Ibu dan anak melahirkan selang 24 jam

Andrea Rafferty menjadi ibu dan nenek dalam selang masa 24 jam! Ikuti kisahnya dan perbincangan tentang dilemma sesetangah ibu baru tentang siapa yang patut ada bersama ketika melahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu, Andrea Rafferty, 43 tahun, telah melahirkan bayinya dan sehari kemudian, anaknya Amber, 19 tahun, pula melahirkan – menjadikan Andrea seorang ibu dan nenek dalam masa 24 jam.

Bukan itu saja, mereka juga duduk dikatil bersebelahan di hospital agar mereka dapat pulih bersama dan berhubung dengan bayi masing-masing. Sangat manis dan istimewa, bukan?

Yang kurang menarik

Sebagai seorang ibu, Andrea tidak dapat menahan diri untuk menegur Amber dan memberi nasihat sebagai ibu baru, sama seperti mana-mana ibu yang baru menjadi nenek biasa lakukan.

Mungkin Andrea dapat memberi dan menawarkan nasihat setiap masa kerana mereka duduk sebelah menyebalah, namun Andrea sendiri sibuk dengan bayi barunya.

Apapun juga, menghadapi kelahiran dalam masa yang sama dapat merapatkan lagi hubungan mereka berdua. Sekurang-kurangnya, jika salah seorang daripada mereka mengadu tentang masalah bayi masing-masing, mereka benar-benar memahami keadaan.

Perlukah ibu hadir dalam bilik bersalin?

Mungkin tidak menjadi satu kebiasaan di kalangan ibu-ibu di Malaysia, ibu-ibu di negara barat kadangkala menghadapi dilemma dalam membuat keputusan siapa yang ingin dibawa bersama ke dalam bilik bersalin.

Ada diantara ibu-ibu yang terlalu rapat dengan ibu kandung masing-masing dan naluri anak-anak yang masih melekat dalam jiwa ibu menginginkan ibu sendiri berada di samping. Ada juga yang memikirkan waktu melahirkan adalah waktu intim antara suami isteri dan orang lain, termasuk ibu kandung, tidak perlu ada sama.

Kelebihan dan kekurangan

Kelebihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

• Waktu melahirkan mungkin mengambil masa lama dan memenatkan. Suami mungkin memerlukan rehat. Jadi jika ibu ada bersama, beliau dapat menjaga anda sementara suami berehat atau berjalan-jalan mengambil angin sebentar.

• Ibu kandung sentiasa menyokong kita dalam keadaan apa sekalipun, terlebih lagi dalam keadaan yang kritikal seperti ini. Dan selalunya mereka lebih tenang kerana tahu dan memahami keadaan anda ketika itu. Tentu sekali mereka dapat memberikan sokongan emosi yang baik.

• Bukan saja untuk isteri, mungkin baik juga jika ibu ada bersama bila suami agak gementar menghadapi kelahiran terutama anak pertama. Mungkin tidak pengsan, tetapi jika suami tidak mampu untuk terus berada di samping ketika melahirkan, ibu dapat mengambil tempatnya dan anda tidak ditinggalkan sendirian.

Kekurangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

• Naluri seorang ibu, sama saja walau anaknya telah besar panjang, terlalu mengambil berat. Jika ibu anda seorang yang sangat cerewet dan suka ‘membebel’ walaupun dengan niat baik, mungkin elok jika dia tidak bersama dalam bilik bersalin. Bimbang jika menjadi halangan kepada doktor dan jururawat.

• Jika ibu seorang yang kuat berpegang kepada pantang-larang orang lama, mungkin ada beberapa perkara yang dia tidak akan bersetuju ketika proses melahirkan sedang berjalan. Dia mungkin juga tidak dapat menahan emosinya ketika anda menanggung kesakitan.

Apa juga keputusan anda tentang perkara ini, mungkin dua perkara ini dapat membantu: hubungan anda dengan ibu, perasaan suami tentang perkara ini dan peraturan hospital dimana anda ingin melahirkan.

Amat penting bagi anda untuk berbincang dan membuat keputusan tentangnya lama sebelum hari yang dijangkakan sampai. Jika anda hanya mahu berdua bersama suami, mungkin anda boleh memaklumkan kelahiran bayi hanya selepas proses kelahiran selesai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tinjuan pendapat: siapa yang harus saya ajak untuk bersama dalam bilik bersalin?

Sebagai penutup, mari ikuti hasil tinjauan pendapat yang dilakukan oleh laman thebump.com yang berpangkalan di USA tentang isu ini.

~ 98.4% : ibu-ibu mahu berkongsi pengalaman intim ini bersama pasangan.

~ 29.5% : mahukan pengalaman dan sokongan ibubapa atau ibubapa mertua

~ 9% : sukakan keselesaan bersama adik-beradik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

~ 4.9% : sahabat yang tenang dan tidak banyak kerenah sebagai pilihan terbaik

~ 10.2% : mempelawa orang lain – trend semasa: ‘doula’ atau jurulatih kelahiran

Rujukan:

Mom and daughter give birth 24 hours apart
Who should I invite into the delivery room with me?
Guests for birth
Should your mom be in the delivery room?
The benefits of family in the delivery room
Get the right birth partner

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan