Ibu Sanggup Tengok Lelaki Bangladesh Rogol Anak Depan Mata Akhirnya Dihukum

Sanggup ibu ini lacurkan anak sendiri pada lelaki warga asing semata-mata kerana wang. Yang lebih kejam, mereka dirogol bergilir-gilir depan si ibu!

Kes ibu lacurkan anak sendiri

Johor Baru: Seorang ibu tunggal yang berusia 39 tahun dijatuhkan hukuman penjara semalam oleh Mahkamah Seksyen setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya 2 kanak-kanak (anaknya sendiri).

Wanita terbabit yang tidak bekerja, dituduh melacurkan anaknya sendiri yang berusia 10 dan 13 tahun pada 2 lelaki di sebuah hotel bajet sekitar Larkin Perdana, Johor Baru.

Kanak-kanak itu dijual dan dilanggan selama 5 hari berturut-turut, menurut laporan The Star.

Ibu tunggal itu dihukum penjara 75 tahun, berkuat kuasa hari itu juga, selepas dia mengaku memaksa anak perempuannya untuk melakukan seks dengan 2 lelaki warganegara Bangladesh.

Kredit: Dhaka Tribune

Yang lebih kejam, ibu itu melacurkan anaknya pada harga RM50, sambil sanggup melihat sendiri anaknya diperkosa si lelaki!

Selepas menerima bayaran, si ibu kadang-kala memberi RM 1 atau RM 20 pada anaknya mengikut berapa sesi mereka telah “melakukan kerja” tersebut.

Ibu mengaku bersalah lacurkan anak sendiri

Mengikut fakta kes, tertuduh yang menganggur mengaku bersalah kerana bimbang tentang 2 lagi anak yang berada di bawah jagaannya.

Anak itu berusia 5 dan 4 tahun. 

Berbalik kepada kes ibu melacurkan anak ini, mangsa didapati telah dipaksa untuk bergilir-gilir melakukan seks dengan lelaki warga Bangladesh itu sambil dilihat oleh ibunya.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kredit: DNA India

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh.

“Jelas 2 kanak-kanak itu mengalami trauma yang teruk. Kami mahu hukuman yang bukan saja memberi pengajaran pada tertuduh, malah juga untuk diambil sebagai pengajaran pada semua ibu bapa,” ujar Suhaila pada Harian Metro.

Hal ini berikutan statistik pihak berkuasa (2010-2015) mendapati hampir 5,779 kes telah difailkan membabitkan jenayah penderaan seksual kanak-kanak. 

Hakim Kamarudin Kamsun kemudiannya memutuskan untuk menjatuh hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh, berkuatkuasa serta-merta.

Kes ibu lacurkan anak sendiri terbongkar dari WhatsApp

Menurut laporan media, kes ini terbongkar apabila anak perempuan yang berusia 13 tahun itu menghantar mesej pada pihak sekolahnya, menerusi WhatsApp yang dia telah “dijual” oleh ibunya pada lelaki warga asing.

Ketika menghantar pesanan tersebut, kanak-kanak terbabit telah 18 hari tidak hadir ke sekolah. Selepas memperoleh maklumat terbabit, pihak sekolah pantas membuat laporan polis. 

Tertuduh telah ditahan di rumahnya pada 25 Oktober lalu, manakala 5 lelaki Bangladesh ditahan pada 1 November untuk siasatan.

Trauma yang dihadapi kanak-kanak mangsa penderaan seksual

Kasihan. Hanya itu yang berjaya diungkap oleh bibir kini. Ibu durjana mana yang sanggup melihat anak derita dan trauma kerana kepentingan diri sendiri?

Saya yakin hukuman yang diberi patut memberi pengajaran pada si ibu, tapi bagaimana dengan pemangsa-pemangsa lain yang suka menindas dan mendera kanak-kanak?

Tidakkah mereka kasihan dan prihatin dengan masa depan anak-anak ini? Apa mereka tidak berhak untuk mempunyai masa depan yang cerah?

Atasi masalah penderaan seksual pada kanak-kanak. Cegah rogol, cabul dan sumbang mahram dengan hukuman yang berat.

Biar penjenayah tahu perbuatan mereka tidak akan terlepas dari hukuman!

Sumber rujukan: Channel News Asia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comibu-jual-anak-pelacur-bayar-hutang/

Penulis

Ayu Idris