Ibu Ini Hamil Dua Kali Dengan Bayi Kedua 10 Hari Selepas Persenyawaan

Apa? Hamil 2 orang anak dan mereka mempunyai 2 umur gestasi yang berbeza? Aneh tapi benar! Diagnosis yang unik ini adalah fenomena kehamilan yang sangat jarang berlaku dan akan menyebabkan anda menggaru kepala!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan suami isteri yang mempunyai masalah kemandulan tahu betapa susahnya untuk menimang cahaya mata.

Untuk mereka yang berjaya, kegembiraan itu pasti tak terhingga dan tak dapat digambarkan.

Tetapi apakah kemungkinannya untuk hamil dua kali dengan usia gestasi yang berbeza?

Beginilah kisah pasangan ini, yang bukan hanya telah menjadi ibu bapa, tetapi juga telah mencipta sejarah dunia yang menakjubkan.

Kate dan Peter Hill, pasangan yang berasal dari Australia telah diberitahu bahawa peluang mereka untuk mendapatkan anak adalah sangat nipis kerana Kate mempunyai sindrom ovarium polisistik(PCOS).

Disebabkan ini, Kate telah menjalani terapi hormon untuk membantu melancarkan ovulasi dan meningkatkan peluang untuk hamil.

Mereka betul-betul gembira apabila doktor mengesahkan kehamilan Kate tahun lepas, tetapi yang paling peliknya, kira-kira dua minggu kemudian, Kate didapati hamil seorang anak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Bagaimana ini boleh berlaku?

Ya, pada mulanya saya agak keliru juga, tetapi ia adalah fenomena kehamilan sebenar yang sangat jarang berlaku.

Fenomena ini dikenali sebagai “superfetasi,” dan hanya terdapat 10 kes lain seperti ini di dunia.

Biasanya, apabila seorang wanita hamil, badannya akan menghantar isyarat kepada ovarinya supaya berhenti melepaskan telur ke rahim.

Kemudian, hormon kehamilan akan mula menyiapkan badan wanita itu untuk memelihara bayi yang berkembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi badan Kate tidak berhenti mengovum dan ovarinya telah mengeluarkan telur walaupun sudah hamil.

Semasa temujanji pertamanya, imbasan ultrasound menunjukkan Kate mengandung anak kembar, tetapi salah seorang bayi kembar sudah berhenti berkembang.

Sepuluh hari kemudian, semasa pemeriksaan pranatal kedua, doktor terkejut apabila mendapati Kate mengandung dengan dua bayi.

Kate hamil dua kali, tetapi embrio ketiga ini mempunyai usia gestasi yang berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Selena Rollason/Diimex

Kehamilan Kate adalah satu keajaiban kerana dia dan Peter telah mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan sekali sahaja.

Penjelasan yang paling logik adalah mungkin sperma Peter telah bertahan dalam badan Kate dan berjaya bersenyawa dengan telur yang baru dikeluarkan.

Berapa lama sperma boleh hidup dalam badan wanita?
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto kredit: themarysue

Jangka masa sperma boleh hidup dalam badan wanita semuanya bergantung kepada persekitaran mereka.

Sperma dianggarkan boleh hidup sekurang-kurangnya 1-2 jam dan sehingga 5 atau 6 hari. Di luar faraj, sperma akan mati apabila air mani sudah kering.

Tetapi apabila sperma sudah masuk faraj, jangka hayatnya bergantung kepada keadaan dalam faraj, rahim, dan tiub fallopian wanita.

Misalnya, jika tiada cecair dalam serviks, paling lama sperma boleh hidup adalah selama beberapa jam sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan di dalam faraj sebenarnya sangat berasid dan tanpa kehadiran cecair serviks yang subur, sperma akan mati dengan cepat.

Fungsi lelehan serviks yang subur adalah untuk memudahkan sperma berenang melalui serviks, ke dalam rahim dan masuk ke tiub fallopian.

Setiba di tiub fallopian, sperma tidak akan mengharungi apa-apa halangan lagi dan boleh hidup disana selama 5-6 hari sambil menunggu pembebasan telur, sehingga lima hari.

Perbezaan saiz yang ketara

Sumber gambar: Selena Rollason/Diimex

Bayi Charlotte dan Olivia, berjaya dilahirkan dan ketika lahir, saiz dan berat badan mereka jauh berbeza.

Berat Charlotte hanya 4.23 pound dan Olivia 5.46 pound. Mereka juga telah dilahirkan pada tahap perkembangan yang berbeza, dan juga mempunyai jenis darah yang berlainan.

Walaupun Kate dan Peter telah berasa bimbang tentang kesihatan kedua bayi mereka sepanjang kehamilan, kedua-dua anak perempuan mereka kini sihat dan membesar dengan baik.

Menarik sungguh kisah dua bayi istimewa ini, kan? Kuasa Tuhan, siapa dapat menghalangnya?

Kongsikan artikel ini kepada rakan di media sosial anda, mereka pasti terhibur membaca kisah yang menarik ini!

Sumber: Smart Parenting, Appleseed Fertility

Penulis

Rosanna Chio