Bayi Maut 2 Minggu Selepas Ibu Ini Korbankan Diri Sendiri Kerana Ingin Bersalin

Kasih ibu hingga ke syurga. Inilah kisah menyayat hati seorang ibu korban diri sendiri demi melahirkan anaknya, namun anak itu juga tak berjaya diselamatkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kasih ibu sanggup korbankan dirinya…

Ajal maut di tangan Tuhan. Mungkin itulah ayat yang dapat menenangkan hati selepas membaca kisah yang menyayatkan hati ini.

Semuanya bermula pada bulan Mac tempoh hari. 

Carrie DeKlyen mengalami sakit kepala yang teruk. Tapi, dia menyangka itu hanya perkara biasa. Namun, Carrie mula muntah-muntah pula.

Ketika dibawa ke hospital, imbasan mendapati ada ketumbuhan atau kanser limphoma di otaknya. 

Tapi, kanser itu boleh dirawat. Wanita yang berusia 37 tahun ini didiagnosis menghidap glioblastoma – sejenis kanser otak yang agresif.

Nasiblah, ketumbuhan itu berjaya dibuang pada bulan April.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: The Independent

Akan tetapi, sebulan kemudian… mereka menerima 2 berita yang mengejutkan.

Tumor Carrie datang kembali dan beliau mengandung!

Akhirnya, Carrie ada dua pilihan: Sama ada nak selamatkan diri sendiri dengan menjalani kemoterapi, atau selamatkan bayi tapi tak menjalani kemoterapi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan kasih ibu itu sungguh tak terhingga… Dia memilih untuk tak menjalani terapi dan meneruskan kandungannya.

Anak yang dikasihi lahir lebih awal dari jangkaan

Sepanjang kandungannya membesar, Carrie terpaksa melalui pelbagai cabaran. Cecair dari otak Carrie terpaksa dibuang untuk mengurangkan kesakitan. 

Doktor juga mengesahkan Carrie hanya ada masa beberapa bulan saja lagi untuk hidup.

Dan selepas bersalin, mungkin Carrie akan meninggal dunia atau hilang memori selama-lamanya kerana kerosakan otak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: The Independent

Malah, Carrie akhirnya terlantar sakit, mengalami strok dan tak sedarkan diri sejak pertengahan bulan Julai, meninggalkan suami dan 5 anaknya yang lain.

Bayi tercinta ini adalah anak keenam keluarga DeKlyen. Tanggal 6 September, Life Lynn DeKlyen dilahirkan, namun pramatang.

Pembedahan kecemasan caesarean terpaksa dijalankan kerana keadaan kesihatan Carrie tak mengizinkan kelahiran normal. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang dikandung beliau juga menghadapi beberapa komplikasi semasa dalam kandungan. Dia didapati kurang berat badan dan pernah tak bergerak!

Kredit: The Independent

Pemergian kedua-duanya selepas ibu mengorbankan diri…

Dua hari selepas melahirkan bayi tercinta, Carrie pergi untuk selama-lamanya. 

Tapi, cabaran untuk keluarga DeKlyen bukan setakat itu saja. Selepas 14 hari berjaya dilahirkan, Life – bayi pramatang itu pula maut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masa 2 minggu berturut-turut, seorang suami kehilangan isteri dan anak yang dikasihi. 

Sungguh besar dugaan keluarga ini!

Suami Carrie tak berjaya dihubungi. Beliau pasti masih berduka kerana tengah menguruskan pengebumian isteri tercinta sebelum menerima berita bayinya mungkin tak dapat diselamatkan. 

Alangkah sedih hati seorang suami…

Kami di theAsianparent mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga DeKlyen di atas pemergian kedua-dua ibu dan anak tersebut.

Semoga mereka dilindungi Tuhan kini, amin.

Sumber rujukan: The Independent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-selamat-lahir-ibu-mati-54-hari/

 

Penulis

Ayu Idris