Dugaan Berganda: Seorang Ibu Hilang Suami & Anak Yang Maut Dalam 2 Kemalangan Berbeza!

Berat sungguh dugaan ibu ini apabila beliau hilang suami dan anak sulungnya selang seminggu dalam 2 kemalangan berbeza. Semoga beliau tabah dan kuat menghadapi dugaan berganda ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu kehilangan suami dan anak serentak

Tiada apa yang dapat dituturkan melain rasa kasihan pada ibu ini. Beliau terpaksa menghadapi cabaran yang sungguh tegar.

Masakan tidak – menurut laporan Penang Kini, ibu terbabit yang bernama Puan Ummu Umairah baru saja kehilangan suami tercinta pada malam Merdeka tempoh hari akibat kemalangan tragik.

Semalam, beliau kehilangan anak sulungnya pula akibat kemalangan kedua!

Inilah mangsa kejadian – seorang suami dan anak sulung
Kredit gambar: Penang Kini

Betapa bertimpa-timpa dugaan yang Tuhan berikan pada ibu terbabit. Kami di theAsianparent mendoakan agar beliau diberi kekuatan untuk mengharungi semua ini. 

Kisah kehilangan suami dan anak sulung yang sungguh menyayat hati

Warga Penang diruntun duka apabila laporan mendedahkan sebuah kemalangan maut telah berlaku di simpang Bertam Perdana 3 pada malam Merdeka tempoh hari.

Tragedi kemalangan maut itu menjadi viral kerana ia melibatkan seorang ustaz/guru Pendidikan Islam yang terkenal di Kepala Batas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama mendiang adalah Ustaz Khalil. Ketika kejadian, allahyarham membonceng motosikal Yamaha bersama anak sulungnya sebelum dilanggar oleh sebuah kereta MyVi.

Kredit gambar: Penang Kini

Anak lelaki yang berusia 4 tahun itu mengalami pendarahan kritikal di kepala. Namun, beliau segera dikejarkan ke Hospital Kepala Batas sebelum menjalani pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenazah allahyarham Ustaz Khalil disimpan di Alor Setar, Kedah.

Kisah ini mendapat perhatian ramai kerana kebaikan hati budi ustaz terbabit sambil cara beliau menghembuskan nafas terakhir di mana beliau dikatakan “sujud menyembah Bumi” sebelum diangkat.

Kredit gambar: Penang Kini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selang seminggu, ibu hilang suami dan anak pula!

Selang seminggu selepas kejadian, isteri mangsa – seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata sekali lagi diduga apabila anaknya yang berjaya mengharungi kemalangan pertama (dengan ayahnya) meninggal dunia akibat kemalangan kedua!

MasyaAllah.

Anak sulung terbabit ketika kemalangan pertama
Kredit gambar: Penang Kini

Sekali lagi disiarkan dalam Penang Kini, masyarakat tersentap dengan kisah tragis kemalangan kedua ini.

Menurut laporan yang diterima, isteri arwah mengalami kemalangan di Permatang Durian Lahar Tiang semalam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika kejadian, ibu tersebut membawa anak lelakinya yang semakin pulih selepas kemalangan pertama. 

Kredit gambar: Penang Kini

Kanak-kanak terbabit – Muhammad Aseem meninggal dunia di tempat kejadian.

Laporan mendedahkan Puan Ummu Umairah dalam perjalanan membawa balik Muhammad Aseem daripada check-up  di hospital. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puan Ummu mengalami cedera parah, namun anak keduanya yang berusia 7 bulan mengalami cedera ringan.

Sungguh berat dugaan ini… Semoga Puan Ummu tabah mengharunginya. 

Tiada sesiapa yang wajar disalahkan dalam isu ini, namun berhati-hatilah ketika memandu wahai masyarakat Malaysia. 

Nyawa anda bila-bila masa saja boleh melayang, terutamanya jika anda tak bersedia untuk memandu seperti dalam keadaan mabuk, mengantuk, sering bermain dengan telefon dan mengalami tekanan emosi.

Satu gangguan ketika memandu boleh meragut nyawa insan yang tersayang

Ingatlah – sebarang gangguan ketika memandu boleh menyebabkan kecelakaan. Gangguan ini termasuk bagaimana anda mengendali emosi yang kuat.

Emosi boleh mempengaruhi judgement, dan mengakibatkan alihan tumpuan. Contohnya seperti anda memandu dalam keadaan emosi yang tak menentu akibat:

  • bergaduh dengan pasangan
  • tertekan dengan hidup atau kerja
  • terganggu dengan pemandu lain
  • menerima berita duka/menyedihkan
  • lambat ke temujanji

Semua ini boleh mengakibatkan anda tertekan, marah dan sedih, lalu mempengaruhi cara pemanduan anda. 

Hati-hati, jangan letak emosi di stereng kereta

Jika anda rasa emosi dan keadaan diri tak membenarkan anda memandu, sila:

  1. Berhenti di tepi (untuk tidur atau ketika dalam keadaan mabuk)
  2. Tarik nafas sedalamnya dan tenangkan diri
  3. Ubah muzik yang didengari. Dengar muzik yang lebih tenang

Semoga kejadian ini memberi iktibar pada kita semua. Sama-samalah kita mendoakan agar Puan Ummu tabah dan kuat mengharungi cabaran berganda ini.

Sumber rujukan: Penang Kini dan DMV.org

Kredit gambar: Penang Kini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkeluarga-maut-akibat-kemalangan-ngeri/

 

 

 

Penulis

Ayu Idris