Ibu Lebih Berisiko Alami Burnout Kerana Keluarga : 5 Cara Mengatasinya

Sebanyak 1 daripada 8 ibu bapa mengalami burnout atau hilang daya dan tenaga kerana stress. Adakah anda juga salah satu mangsa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tugas ibu bapa sebenarnya sangat susah yang memerlukan daya mental dan fizikal yang banyak sehingga mereka boleh burnout.

Burnout itu apa? 

Mungkin pada hari ini ibu bapa akan mengharungi beberapa hari yang baik dan penuh ganjaran.

Tapi, ada juga hari yang kurang baik dan penuh tekanan sehingga menyebabkan mereka boleh hilang upaya.

Itulah burnout – kehabisan daya dan tenaga kerana terlampau stress dengan keluarga.

Ya, seperti pekerja biasa lain yang terlalu penat bekerja, ibu bapa juga boleh mengalami masalah yang sama.

Sebanyak 1 daripada 8 ibu bapa terbukti mengalami keadaan ini!

Apakah maksud ibu bapa mengalami burnout?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya semuanya berjalan lancar, ibu bapa akan berasa gembira dan puas hati walaupun menghadapi cabaran hidup

Setiap ibu bapa sepatutnya mempunyai keseimbangan antara pengalaman keibubapaan yang baik, dan yang buruk. 

Mereka faham tugas ibu bapa bukannya senang dan apabila mereka berjaya mengharungi cabaran hidup, mereka berasa bangga dan puas.

Namun, berlainan pula dengan ibu bapa yang sedang mengalami burnout.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka tidak berasa puas ataupun bangga dan ini boleh menyebabkan mereka menjadi ibu bapa yang kurang efektif.

Tekanan adalah punca burnout yang dihadapi oleh ibu bapa. Mereka berasa penat dan berpendapat usaha mereka cuma sia-sia.

Siapakah yang berisiko menghadapi burnout?

Sebenarnya, semua ibu bapa berisiko untuk mengalami burnout, tapi untuk sesetengah ibu bapa, risiko itu lebih tinggi.

Contohnya, seorang ibu akan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan seorang bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa?

Ini kerana seorang ibu lebih banyak berkorban dan sentiasa mengutamakan keperluan orang lain dari keperluan diri sendiri. 

Akhirnya, ibu ini akan mengalami burnout!

Semua ibu mempunyai risiko yang sama, biarpun yang bekerja atau suri rumah.

Cabaran ibu bekerja adalah untuk mencari keseimbangan antara kerja dan keluarga. Mereka selalu mengejar masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lain pula kisah buat ibu suri rumah. Mereka jarang mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.

Apabila mereka rasa terasing dan kurang penghargaan untuk pengorbanan mereka, ini juga boleh menyebabkan mereka burnout.

Ibu harus peka dengan tanda-tanda burnout ini:

  1. Hilang daya mental dan fizikal. Selalu keletihan
  2. Cepat marah
  3. Rasa anak orang lain lebih baik daripada anak sendiri (kurang keyakinan sebagai ibu bapa)
  4. Kemurungan
  5. Kurang sabar
  6. Rasa patah hati (berasa semua usaha keibubapaan anda sia-sia)
  7. Tidak rasa hubungan erat dengan anak sendiri

Apakah akibat apabila ibu bapa burnout?

Jika ia tidak dikenal pasti dan dirawat, keadaan ini boleh jadi lebih teruk sehingga menjejaskan keupayaan anda untuk berfungsi sebagai ibu bapa.

Siapa yang bakal menjadi mangsa?

Anak-anaklah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa adalah pendidik dan pendorong anak mereka. Apabila mereka tidak mendapat didikan dan sokongan yang diperlukan, akhirnya anak sendiri yang akan menderita.

Anak akan lebih terdedah kepada penderaan fizikal dan emosi dan akan mempunyai tingkah laku yang tidak baik.

Dalam kes lebih teruk, kedua-dua ibu bapa dan anak boleh terjebat dalam penyalahgunaan dadah atau melakukan sesuatu yang memudaratkan.

5 cara untuk menghalang burnout daripada berlaku

  • Sedar bahawa tiada ibu bapa atau anak yang PERFECT di dunia ini. Jangan paksa anak-anak menjadi perfect kerana akibatnya adalah masalah perkembangan yang serius dan hubungan yang regang dengan mereka.
  • Berfikiran optimistik dan positif. Berikan fokus kepada kelebihan yang ada.
  • Anda tidak mampu mengendalikan semuanya. Burnout boleh dicegah apabila anda mempunyai sokongan cukup. Sedar bahawa anda bukannya seorang superhero yang boleh melakukan segalanya seorang diri.

  • Tetapkan had. Jika anda seorang ibu bapa yang bekerja sepenuh masa, tetapkan masa untuk kerja dan masa untuk berhenti bekerja. Apabila menghabiskan masa dengan anak-anak anda, jangan fikirkan kerja lagi.
  • ME time. Ya, me time ini sangatlah penting dan kadang-kadang ibu bapa perlu mementingkan diri juga. 
  • Anda perlu menjadi ibu bapa yang bahagia dan sihat secara fizikal dan mental dahulu, jika ingin melihat anak-anak membesar dengan bahagia dan sihat!

Sumber: Channel News Asia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Surat Seorang Suami Tentang Isteri Yang Mahu Me Time, “Pergilah Sayang, Bahagiakan Dirimu.”

 

Penulis

Rosanna Chio