Seorang Ibu Cuba Rawatan Yang Belum Diuji Demi Merawat Anaknya

Didorong oleh rasa terdesak dan kasihan melihat penderitaan anak sendiri yang semakin teruk, ibu ini mengambil keputusan drastik untuk cuba merawat anaknya dengan rawatan yang belum diuji!

Siapa yang tak terdesak apabila melihat anak yang dikandung selama 9 bulan dulu, kini dihimpit kesakitan melampau.

Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak mereka disahkan menghidap penyakit pelik dan rawatan biasa tak efektik untuk merawatnya?

Wartawan Susannah Meadows telah berkongsi pengalamannya mencuba sebuah rawatan yang masih belum diuji demi merawat anaknya yang disahkan menghidap penyakit juvenile idiopathic arthritissejenis penyakit keradangan sendi.

Apakah penyakit juvile idiopathic arthritis?

Hampir 300.000 kanak-kanak di Amerika Syarikat memiliki sakit bengkak sendi. Juvenile idiopathic arthritis (JIA) adalah sakit bengkak sendi yang paling kerap terjadi.

Idiopathic” itu bermaksud “asal yang tak diketahui.” Penyakit jenis ini diklasifikasi sebagai penyakit autoimun. Autoimun adalah penyakit yang disebabkan oleh tindakan antibodi yang terhasil sebagai tindak balas terhadap bahan-bahan yang biasa terdapat dalam badan.

Contohnya, sistem imun badan yang sihat akan melawan virus dan bakteria. Tapi, individu dengan masalah autoimun tak memiliki sistem imun badan normal.

Ia akan jadi terlampau aktif walaupun ketika tiada jangkitan. Atau lebih teruk, sistem imun akan tersalah menyerang sel-sel dan tisu badan yang sihat.

Keberanian seorang ibu demi anak tercinta

Meadows tiada pilihan rawatan lain. Semua ubat-ubatan yang diberi doktor tidak berkesan. Sebagai seoang ibu yang terseksa melihat penderitaan anak sendiri, Meadows mula mempertimbangkan perkara yang tak tercapai dek akal.

Keadaan anaknya semakin tenat. Mungkinkan ubat-ubatan bukan satu-satunya cara untuk merawat penyakit ini?

Kerana memikirkan hal itu, Meadows mula berjumpa dan berbincang dengan doktor pakar dan ibu bapa yang mengambil teori alternatif untuk merawat anak mereka.

Antara teori alternatif yang sering dicuba adalah menukar diet secara radikal dan memberi perubatan herba Cina.

Seperti kebanyakan ibu bapa lain, Meadows sanggup melakukan apa saja demi kesihatan anaknya.

Kuasa “diet” untuk merawat penyakit dalam badan

Menurut Meadows, semuanya bermula secara tiba-tiba. Beliau pada mulanya lega apabila doktor memberikan ubat naproxen, seakan ubat ibuprofen untuk merawat anaknya.

Tapi ubat itu tak berkesan! Kemudian anaknya diberi ubat methotrexate pula. Meadows mula risau apabila memikirkan kesan sampingan ubat tersebut. Anaknya terbuka kepada risiko penyakit lymphoma atau penyakit hati.

Ternyata, jangkaan Meadows benar. Selepas mengambil ubat tersebut, anaknya kerap demam, dan tak mampu berdiri. Dia akan muntah setiap minggu. Meadows tak sampai hati. Ini bukan kehidupan yang beliau mahu untuk anaknya!

Sebab itu Meadows mengambil keputusan terdesak ini. Beliau ingin menukar diet pemakanan anaknya. 

Beliau membuang gluten, produk tenusu dan gula dari diet pemakanan anaknya. Kemudian, beliau beri anaknya makan omega-3 (minyak ikan) dan probiotik dalam dos yang tinggi. 

Bertuahnya, anak beliau semakin sihat selepas enam minggu!

Kini, anaknya tak lagi bergantung pada ubat methotrexate. Dia sihat dan bebas daripada kesakitan sejak 4 tahun lalu! Sesetengah saintis menjelaskan fenomena luar biasa ini mungkin berlaku kerana perubahan dietnya!

Ditanya mungkinkan perubahan diet ini benar-benar memberi kesan. Meadows membalas

Kami menyimpan bukti kukuh dan bukti anekdot yang kuat mendedahkan tentang bukti klinikal, yang makanan boleh meningkatkan tanda-tanda penyakit kronik tertentu. Oleh itu, kami bersifat terbuka dengan makanan. Apa yang anda makan mampu memberi kesan pada badan anda.

Yang pasti, perkongsian ini untuk memberi harapan kepada mana-mana ibu bapa di luar sana yang terpaksa cekal mengharungi kehidupan dengan anak yang sakit. Jangan mudah putus asa!

Meadows menasihatkan semua ibu bapa untuk meneruskan perjalanan. Jangan fikir tiada alternatif lain. Cuba! 

Kredit gambar: Alberto Ruggieri/Illustration Works/Getty Images

Sumber rujukan: NPR dan Arthritis Foundation

Penulis

Ayu Idris