Ibu yang kemurungan boleh beri kesan pada IQ anak, kata kajian

Kemurungan yang dihadapi ibu tidak hanya memberi kesan kepada diri sendiri, malah kepada masa depan anak juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun wanita boleh kemurungan pada bila-bila masa, tapi kes ibu kemurungan lebih kerap berlaku sejurus selepas wanita itu melahirkan anak.

Keadaan ini tidak hanya melanda wanita pada semua peringkat umur, malah ia juga merupakan keadaan serius yang boleh memudaratkan!

Tetapi kini, ada kesan yang lebih membimbangkan. Kajian terbaru mendapati kemurungan ibu boleh memberi kesan kepada perkembangan anak – terutamanya kebolehan mereka untuk belajar.

Ibu kemurungan dan kesannya kepada perkembangan anak

Baru-baru ini, satu kajian dari University of California (UC) mendapati kemurungan ibu selepas bersalin mungkin punca masalah perkembangan pada kanak-kanak.

Kanak-kanak ini didapati mempunyai IQ yang lebih rendah berbanding kanak-kanak dengan ibu yang tidak mengalami kemurungan.

Patricia East, seorang penyelidik di UC San Diego memberi penjelasan –

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ibu-ibu yang kemurungan biasanya tidak akan melaburkan emosi dan bahan-bahan untuk menyokong pembelajaran anak berbanding ibu-ibu lain. Oleh sebab ini, purata skor IQ kanak-kanak berusia 1, 5, 10 dan 16 tahun lebih rendah berbanding kanak-kanak lain. Biarpun sedikit sahaja perbezaan ini, ia masih banyak memberi jawapan dari segi kemahiran dan perbendaharaan kata kanak-kanak.”

Tetapi selain ini, data kajian turut mencadangkan kesan ini mungkin terjadi jika ibu kemurungan lebih dari 12 bulan selepas bersailin.

Mengapa ibu kemurungan selepas bersalin?

Tanda-tanda seorang ibu kemurungan selepas bersalin biasanya timbul secara tiba-tiba antara 1 -10 hari selepas bersalin.

Tanda-tanda ini akan mencapai puncaknya pada hari ke-3 hingga ke-5 dan bertambah pulih 24 – 72 jam kemudian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya ibu boleh kemurungan pada bila-bila masa pada tahun pertama selepas bersalin, tetapi biasanya ini akan berlaku sekurang-kurangnya sebulan selepas melahirkan anak.

Tanda-tanda ini boleh berterusan untuk 6 bulan pada peringkat awal, dan jika tidak dirawat, ia boleh berlanjutan sehingga ke tahun berikutnya.

Punca ibu kemurungan adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam otak selepas bersalin. Ketidakseimbangan hormon dan bahan kimia di dalam otak boleh menyebabkan penurunan dalam mood sehingga menyebabkan ibu kemurungan.

Tetapi jangan terlalu bimbang ya ibu-ibu? Keadaan ini biasanya akan hilang sendiri dalam beberapa hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Faktor-faktor lain yang menyebabkan ibu kemurungan termasuklah:

Cara untuk mengesan ibu yang kemurungan

Ibu yang kemurungan selepas bersalin akan mengalami tanda-tanda ini:

  • pernah mengalami kemurungan selepas bersalin sebelum ini
  • kemurungan sebelum hamil
  • sindrom prahaid yang teruk
  • situasi yang sangat tegang yang melibatkan perkahwinan, keluarga, ataupun kewangan
  • kehamilan yang tidak diingini

Tanda-tanda ibu kemurungan yang tidak patut dibiarkan 

  • Perubahan mood – terlalu beremosi dan berasa terputus dari orang lain.
  • Kurang bersosial – sengaja tinggal di rumah dan enggan berinteraksi atau bersosial dengan orang lain.
  • Perubahan dalam selera makan – rasa tidak puas hati dengan keadaan diri
  • Fikiran yang pelik – halusinasi, fikiran untuk mencederakan bayi, tidak memberi perhatian kepada bayi.
  • Rasa letih yang teruk dan lain dari biasa.

Jika anda sedang mengalami semua tanda-tanda ini, berhenti menyalahkan diri sendiri kerana ini bukan disebabkan kesalahan anda.

Anda TIDAK melakukan kesalahan dan anda BUKAN ibu yang gagal. Percayalah dengan keupayaan diri sendiri dan dapatkan pertolongan dengan segera!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga informasi ini membantu. Mari sebarkan info ini agar lebih ramai masyarakat di luar sana lebih peka tentang tanda-tanda dan punca mengapa ibu kemurungan selepas bersalin.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: theAsianparent Singapura

Kredit gambar: Flourishing Fit Moms

Baca juga:

Kerana kemurungan selepas bersalin, ibu ini membunuh diri dan bayinya

 

Penulis

Rosanna Chio