Ibu Ini Terjumpa Rokok Yang Patah 3 Di Lantai Bersama Bayinya Yang Telah...

Hati ibu mana yang tak risau apabila melihat ada rokok yang terpatah 3 di sisi bayinya. Malah, apa yang terjadi seterusnya sungguh tak disangka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya letak rokok berdekatan bayi

Rasanya ramai ibu bapa yang sudah mengetahui tentang bahaya asap rokok untuk orang sekeliling, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.

Tapi, pernahkah anda terfikir tentang bahaya jika rokok itu diletak berhampiran bayi atau kanak-kanak pula?

Inilah tragedi yang menimpa seorang ibu ini, hasil perkongsian The Local Society.

Mari sama-sama kita mengambil ia sebagai pengajaran untuk menjauhi rokok dari kanak-kanak.

“Anak saya telah tertelan tembakau rokok!”

Pagi itu, ketika saya ingin ke dapur, saya ternampak sebatang rokok telah terpatah 3 di atas lantai.

Saya menjerit memarahi suami saya kerana berani dia meletakkan rokoknya terbiar tanpa pengawasan di atas meja makan. 

Namun, suami memarahi saya balik mengatakan tiada apa yang harus saya marah pun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi hati saya berkata sebaliknya. Saya rasa… pasti anak saya yang bermain dengan rokok yang patah ini. Namun, saya tak menyangka ia jadi seteruk ini…

Selepas beberapa minit kejadian itu berlalu, saya cuba untuk membuang hingus dari hidung anak saya.

Tiba-tiba, saya ternampak ada tembakau rokok yang tersekat di giginya! Ketika itu saya pun mula panik.

Saya pantas memberitahu suami tentang insiden itu. Tapi suami menyuruh saya bertenang dan rileks saja. Katanya, tiada apa pun kalau anak saya termakan tembakau tersebut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, saya tak berpuas hati. Saya terus meng-google kerisauan yang saya rasa ini. Dan apa yang saya jumpa di Google amat menggemparkan!

Menurut Centers for Disease Control and Prevention, nikotin dalam rokok adalah beracun jika ia ditelan!

Saya yang risau pantas menelefon Pusat Racun Negara pula untuk meminta kepastian. Selepas menerangkan situasi yang dialami oleh anak saya, petugas tersebut mengatakan nikotin MEMANG BERACUN.

Saya terpaksa melihat beberapa simptom ini pada anak untuk memastikan beliau sebenarnya telah terkena racun nikotin. 

Antaranya seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pening
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala

Menurut petugas itu, simptom-simptom ini boleh menunjukkan tanda-tandanya selepas 1 jam. Saya juga diminta untuk membawa anak saya ke hospital dengan segera.

Selepas 20 minit menamatkan panggilan, anak saya tiba-tiba meragam. Saya cuba untuk memujuknya.

Tapi, beliau terus muntah dengan banyak. Saya dapat lihat ada sisa-sisa tembakau rokok dalam muntahnya! Ya Allah!

Waktu itu saya sungguh panik. Saya pantas menyiapkan anak saya dan kami terus ke hospital.

Nikotin dalam rokok boleh membunuh!

Anak saya kini telah ditahan dalam wad untuk pemeriksaan lebih lanjut. Suami saya telah berulang kali meminta maaf di atas kecuaian yang dia lakukan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian ini sengaja saya kongsi bagi membuka mata ibu bapa di luar sana agar jangan meletakkan sebarang benda yang boleh meracun anak berhampiran mereka.

Sikap mereka yang ingin ambil tahu akan menggalakkan mereka untuk mencapai mana-mana barang yang mereka mahu.

Menurut laporan, pihak Pusat Racun Negara selalu dihubungi kerana masalah kanak-kanak tertelan rokok yang dijumpai mereka. 

Nikotin – salah satu ramuan utama yang aktif dalam rokok dan tembakau adalah amat beracun. 1 miligram nikotin saja sudah cukup untuk membunuh bayi kecil!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba bayangkan kesannya jika anak anda tertelan sebatang rokok! Rokok mengandungi hampir 13-30 mg nikotin. 

Apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk mengelak keracunan nikotin ini adalah:

  1. JANGAN PERNAH simpan rokok berhampiran kanak-kanak
  2. PASTIKAN apa-apa produk nikotin atau puntung rokok dibuang jauh dari pandangan dan capaian kanak-kanak mahupun binatang peliharaan.

Jika anda mendapati anak anda mungkin telah tertelan sesuatu yang beracun, sila bawa mereka dengan segera ke hospital.

Hubungi pihak Pusat Racun Negara di talian +604-657 0099, +6012-430 9499 atau +604-657 2924 untuk sebarang pertanyaan.

Semoga tragedi seperti ini dapat kita elak. Jaga keselamatan anak-anak anda, ya!

Kalau anda mempunyai pasangan yang merokok, nasihatkanlah mereka untuk berhenti atau menjauhi tabiat tersebut daripada anak-anak.

Malang seperti ini tidak berbau.

Sumber rujukan: The Local Society, National Capital Poison Center, Centers for Disease Control and Prevention dan Pusat Racun Negara

Kredit gambar: Public Domain Pictures

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenjadi-perokok-di-usia-51-hari-ibu-bayi-ini-tersentap-dengan-kenyataan-doktor/

Penulis

Ayu Idris