Ibu Sarat Hamil Alami Masalah Sesak Nafas & Meninggal Bersama Bayi Dalam Kandungan

Kisah ibu hamil meninggal dunia dianggap kematian yang dicemburui. Meskipun sedih pemergian kedua-duanya, namun percayalah akan ganjaran syurga buat mereka

Rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya adalah di tangan Allah. Begitulah kisah terbaharu yang menjadi tular pada hari ini apabila seorang ibu hamil meninggal dunia dan ‘pergi’ bersama bayi dalam kandungan.

Setiap wanita bergelar isteri dan ibu pastinya akan berjuang habis-habisan untuk melahirkan seorang anak dengan lancar. Namun siapa sangka menemui ajal terlebih dahulu sebelum sempat bayi melihat dunia.

Ibu hamil meninggal dunia bersama bayi 

foto: columbiaasia

Seorang wanita yang dikenali sebagai Shamira Roslan telah dijemput Ilahi ketika dirinya tengah sarat mengandungkan anak kedua. Difahamkan ia disebabkan oleh berlaku komplikasi jangkitan kuman dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping.

Menurut perkongsian oleh saudaranya, Shuhada Fazli melalui media Facebook kelmarin, dia mengatakan bahawa sepupunya tersebut pada awalnya hanya mengalami masalah sesak nafas.

Jangkitan kuman yang berlaku telah menyebabkan wanita berkenaan berada dalam keadaan kritikal. Manakala bayi dalam kandungan pula dikhabarkan sudah tidak bernyawa lagi.

Nak minta tolong semua doakan sepupu shida kuat semangat. Sekarang tengah kritikal di Hospital Taiping. Pagi ini sesak nafas doktor cakap kuman. Dia tengah sarat mengandung sekarang ini. Jantung ibu sudah drop, jantung baby sudah tiada. Hanya berharap ibu selamat. Ya Allah tiada yang mustahil dari mu. Kuatkan semangat dia, selamatkan lah dia Ya Allah..

Sudah tertulis takdir untuk dia pergi

Walau bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya. Tidak lama kemudian wanita berkenaan dikatakan sudah menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi berkenaan.

Arwah meninggalkan seorang suami bernama Muhamad Nor Syahiddan dan seorang anak lelaki Aisy Hafiy. Berita pemergiannya telah mengundang sebak oleh para netizen yang terkesan akan pengorbanan ibu berkenaan dan mengucapkan takziah di laman Facebook masing-masing.

Mintak sedekahkan Alfatihah dekat kak ipar eyma Shamira Roslan dan baby. Allahuakhbar tak mampu nak cakap apa Ya Allah berat sungguh ujian mu. Aku tahu mu kuat bang takpa jaga amanah hat yang ada. Takleh bayang mcm mana anak 4 tahun tanya mak dia mana nanti 😭😭😭😭😭

Yang tak rapat pun terkesan dgr berita pemergian dia..sebab kenal, satu sekolah, pernah bertugas pengawas sama2 , mengejut sangat shaa pegi, mengejutkan ramai orang. dalam keadaan sarat mengandung, ada anak kecil yang sulung lagi ditinggalkan.

Setiap orang pasti merasai mati, kita pun tak tahu bila waktu kita. shaa bertuah ,moga Syurga tempatmu

Wanita mati syahid ketika hamil

Dari Jabir bin ‘Atik, Rasulullah S.A.W bersabda:

”Mati syahid itu ada 7 selain mati terbunuh dalam medan perang. Pertama ialah mati kerana penyakit tah’un, kedua kerana tenggelam, ketiga mati kerana penyakit lambung, keempat mati kerana sakit perut, kelima mati kerana terbakar, keenam mati kerana ditimpa keruntuhan dan ketujuh, wanita mati ketika hamil atau melahirkan anaknya,” (Hadis Ahmad Abu Dawud, Nasa’i dan Malik)

Rasulullah menjelaskan betapa istimewanya kedudukan wanita yang hamil jika meninggal dunia saat kehamilannya itu. Allah telah memberikan jaminan bahawa golongan wanita hamil, sebagaimana janji Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang demi membela agama.

credit to sources

Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita mengandung meninggal ketika melahirkan anak menunjukkan betapa besarnya harkat Allah dan Rasul-Nya kepada kaum wanita.

Perlu diketahui bahawa golongan wanita mempunyai peranan besar dalam menentukan pembiakan manusia yang Allah tempatkan di muka bumi ini. Pengembangan jumlah manusia di dunia ini berjalan secara wajar melalui kehamilan hasil hubungan bersama suami mereka.

Di samping itu, kesediaan kaum wanita untuk hamil dengan risiko yang amat tinggi memang sudah layak dan seharusnya mendapat ganjaran besar daripada Allah iaitu syurga di akhirat kelak.

”Wahai manusia, taatlah kepada tuhanmu yang telah menciptakanmu dari seorang manusia dan Dia menciptakan dari manusia itu pasangannya dan dari mereka berdua, berkembanglah lelaki dan wanita di bumi yang telah diciptakanNya itu.” (An-Nisaa’ (4); 1)

Sumber: Oh My Media, Megat Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia