Ibu yang kemurungan bunuh bayi sendiri dan kelar leher 3 anaknya

Ibu bunuh anak yang berusia lapan bulan dengan mengelar leher bayi ini. Ibu ini juga turut mengelar leher tiga anaknya yang lain.

Memang tak dapat nak bayangkan bagaimana kejadian seorang ibu bunuh anak sendiri ini boleh berlaku. Tapi, inilah apa yang berlaku di Sabah semalam.

Bayi berusia lapan bulan mati itu dibunuh ibu sendiri.

Ibu bunuh anak: Ibu kelar kesemua anak-anaknya

Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal apabila ibunya sendiri mengelar lehernya dengan pisau dalam kejadian yang mengerikan ini berlaku di sebuah tempat peranginan di Pulau Mantanani, Sabah.

Bukan itu saja, wanita ini turut mengelar leher anak-anaknya yang lain, iaitu dua perempuan dan satu lelaki.

Bayi tersebut, Jerry Yohanes mati ditempat kejadian manakala adik-beradiknya yang lain, Nurul Hanisa, 8, Melati, 7 dan Jehan, 5, cedera parah dan kini berada di Hospital Kota Belud.

Selepas ibu berusia 30 tahun ini mengelar anak-anaknya, dia telah mengalihkan pisau tersebut kepada dirinya sendiri tapi kemudian dihentikan oleh suaminya.

Keluarga ini berada di kuarters kakitangan tempat peranginan ini semasa kejadian.

Gambar: FMT

Sumber mengatakan suami ini berlari keluar untuk mencari bantuan dan terjumpa Pasukan Gerakan Am, kumpulan Battalion 16 yang sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran pada jam 1.40 petang.

“Lelaki ini dibanjiri darah dan meminta bantuan mengatakan leher empat anaknya telah dikelar. Pasukan ini berkejar ke tempat kejadian dengan lelaki ini dan menemui kempat-empat kanak-kanak ini berlumuran darah di lantai.

Walau bagaimanapun, semasa ditemui, bayi tersebut telah meninggal dan tiga anaknya yang lain cedera parah dengan luka di kawasan leher,” kata sumber kepada NST.

Wanita ini juga dikatakan cedera parah selepas cuba untuk mengelar dirinya sendiri. Mereka semua dihantar ke Hospital Kota Belud dengan bot.

Ibu dan tiga anaknya ini dikatakan stabil. Wanita ini dikatakan menderita dari tekanan perasaan dan kemurungan.

Ibu bunuh anak: Kenali tanda-tanda tekanan perasaan

Tekanan perasaan atau depresi adalah penyakit mental yang sangat serius dan selalu dipandang remeh oleh orang ramai.

Depresi bukan seperti stress yang akan hilang selepas masalah yang anda alami selesai. Depresi boleh berlaku dan menyerang sesiapa saja walaupun orang yang tak bermasalah.

Kebanyakan orang yang mengalami depresi ini tak tahu yang mereka mengalaminya. Jadi, penting untuk anda tahu tanda-tanda depresi ini supaya anda boleh mengesannya jika ia berlaku kepada pasangan atau orang-orang berdekatan anda.

Ini adalah beberapa tanda-tanda seseorang mengalami tekanan perasaan:

Jika pasangan anda atau orang yang anda kenali mempunyai tanda-tanda ini, bawa mereka untuk dapatkan bantuan dengan segera.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: NST

Baca juga:

Ibu tikam anak usia 6 tahun kerana anaknya dikatakan layak dibunuh??!!

Penulis

Nadia Ghafar