Ibu manalah yang tidak sayangkan anak? Sebaik anak dilahirkan rata-rata ibu bapa bahagia yang tidak terhingga, malah dijaga rapi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi berlainan untuk kes seorang ibu ini, dia telah bunuh bayi yang baru dilahirkan dengan sengaja. Dia memberi minum asid dan bukannya susu! Apalah dosa anak kecil ini sampai tergamak betul ibu merancang membunuhnya.
Membunuh dengan Niat
Seorang ibu bunuh bayi telah dijatuhkan hukuman gantung kerana dipercayai telah memberi bayi perempuannya minum asid sulfurik di klinik swasta di Baheira, Utara Kaherah.
Kejadian tragis ini bermula dengan penemuan doktor dan staf jururawat yang bertugas di klinik yang terletak di bandar Rahmaniyah tersebut.
Mereka mendapati kesihatan bayi perempuan yang baru saja dilahirkan itu merosot malah mempunyai lecur pada bibir.
Pengarah pusat rawatan rapi nenonatal (NICU) mengarahkan doktor serta staf jururawat yang merawat gadis tersebut untuk melihat kamera keselamatan.
Pengarah tersebut mendapati, si ibu telah meminta kepada jururawat untuk menyusukan bayinya, kemudian mengambil suntikan yang tinggi dengan kandungan asid sulfurik dalam lipatan bajunya lantas terus memberi bayinya minum.
Si ibu kemudiannya membuang picagari tersebut ke dalam tong sampah dan berpura-pura tiada apa yang berlaku.
Perut Bayi Terhakis dan Berlubang
Bayi tersebut meninggal dunia dengan kesan perut berlubang akibat hakisan asid sulfurik.
Bapa kepada mangsa terus membuat laporan kepada pihak pendakwa selepas pulang bekerja dari luar negara, yang mana mengarahkan bedah siasat dan siasatan dilakukan.
Laporan bedah siasat membuktikan kesan lecuran pada mulut bayi perempuan itu adalah kesan dari asid sulfurik dan punca kematian dipercayai kerana kandungan bahan kimia yang tinggi menyebabkan bayi sukar bernafas.
Staf Klinik dan Bapa Tertuduh Bersubahat
Hasil siasatan membuktikan, staf klinik perubatan tersebut tahu akan kejadian jenayah tersebut dan menyaksikannya melalui kamera keselamatan unit rawatan rapi neonatal namun tidak melaporkannya.
Ia dipercayai kerana ibu bapa tertuduh meminta untuk tidak melaporkan jenayah tersebut kepada polis agar ibu bayi tersebut tidak didedahkan.
Siasatan juga mendapati bapa kepada tertuduh juga tahu akan kejadian jenayah tersebut tetapi tidak melaporkannya.
Pendakwaraya menetapkan perbicaraan ibu mangsa yang disabitkan kesalahan bunuh bayi dengan sengaja manakala bapa tertuduh dan staf pusat rawatan disabitkan kesalahan bersubahat dan memalsukan keterangan serta menyembunyikan bukti daripada pihak berkuasa.
Ibu Bunuh Bayi: Kesan Asid Sulfurik Pada Bayi
Selalunya bayi apabila dilahirkan, diberikan susu ibu namun sampai hati ibu bayi memberikan asid sebagai ‘pengganti’. Ketahuilah kesan bahan kimia memang cukup memudaratkan. Walaupun terkena sedikit pada kulit mampu menghasilkan rengsaan!
- Bahan yang tinggi dengan kimia ini mampu membuat bayi sukar bernafas. disebabkan itu penting untuk anda tahu nafas bayi normal jika bayi anda terdedah dengan bahan kimia.
- Menyebabkan hakisan pada bahagian badan yang terkena bahan kimia itu.
- pendedahan pada bahan kimia berdos tinggi menebabkan iritasi kulit sera merta.
- Kulit juga boleh melecur apabila terkena bahan kimia yang tinggi mineral ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-mati-selepas-lahir-campak-dalam-baju-kotor