Ibu Ini Selamba Campak Bayi Dari Tingkat 17 Kerana Masih Tak Bersedia Jadi Ibu

Oleh sebab masih tidak bersedia untuk jadi seorang ibu, wanita ini mengambil keputusan drastik untuk campak bayi baru lahirnya dari tingkat 17!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu campak bayi kerana tak bersedia untuk jadi ibu

Seorang wanita yang berusia 20 tahun telah ditahan di Pattaya, Thailand gara-gara mencampak bayi baru lahirnya dari tingkap rumah tingkat 17.

Wanita dan ibu tersebut, Netchanok Nokyungtong dikatakan mengambil keputusan untuk meragut nyawa anaknya sendiri apabila masih tidak bersedia untuk jadi seorang ibu.

Semuanya gara-gara dia “patah hati” ditinggalkan oleh kekasihnya.

Menurut laporan The Independent, wanita itu kecewa selepas kekasihnya, Kim yang merupakan seorang warga Korea Selatan telah menolak untuk bertanggungjawab. 

Malah, lelaki itu juga sebenarnya sudah beristeri dan terus pulang ke Korea Selatan selepas mendengar berita Netchanok mengandung.

Terkesan dengan tindakan itu, Netchanok yang patah hati melahirkan bayinya di dalam tandas sebelum meletakkan bayi baru lahir itu dalam sebuah beg berwarna hijau.

Ibu itu kemudiannya mencampak beg tersebut dari tingkap, tapi ia dilihat oleh seorang jiran lelaki yang menjadi saksi kejadian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Curiga dan rasa ingin tahu selepas melihat sebuah “beg besar” telah dicampak, jiran lelaki itu turun ke bawah untuk memeriksa.

Alangkah terkejutnya beliau selepas membuka beg itu apabila mendapati ada bayi baru lahir yang telah mati di dalamnya!

Apabila wanita tak bersedia untuk hamil dan jadi ibu…

Bertindak di atas panggilan yang dibuat olek saksi, pihak polis menghantar anggotanya untuk memeriksa tempat kejadian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihak polis Pattaya mendedahkan mayat bayi itu masih dilengkapi dengan tali pusat ketika dijumpai.

Malah, mereka juga memeriksa rakaman kamera litar tertutup untuk memastikan Netchanok benar-benar mencampak bayinya dari tingkat 17.

Kekasih warga Korea Selatan yang telah menjalinkan hubungan asmara dengan Netchanok dikatakan telah menyuruh wanita itu menggugurkan kandungan.

Namun, Netchanok yang masih belum membuat keputusan akhirnya ditinggalkannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: ipswichstar.co.uk

Berang dengan tindakan lelaki tidak berguna terbabit, Netchanok nekad untuk mencampak bayi yang dilahirkannya. 

Menurut Ketua Polis Pattaya, Kolonel Apichai Khemphet – 

Netchanok bersalin dalam bilik air, di mana polis berjaya mengesan kesan darah di lantai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau bersalin secara tiba-tiba dan masih tidak bersedia untuk menyambut kelahiran bayi lelakinya.

Malah, beliau juga tidak mempunyai duit untuk menyara anak itu.”

Netchanok kini telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan akan kekal dalam tahanan polis untuk didakwa di mahkamah.

Insiden ibu campak bayi kerana tak bersedia untuk jadi ibu

Kes seperti ini mendedahkan ironi apabila seorang lelaki “tidak mahu bertanggungjawab” ke atas keterlanjuran yang telah terjadi.

Akibat tidak mahu bertanggungjawab, semua beban itu kini digalas oleh si wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian saintifik Maternal and Fetal Microchimerism, biasanya lelaki memang mengambil sedikit masa untuk menghadam berita kehamilan.

Sebaliknya, ibu hamil pula boleh terus mencipta ikatan semulajadi antara dia dan anak dalam kandungan sejak kandungan berusia 4 hingga 5 minggu lagi.

Namun, ini tidak bermakna ibu hamil tersebut tidak akan terlepas dari tekanan hidup hingga boleh mengalami kemurungan.

Apa yang harus dibuat jika seorang lelaki/suami tidak gembira malah tidak mahu bertanggungjawab di atas sesebuah kehamilan?

Sebagai seorang wanita yang kini ada “kehidupan” lain dalam perut, anda harus kekal bertenang, positif dan mengambil keputusan bijak.

Soal soalan-soalan ini pada diri anda:

  • Adakah anda mahu memberi lelaki itu peluang? Adakah dia akan menukar fikirannya?

Jika jawapannya tidak, mari pergi ke persoalan seterusnya. Cuba tanya diri anda sendiri 

  • Adakah anda mahu meneruskan kehamilan?

Jika jawapannya ya, anda kena kuat. Anda kena tetap dengan jawapan anda. Anda mungkin akan panik ketika ini, tapi kekal kuat dengan keputusan anda itu. 

Kalau anda rasa boleh berbincang untuk memujuk lelaki tersebut, teruskan.

Tapi jika anda tak berjaya memujuknya, malah dia pun sudah cabut lari, jangan berpaling untuk menagih kasih sayang dari lelaki yang tidak sudi itu lagi.

Jika anda tidak mampu untuk membela anak yang bakal lahir itu, berikannya pada insan yang memerlukan.

Orang lain mungkin tidak duduk dalam situasi anda dan tidak faham dengan tekanan yang anda alami. Tapi, jangan sesekali membunuh semata-mata kerana anda tidak bersedia.

Sumber rujukan: DNA India, The Independent

Kredit gambar: The Reporter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comproses-ambil-anak-angkat-di-malaysia/

 

Penulis

Ayu Idris