Tiada Yang Lebih Sedih Apabila Melihat Seorang Ibu Kehilangan Anak Tercinta...

Bayangkan kesedihan ibu bapa mangsa tragedi sekolah tahfiz yang terbakar itu. Mereka memerlukan sokongan anda semua! Ayuh kita bantu mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar

Ibu mana yang mahu anaknya dijemput Ilahi dulu daripada diri ini? Ibu mana yang sanggup melihat anak terluka, apatah lagi cedera parah?

Anak yang dikandung selama 9 bulan, akhirnya tiba-tiba meninggalkan diri…

Ya Allah. Sebak memikirkan kejadian semalam di mana sebuah sekolah tahfiz di Jalan Keramat Ujung meragut hampir 21 nyawa kanak-kanak dan 2 orang guru.

Maklumat lanjut tentang kejadian tersebut tidak akan dikupas dengan lebih teliti. Cukuplah seksaan ibu bapa para mangsa yang masih dalam kejutan menerima berita menyayat hati ini.

Cuba bayangkan perasaan mereka? Mengharapkan anak akan duduk dan belajar elok-elok, tapi duka sedih yang diterima pada pukul 5.40 pagi itu.

Kesedihan ibu yang kehilangan anak

Seorang mangsa yang maut dalam kejadian itu, Amiel Asraf Abdul Rasid, 11 tahun – hanya mahu membantu ibu bapanya masuk syurga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kiriman surat terakhir yang diberi pada ibunya, Norhayati Khalid umpama Amiel tahu ajalnya akan tiba. 

Beliau memohon maaf dan berterima kasih pada kedua ibu bapa yang membesarkannya.

Surat itu diterima 2 hari lepas, ketika Amiel mengatakan dia mahu makan nasi goreng pattaya.

Hati diruntun hiba melihat ibu mangsa menangis kesedihan dalam video kronologi yang disertakan di bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pemilik asal

Keluarga terkilan tidak jemput 3 beradik lebih awal

Ada 3 beradik yang turut terkorban dalam kebakaran di pusat itu. Mereka dijaga oleh bekas pelakon popular tahun 90-an, Mas Anizan.

Mereka adalah Muhamad Haris Ikhwan, Hafiz Iskandar dan Syafiq Haikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Bernama

Menurut Bernama, Mas Anizan dan keluarganya terkilan kerana tidak mengambil 3 beradik tersebut dengan lebih awal. Selalunya, memang mereka bertiga akan pulang apabila hujung minggu.

Mereka dibela oleh Mas Anizan selepas ayah kepada 3 kanak-kanak itu meninggal dunia pada tahun 2005.

Sepupu mangsa, Mas Aliza berkata – mangsa (Hafiz Iskandar) sempat menelefon ibunya dan berkata dia akan “pergi”

Benarkan ibu bapa ini meratapi pemergian anak tercinta

Ramai yang mengatakan ibu yang kehilangan anak perlu redha dan banyak bersabar dengan ketentuan Tuhan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, kita perlu redha. Rasanya semua ibu bapa mangsa redha kerana perkara ini telah berlaku.

Namun, jangan sesekali tidak membenarkan ibu bapa ini meratapi dan bersedihan kerana pemergian anak mereka.

Masing-masing akan bersedihan dalam reaksi yang berbeza. Malah menurut pakar psikologi, meminta mereka bersabar tidak akan membantu, sebaliknya akan lebih “menekan” mereka.

Kredit: Astro Awani

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang penting sekarang adalah dengan memberi sokongan

Ibu bapa yang kesedihan apabila hilang anak tercinta akan rasa

  • amat terkejut, keliru, tidak mahu percaya kematian tersebut
  • tidak terdaya untuk meneruskan kehidupan
  • berasa amat bersalah kerana menganggap tidak dapat melindungi anak atau melakukan sesuatu yang berbeza
  • marah dan rasa tidak adil
  • sunyi
  • mungkin menjauhkan diri dari anak yang lain

Dari sinilah datangnya sokongan daripada anda. Mereka memerlukan masa. Berapa lama masa yang diperlukan?

Entahlah. Memori itu sentiasa terpahat dalam minda mereka. Kasih sayang itu sentiasa ada.

Berikan bantuan dan sokongan sedaya yang mampu pada mereka

Anda boleh membantu dan memberi sokongan dalam pelbagai cara. Antaranya:

  1. Membina atau merancang peringatan tentang pemergian anak tersebut
  2. Meluangkan masa dengan ibu bapa mangsa
  3. Bantu mereka melepaskan apa yang mereka rasa
  4. Benarkan mereka menyebut nama anak dan menceritakan kisah anak-anak
  5. Bantu mereka dalam kerja rumah atau menjaga anak-anak yang lain
  6. Benarkan mereka mengambil masa untuk mengemas barang-barangan anak

Mereka takkan dapat benar-benar “menerima” pemergian anak yang tercinta. Tiada mana-mana ibu bapa yang dapat pun! 

Tapi, berikan mereka masa. Mereka akan belajar untuk hidup atas penderitaan ini. Mereka cukup kuat untuk mencari jalan pulang.  

Ingatkan pada ibu bapa yang kehilangan anak-anak dengan perkara ini:

  • Semua anak-anak amat istimewa. Cara mereka tunjukkan kasih sayang mereka, benda baru yang mereka jumpa, cara mereka lihat dunia…
  • Dan kenangan dengan anak-anak itu akan sentiasa terpahat dalam diri semua ibu bapa. Walaupun maut telah memisahkan.

Kuatlah, wahai ibu bapa semua. Percayalah, cinta anda pada anak-anak takkan pernah padam. Ia sentiasa sebahagian daripada diri anda.

Kronologi kejadian seperti dalam video di bawah mungkin akan mengundang keperitan:

Sumber rujukan: Bernama dan Cancer.Net

Kredit gambar: New Straits Times

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhabit-buruk-penyebab-kebakaran-di-rumah/

 

Penulis

Ayu Idris