Bersalin Ibarat Berperang Dengan Nyawa, Sama Seperti Pahala Berjihad Di Jalan Allah

Kepayahan seorang isteri yang mahu bersalin seolah-olah nak pergi berjuang menghadapi peperangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu hamil dan suami mestinya berasa tidak sabar untuk menantikan cahaya mata mereka setelah sembilan bulan membawa si comel dalam kandungan.

Namun begitu, tidak semuanya berakhir dengan keindahan sebab banyak pula kita dengar kes ibu meninggal selepas bersalin.

Tak kurang juga yang koma dan ada juga yang mengalami pendarahan teruk sampai berminggu-minggu ditahan dalam wad hospital.

Aduhai, bila dengar macam ni rasa nak gugur jantung dan perasaan takut mulai menyapa di hati.

Ibu hamil dan suami ingatlah ini

Suami, ingatlah bila isteri hamil sebenarnya dia sedang melalui proses yang amat sukar dalam hidupnya.

Anda mungkin nampak dia tersenyum mesra, comel dengan kandungannya tapi sebenarnya sukar untuk dilalui manakan tidak setiap pagi rasa mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, kencing kotor dan banyak lagi yang
seorang isteri akan hadapi semasa mengandung.

Kesakitan ibu semasa hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, kekadang mengalami sakit di bahagian betis, ulu hati dan banyak lagi.

Ha..itu baru cerita bab kehamilan, belum masuk lagi topik melahirkan yang mana sakitnya lebih dua kali ganda sebab kena teran nyawa lain dalam rahim yang dikandungkan.

Malah ia diibaratkan seperti nak pergi berperang, yang mana pergi sihat walafiat tapi bila balik belum tentu mereka bernyawa. Allahu!

Sebab itulah, Allah SWT menyediakan syurga indah buat para wanita agar anak-anak mereka hormat dan taat kepadanya nanti.

Untuk suami, layanlah isteri dengan sewajarnya kerana ini mungkin kali terakhir mereka mengandungkan zuriat untuk suami tercintanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang suami patut buat selepas isteri bersalin?

#1. Azan dan iqamat anak yang baru lahir
#2. Berikan kucupan di dahi isteri dan ucapkan tahniah serta terima kasih selepas mereka puas berjuang untuk melahirkan zuriat.
#3. Tahnikkan bayi dengan kurma, madu atau air zamzam menggunakan jari manis.
#4. Sediakan tukang urut untuk isteri tercinta paling tidak tiga ke tujuh hari bergantung kepada keadaan isteri dan kemahuannya.
#5. Di hari ketujuh, berikan nama yag baik dan cukur rambut atau botakkan rambut anak. Ini kerana, rambut yang di dalam perut tidak baik untuk perkembangan dan kesihatan si kecil.
#6. Mengurus uri dengan betul yang mana suami perlu basuh dan tanam uri dengan sendiri.
#7. Paling penting adalah sentiasa berikan sokongan kepada isteri untuk menyusukan bayi yang baru lahir. Kalau boleh, sediakan alat pam penyusuan jika isteri mengalami kesukaran untuk keluar susunya.

Sokongan suami di waktu ini sangat diperlukan kerana mereka boleh stres dan meroyan dalam pantang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penjagaan bayi baru lahir

#1. Sediakan pampers yang sesuai dan secukupnya. Kalau boleh untuk saiz newborn, jangan beli banyak sangat tapi ambil saiz yang besar sedikit. Ini kerana bayi cepat membesar nanti rugi pula kalau beli terlalu banyak.

#2. Tolonglah tukarkan pampers untuk anak jangan biarkan isteri seorang yang buat segala-galanya dengan sendiri.

#3. Biasanya bayi mudah terkena perut kembung jadi pastikan anda berikan penyusuan susu ibu dengan teratur dalam masa 2 jam sekali terutama bayi yang ada kuning atau jaundice. Semakin kerap bayi menyusu maka makin kerap dia membuang air kecil sekaligus percepatkan jaundis turun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Sentiasa monitor pernafasan bayi jika disusuli dengan bunyi dengkuran yang kuat bawa si kecil berjumpa doktor kerana dikhuatiri terjadi jangkitan paru-paru.

#5. Tidurkan anak selepas menyusu atau dodoikan dengan tangan diikuti dengan zikir atau ayat-ayat suci Al-Quran. Kemudian ciumlah bayi anda sepuasnya kerana bau yang best itu seperti bau syurga.

Justeru, nikmatilah rasa bahagia semasa bayi anda masih kecil ini. Timanglah mereka dengan sepenuh kasih dan sayang sebelum si comel membesar nanti.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan artikel ini di Facebook anda. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Pa&Ma

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

https://my.theasianparent.comcara-bersalin