Kecekalan 5 Ibu Hebat Ini Merupakan Inspirasi Buat Kaum Wanita Di Luar Sana!

Setiap wanita mengharungi cabaran yang berbeza dalam kehidupan. Begitu juga buat 5 selebriti ini, yang cekal menjalani kehidupan sebagai ibu hebat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi wanita dan bergelar ibu hebat pada masa yang sama sememangnya satu cabaran buat kebanyakkan wanita.

Apabila kita melihat wanita lain, mungkin ada yang berfikir, “Dia wanita yang hebat, bolehkah saya menjadi sepertinya?”

Ibu Hebat Inspirasi Untuk Terus Berjuang

Kadangkala kita mungkin rasa lelah dan berfikir, mampukah aku melakukan tanggungjawab yang besar ini dan mengorbankan perkara lain?

Ibu, cuba henti sebentar dan fikirkan yang sebenarnya kudrat seorang wanita adalah lebih dari apa yang anda fikirkan! Mungkin kisah beberapa ibu ini boleh memberi inspirasi kepada anda.

Ibu Hebat #1 Dato’  Siti Nurhaliza

Sumber: Instagram @ctdk

Sepanjang kariernya, Dato’ Siti Nurhaliza merupakan penyanyi dan usahawan yang sangat berjaya dan masih terus menggapai kegemilangan dalam bidang yang diceburinya.

Penyanyi nombor 1 negara itu merupakan salah seorang dari jutaan wanita yang berusaha untuk hamil (TTC) dan akhirnya berjaya pada tahun ke -11 perkahwinannya.

Sepanjang usahanya untuk hamil, dia juga telah mengalami keguguran, namun masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata yang bukan sahaja dinantinya beliau, malah rata-rata peminatnya.

Kelahiran puterinya Siti Aafiyah sememangnya satu rahmat buat Dato’ Siti dan pasangannya, di mana semasa trimester pertama beliau sangat menjaga kandungannya malah menolak sebarang aktiviti luar. Semoga kehadiran puteri kecil itu terus memberi semangat untuk pasangan ini.

Ibu Hebat #2 Elyana

Sumber: Instagram @elyanaofficial

Pada usia 32 tahun, Elyana yang merupakan ibu kepada seorang anak mengejutkan orang ramai apabila dia mengumumkan penyakit kanser limfoma tahap 4 yang dihidapinya.  

8 tahun berperang dengan kanser tersebut, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berharap tahun 2019 menjadikan dirinya lebih kuat untuk melawan penyakit tersebut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elyana masih aktif bekerja walaupun sedang melalui proses rawatan penyembuhannya, malah menurutnya, lebih baik dia menjadi aktif untuk mengelakkan diri dari terlalu berfikir dan melayan kesakitannya itu. 

Tambah mengagumkan lagi, Elyana kini mengambil seorang anak angkat  mengambil seorang anak angkat lelaki penghidap sindrom Down yang diberikan nama Tulus.

Ibu Hebat #3 Rita Rudaini

Sumber: Instagram @ritrud727

Siapa yang tidak kenal dengan Rita Rudaini, seorang ibu cekal yang membesarkan 2 anak lelakinya secara berseorangan sejak berpisah dengan bekas suaminya.

Rita sangat tabah memperjuangkan nasibnya dan sanggup berulang kali naik turun mahkamah bagi mendapat pembelaan, 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini, Rita telah menulis sebuah buku berjudul ‘Kerana Aku Seorang Perempuan’ yang menceritakan setiap latar belakang dan perjalanan hidupnya sepanjang bergelar ibu tunggal.

Namun kini Rita sudah lebih tenang dan berharap semoga bekas suaminya, Aidil akan berjumpa dengan anak-anak suatu hari nanti.

“Ini adalah perjalanan yang telah ditakdirkan untuk rumah tangga kami. Saya tak ada masalah kalau Aidil mahu kembali ke sisi anak-anak dan sanggup menjadi orang tengah mempertemukan dia dan anak-anak semula. Saya tidak mahu setelah dewasa nanti anak-anak membenci bapa mereka, hanya kerana kami telah bercerai,” kata Rita.

Semoga ibu kepada Rayyan dan Arjuna ini semakin tabah membesarkan anak-anaknya.

Ibu Hebat #4 Vivy Yusof

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Instagram @vivyyusof

Datin Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof merupakan seorang usahawanita, personaliti TV dan ikon fesyen Malaysia.

Beliau merupakan pengasas bersama Fashion Valet dan pengasas dUCk, satu pencapaian yang mengagumkan bagi seorang wanita yang berusia 32 tahun!

Namun ibu kepada 3 orang anak ini mengaku yang dia memerlukan bantuan bagi menjalankan peranan sebagai CEO syarikat dan ibu pada masa yang sama. Menjadi ibu bukanlah tugas yang mudah, malah tiada cara betul atau salah untuk melakukannya.

“Setelah menjadi ibu saya sedar, it’s true that the career will take us a step behind while adjusting to motherhood. We can’t do it all alone.  Lebih-lebih lagi bila anak masih kecil. Para ibu perlu jadi lebih realistik. Tiada wanita mampu menjadi ibu yang sempurna. There are so many people rooting for me and with kids I need a lot of help.”

Ibu Hebat #5 Zarina Zainuddin

Sumber: Instagram @zarinazainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai ibu yang sabar dan penyayang membesarkan dua orang anak kembar autisme

Namun Zarina tetap kuatkan semangat dan senantiasa mendapat sokongan keluarga terutamanya suaminya, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar untuk memastikan anak kembar mereka mendapat kasih sayang serta perhatian yang secukupnya.

Biarpun kadangkala perhatian Zarina buat Razil dan Raizal itu melebihi dua lagi anaknya, namun Zarina tiada pilihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya Razil dan Raizal memerlukan lebih banyak perhatian berbanding Naim dan Adam. Ini kerana Razil penghidap autisme yang kronik. Dia langsung tidak boleh bercakap berbanding Raizal yang mampu bertutur, berdikari dan menjaga diri.

Tabahnya wanita ini.

Sempena Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, kami di theAsianparent ingin mengucapkan yang terbaik untuk kesemua wanita dan para ibu di seluruh dunia! Jom ambil inspirasi daripada mereka dan cuba menjadi yang terbaik 😉

Ibu bekerja atau surirumah?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.cominspirasi-wanita-seluruh-dunia/

Penulis

Beto Rahman