Ibu Bekerja Lebih Keras Manakala Ayah Pula Bersenang Lenang Pada Hari Cuti - Kajian

Kajian di Amerika mendapati yang ibu kerja keras, lebih dari ayah, dalam hal mengurus rumah dan mengasuh anak semasa hari cuti, walaupun kedua-duanya bekerja dan mempunyai gaji sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa kata tugas ibu di rumah lebih ringan dari si ayah yang bekerja di luar rumah? Faktanya adalah: kajian telah membuktikan ibu kerja keras dan lebih banyak berbandingkan si ayah ketika hari cuti.

Para pengkaji menyatakan mereka seringkali mendapati para ayah akan bersantai di rumah, sedangkan ibu sibuk bekerja membereskan hal rumah tangga, anak-anak, dan menyiapkan makanan untuk keluarganya.

Ayah berehat di hari cuti, ibu kerja keras uruskan hal rumah dan anak

kredit: Thespruce.com

Kajian yang diterbitkan di Journal Sex Roles ini mendapati 3 bulan setelah kelahiran anak pertama, kebanyakan para lelaki akan berehat sementara si wanita akan sibuk menguruskan rumah tangga.

“Pada hari ini, hal urusan rumah dan hal mengurus anak masih lagi belum dibahagikan dengan sama rata.”

Itu kata Claire Kamp Dush, Profesor di Ohio State University yang mengetuai kajian ini.

Para ilmuwan telah melakukan kajian yang melibatkan 52 pasangan suami isteri yang terlibat dalam New Parents Project.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka diminta untuk melengkapkan buku harian, untuk hari-hari di mana mereka bekerja dan pada hari cuti. Ia juga turut melibatkan masa selama kehamilan isteri dan 3 bulan setelah bayi lahir.

Pada hari cuti, para suami berehat lebih lama sebanyak 46% ketika si isteri sedang menguruskan anak. Sedangkan isteri hanya menikmati waktu rehat 16%  iaitu semasa suami menggantikan tugas menguruskan anak.

Begitu juga sewaktu urusan mengemas serta membersihkan rumah

Kredit: Smilebox.com

Ketika para ayah memiliki 35% waktu berehat ketika isteri sibuk mengurus rumah, para ibu pula hanya memiliki 19% waktu rehat ketika tugas mengurus rumah digantikan oleh suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan para peserta dalam kajian ini ialah pasangan dengan latar belakang pendidikan tinggi dan bersama-sama bekerja serta mempunyai gaji sendiri.

Yang menariknya, bagi pasangan yang memiliki pemikiran moden, meskipun ibu kerja keras dan lebih terbeban dalam menguruskan rumah dan anak-anak, namun pada akhirnya, tugasan ini masih cenderung untuk dibahagikan sama rata pada hari kerja.

Akan tetapi, pada hari cuti, di mana suami dan isteri tidak bekerja, para ayah cenderung terlibat pada aktiviti bersantai atau bersenang-lenang. Sedangkan ibu tetap bekerja mengurus rumah dan anak-anak.

Hasil kajian masih diakui oleh pengkaji sebagai terbatas

Kredit: iStock.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, para pengkaji mengakui kajian yang mendapati fakta ibu kerja keras – melebihi dari si ayah – masih terbatas tahap sahnya dari segi jumlah sampel dan subjek yang menjadi bahan kajian.

Claire menyatakan hasil penemuan daripada kajian ini bukanlah jawapan akhir, tapi ia masih relevan bagi pasangan yang memiliki latar belakang yang serupa dengan para peserta, iaitu kedua-dua suami isteri bekerja dan memiliki gaji.

“Saya berharap saya akan melihat lebih ramai pasangan di luar sana yang membahagikan tugas mengurus rumah dan anak-anak secara sama rata bersama-sama.”

Claire juga berharap kajian ini boleh memberikan inspirasi kepada ibu ayah untuk menjadi lebih terbuka dalam membicarakan soal pembahagian tugas mengurus rumah dan tanggungjawab mengasuh anak.

Pola tanggungjawab yang tidak setara, jika dibiarkan, boleh terus berlaku di masa depan dan menjadi sukar untuk diubah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, ini bukan perkara baru…

Kredit: Shutterstock

Kajian ini membuktikan yang hal ini sebenarnya sudah diketahui oleh ramai orang, namun jarang dibincangkan.

Ternyata, beban ibu dalam mengurus rumah tangga dan anak jauh lebih besar dari ayah. Sememangnya ibu kerja keras berbanding ayah bukanlah satu isu baru.

Masih ramai yang menganggap bahawa pekerjaan rumah tangga adalah tanggungjawab wanita semata-mata.

Sehinggakan apabila ibu kerja keras dan berhempas-pulas seorang diri di rumah, itu dianggap biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, apabila suami membantu walau hanya sedikit, itu pula yang dianggap sangat luar biasa!

Perkahwinan itu adalah hubungan kerjasama. Maka, sudah seharusnya tanggungjawab mengurus rumah dan mengasuh anak dilakukan bersama!

Ibu ayah setuju?

Sumber: Terjemahan dari The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Seorang Ibu Mati Setelah Bekerja 12 jam Sehari

Penulis

Noor