Seorang ibu kepada tiga orang anak, yang berasal dari Korea Selatan, telah mati akibat gila kerja, seminggu selepas dia kembali bekerja dari cuti bersalin.
Ibu berusia 34 tahun itu seorang pekerja elit yang telah lulus kategori tertinggi peperiksaan perkhidmatan awam yang sangat kompetitif di Korea. Dia bekerja selama 12 jam sehari dan kembali ke pejabat pada hari Sabtu.
Keesokan harinya, dia akan berada di pejabat dari jam 5 pagi untuk menyelesaikan kerja, supaya sempat balik awal, untuk menjaga anaknya. Apabila menerima berita yang dia telah meninggal disebabkan serangan jantung, itulah kali terakhir rakan sekerjanya nampak dia hidup.
Purata Kadar Kesuburan Paling Rendah di Dunia
Berita kematian wanita tersebut telah menyebabkan ramai orang sedar, cabaran dan beban yang dihadapi ibu yang bekerja. Terutamanya apabila kebanyakan pekerja adalah lelaki yang workaholic atau gila kerja.
Mengikut catatan World Bank, purata bilangan bayi wanita Korea semakin menurun tiap tahun hingga mencecah 1.2 sahaja, berbanding purata bilangan bayi wanita sedunia iaitu 2.4.
Menurut statistik rasmi, purata jam kerja seorang warga Korea adalah 2113 jam setahun. Korea negara kedua paling banyak bekerja diantara kalangan anggota Organisation for Economic Cooperation and Development.
Tetapi keputusan kaji selidik tempatan menunjukkan realitinya adalah lebih teruk, dan seperti di Jepun, laporan “mati disebabkan gila kerja” kerap berlaku.
“Inilah realiti untuk semua ibu yang bekerja di Korea Selatan,” kata Kim Yu Mi. Kim seorang jurutera IT berusia 37 tahun, mempunyai dua anak perempuan muda. Dia telah mengambil cuti ibubapa selama satu tahun, dengan pembiayaan kerajaan.
Ms Kim berasa amat bertuah kerana dia boleh kembali bekerja. “Sekurang-kurangnya majikan saya tidak menyingkirkan saya selepas cuti bersalin,” katanya. “Dulu, pekerja wanita seperti saya akan diarah ‘pulanglah dan jangan kembali.'”
Tetapi apabila kembali bekerja selepas cuti bersalin pertama, dia juga sering bekerja hingga larut malam. Harapan membaca buku cerita kepada anak sebelum tidur, perkara yang mustahil.
“Masa untuk bermain dengan anak dan menikmati makan malam bersama keluarga, satu impian yang tidak dapat dibayangkan,” katanya.
“Sejak tahun 2006, kerajaan telah masukkan wang sebanyak 100 trilion won (MYR394 billion) untuk menggalakkan masyarakat Korea kahwin awal dan mempunyai keluarga yang besar. Tetapi mereka tidak sedar cabaran ibu berkerja.”
Dalam keluarga yang mempunyai dua punca pendapatan, lelaki hanya menyumbang 40 minit sehari untuk kerja rumah atau menjaga anak.
Wanita pula menyumbang masa sebanyak 3 jam untuk keluarga. Budaya korporat dan masyarakat yang lebih menyebelahi kaum lelaki sentiasa menolak tanggungjawab menjaga keluarga kepada wanita sahaja.
Tidak hairanlah mengapa semakin ramai wanita yang enggan berkahwin supaya mereka tidak perlu mencari keseimbangan antara kerja dengan keluarga.
Sumber: Strait Times