Ibu Sanggup Jual Anak Gadis Berusia 14 Tahun Sebagai Pelacur Untuk Bayar Hutang

Semata-mata ingin membayar hutang, seorang ibu sanggup jual anak sendiri yang baru berusia 14 tahun sebagai pelacur. Mangsa sudah dirogol 3 kali!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu jual anak sendiri untuk jadi pelacur

Miri: Di mana kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya? Soalan itulah yang terlintas di fikiran saya selepas membaca berita menggemparkan ini.

Menurut sumber berita The Straits Times, polis telah menahan seorang ibu yang berusia 30 tahun kerana menjual anak gadisnya yang berusia 14 tahun sebagai pelacur.

Kredit: The Star Graphic

Wanita tersebut berasal dari kampung berhampiran kota Lawas di bahagian utara Sarawak.

Dia dikatakan mengambil tindakan drastik untuk menjual anak sendiri sebagai pelacur itu kerana ingin membayar hutangnya.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan Sarawak (SAC) Datuk Dev Kumar mengulas, pihak polis telah menahan wanita tersebut pada pukul 2.15 petang Ahad lalu (8 Oktober).

Selepas ibu jual anak, dia dirogol 3 kali

Kes ini terbongkar apabila seorang penghulu kampung membawa mangsa (anak gadis tersebut) membuat laporan polis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas pembongkaran itu, anak gadis terbabit terpaksa menceritakan peristiwa beliau pernah dirogol sebanyak 3 kali oleh seorang lelaki di hotel.

Ibunya dikatakan bekerja di sebuah pusat karoake. Akibat dibelenggu dengan hutang, ibu itu ingin menjual anaknya pada pemilik pusat karoake tersebut.

Kredit: Rebel Circus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

SAC Dev menjelaskan, mangsa juga memberitahu lelaki yang merogolnya di hotel itu telah membayar Rm1,000 pada pemilik pusat karoake itu untuk “membeli” dan merogolnya.

Polis turut menahan pemilik pusat karoake terbabit. Sekarang, polis sedang mencari lelaki yang didakwa telah merogol mangsa.

Kes ini akan dibicarakan sebagai kes rogol

Ibu dan pemilik karoake tersebut akan kekal ditahan dalam lokap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kancah pelacuran dan perdagangan manusia di Malaysia

Terkejut dengan kes sekejam ini? Saya nasihatkan jangan.

Jangan ingat Malaysia tidak mempunyai kancah pelacuran dan pemerdagangan manusia

Menurut Free Malaysia Today, walaupun pihak berkuasa mampu mengawal kes sedemikian, namun sebenarnya, banyak kes yang terselindung dan beroperasi secara “gelap“.

Khen Han Ming, seorang ketua pengarah keselamatan di beberapa hotel ternama telah membongkarkan rahsia “operasi gelap” ini.

Menurut beliau, masalah pelacuran dan pemerdagangan manusia di Malaysia semakin parah. Terdapat ramai pelacur yang dipaksa bekerja di sekitar Kuala Lumpur.

Kredit: Flickr

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya seperti di lorong-lorong Bukit Bintang, Lorong Haji Taib dan Chow Kit Road. 

Malah, ada juga pelacur yang “rela” bekerja di sekitar Jalan P Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang. Semuanya berhampiran hotel-hotel mewah.

Pendedahan ketua pengarah keselamatan itu sungguh mengejutkan. Beliau menambah, ramai pelacur yang dipaksa bekerja diperdaya dengan dadah.

Oleh itu, mereka tidak akan berjaya melepaskan diri, malah akan lebih bertahan lama untuk melayan pelbagai pelanggan.

The China Press sebelum ini melaporkan Johor Bahru antara kawasan “panas” atau red light area kerana pelancong Singapura akan “turun” ke sana untuk melanggan pelacur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kasihan wanita-wanita tidak bersalah yang dipaksa dan diperdagangkan demi duit poket orang lain.

Lebih kasihan jika anak-anak gadis yang turut menjadi mangsa. Sedangkan mereka berhak untuk dapat hidup yang lebih elok!

Sumber rujukan: The Straits Times dan The Star

Kredit gambar: iStock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-memaksa-isteri-melacurkan-diri-untuk-rm50/

 

Penulis

Ayu Idris