinya kerana suaminya hilang, mereka juga merungut kerana Dai tak bekerja dan tak pandai menguruskan perbelanjaannya.
Dalam nota tersebut, ibu bunuh anak ini memberi tahu yang dia menjadi suri rumah untuk menjaga anak-anaknya dan dia hanya membelanjakan wang untuk barang-barang keperluan.
Menyedihkan, dia menulis dalam notanya,
“Saya mahu gunakan nyawa saya untuk buktikan diri saya.”
Ibu bunuh anak dan dirinya sendiri ini juga meluahkan kerinduannya pada suami dan kebahagiaan yang dia rasai selama berkahwin. Katanya lagi, dia membunuh diri dan anak-anaknya kerana ingin menyatukan keluarganya semula.
Pada 11 Oktober, mayat ibu ini dan anak-anaknya ditemui. Laporan bedah siasat mengatakan mereka mati kerana lemas.
Ibu bunuh anak: Kenapa suami palsukan kematian?
Pada 12 Oktober, suami Dai telah menyerah diri kepada polis selepas mengetahui apa yang berlaku pada isteri dan anak-anaknya.
Polis mendapat tahu suami ini berhutang 100,000 yuan (RM60, 000) kepada peminjam wang online.
Suami yang berusia 34 tahun ini kemudian membeli polisi insurans bernilai satu juta yuan dan menamakan isterinya sebagai penerima.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: