Wahai Ibu, Anda Masih Boleh Nampak Cantik Walaupun Ada Anak, Ini Rahsianya!

Ramai wanita lupa untuk menjaga diri sendiri selepas bersalin. Kembalikan dirimu dengan tip pengayaan ibu cantik moden ini yang mudah sangat untuk dicuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas melahirkan anak, berat badan anda tidak semestinya akan terus turun mendadak. Ini seringkali akan menyebabkan ramai ibu rasa kecewa dengan penampilan sendiri. Namun tidak bermakna anda tidak boleh kembali menjadi ibu cantik! 

Usah biarkan tubuh baru anda membuatkan anda rasa segan untuk membeli baju baru. Ingat, anda baru sahaja melahirkan nyawa baru di dunia. Jika anda ibu berhijab yang gemar fesyen, ada pelbagai stail terkini yang boleh membuatkan anda jadi seorang ibu cantik namun masih sopan!

Walaupun fesyen akan berubah setiap hari, anda hanya perlukan beberapa item penting sahaja bagi menampakkan diri lebih up-to-date. Untuk membantu anda, kami senaraikan empat tip fesyen untuk ibu cantik hijab yang ingin tampak bergaya, moden dan masih sopan.

4 Tip Fesyen Hijabista Untuk Ibu Cantik Selepas Bersalin

1# Pakai helaian layering

Kredit: Pinterest

Gaya layering boleh dicipta dengan bergaya apabila anda guna helaian dalam keluarga warna yang sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh, anda menggabungkan helaian rona camel dengan putih untuk padanan lebih neutral. Jika anda ingin layer pakaian bercorak, pastikan hanya satu helaian sahaja yang bercorak.

Cuaca di Malaysia panas sepanjang tahun, jadi jika anda ingin bergaya layering, guna oversized shirt yang dipadankan dengan t-shirt atau anda juga boleh padankan dengan oversized cardigan dan jaket denim.

Jangan lupa untuk lipat jeans/seluar sedikit bagi mengimbangi keseluruhan look anda.

2# Guna rona pastel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pinterest

Tidak kira sama ada anda gemarkan rona lembut ini kerana ia cantik ataupun kerana ia trendy sekarang, anda harus akui bahawa rona lembut ini buatkan mana-mana ibu cantik gayanya nampak lebih segar!

Untuk gaya yang tepat, anda boleh kekal bermonokrom – pakaian helaian satu warna sahaja daripada baju hingga ke seluar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ataupun seperti gambar di atas, padankan dengan helaian warna neutral. Nampak manis kan! 

Padankan pula dengan kasut sniker untuk tampak lebih fresh dan moden. 

3# Guna aksesori penambah seri

Kredit: Katsiaryna Endruszkiewicz/Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pastikan penampilan tampak lebih bergaya, anda boleh mix and match aksesori yang sesuai dengan pakaian. Anda boleh pilih sama ada gelang, rantai statement, mahpun anting-anting.

Jika anda tidak yakin dengan aksesori, mulakan dengan aksesori yang simple seperti rantai leher pendant yang sesuai hampir dengan semua pakaian.

Selain itu, bag tangan juga boleh make or break penampilan anda. Tidak semua ibu cantik mempunyai pelbagai jenis bag berbeza, namun pastikan anda ada satu bag untuk kerja, satu bag untuk berjalan-jalan dan satu clutch sekurang-kurangnya.

Jenama tidak kisahlah yang mana satu, asalkan anda suka!

Malah tali pinggang juga aksesori terbaik untuk menaikkan lagi seri penampilan. Sebagai contoh, pilih tali pinggang skinny untuk dipadankan dengan sweater  dan skinny jeans beserta kasut sniker. Simple but cute!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4# Skirt panjang untuk gaya feminin

Pemakaian skirt pasti membuatkan seorang ibu cantik nampak lebih feminin namun jika anda gayakan dengan cara yang betul, anda juga boleh tampil ranggi. Apabila memilih skirt, kain jenis pleats akan membuatkan gaya lebih romantis, jangan lupa padankan dengan kasut tinggi.

Jika anda memilih skirt jenis straight-cut, padankan dengan kasut sniker atau boot dan aksesori minimal, barulah lebih moden!

Wangikan Diri Dengan Safi Hijabista Bodycare 

Rangkain khas untuk hijabista ini hadir dengan teknologi 7 Pro Action & Scent Care yang inovatif dan terkini. Sesuai sekali untuk ibu cantik hijabista yang sering berhadapan dengan kesukaran untuk mencari produk untuk kekal selesa, bergaya dan segar terutamanya apabila memakaia helaian berlapis dalam cuaca panas.

Antara empat produk baru yang dapat menentang bau badan dan tubuh melekit terdiri daripada deodorant roll-on, deodorant spray, gel lotion dan soothing gel.

1# Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Roll On

Ini adalah deodoran antibakteria yang memberi perlindungan 48 jam yang berkesan dengan manfaat penjagaan kulit. Ia hadir dalam tiga variasi iaitu Healthy White – Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh- Aloe Vera & Cucumber atau Soft & Smooth- Shea Butter & Almond Oil. 

Selain itu, ia juga hadir dengan 7 manfaat pro action: anti-bakteria, anti bau badan, anti peluh, anti stres kulit, anti iritasi, anti kesan baju and anti melekit yang membolehkan anda bebas daripada bau badan serta terus kesegaran sepanjang hari!

2# Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Spray

 

Buat mereka yang lebih gemar deodorant jenis spray, anda boleh menggunakan produk ini yang mana ia membekalkan kesegaran pada tubuh. Selain itu, ia mampu melindungi kulit daripada bau kurang enak selama 48 jam dengan pengeringan segera tanpa meninggalkan rasa ketidakselesaan. 

Hadir dalam variasi sama seperti Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Roll On dengan manfaat 7 pro action yang sama!

3# Safi Hijabista Bodycare Aqua Gel Lotion

Losyen gel ini memastikan kulit anda sentiasa lembut lagi-lagi apabila anda mengenakan pakaian layering. Dengan 7 Pro Action, produk ini melembutkan, menghidrat, menenangkan dan menganjalkan kulit. 

Selain menyegarkan kulit, ia juga mampu mengurangkan kedutan pada kulit, membuatkan kulit anda terasa lebih lembut dan lembap sepanjang masa. Lebih menariknya, kulit juga tampak lebih awet muda!

4# Safi Hijabista Bodycare Multi-Function Soothing Gel 

Hadir dalam dua variasi iaitu 100% Natural Aloe Vera dan 100% Natural Pomegranate, produk ini Aloe Vera Soothing Fresh melega dan menenangkan kulit, manakala Pomegranate Radiant Fresh memperbaiki dan mencerahkan kulit. 

Gel ringan ini boleh digunakan sebagai pelembap badan, sapuan selepas cukuran, malah untuk rawatan rambut.

Ia juga sesuai untuk kulit yang kering dan mengelupas, serta untuk melembapkan kulit tumit yang merekah.

Setiap produk dalam rangkaian Safi Hijabista Bodycare ini diuji secara klinikal dan dermatologi serta bebas daripada paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan ujian haiwan. Ia mesra sekali dengan semua jenis kulit!

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini daripada SAFI, anda boleh melayari  laman web rasmi SAFI.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Dapatkan Rambut Idaman? Rahsianya, Cuba Tips Penjagaan Rambut Mudah Ini!

Penulis

Anis Hanini