Ibu Ini Membiarkan Anak Angkat Kelaparan Sementara Anak Kandung Makan

"Jika saya menghantar awak balik, tiada siapa yang akan mengambil awak sebagai anak angkat!" kata seorang ibu dalam satu eksperimen sosial yang telah dilakukan di Amerika.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebuah rancang “What Would You Do?” telah melakonkan situasi di mana seorang ibu membiarkan anak angkat kelaparan sementara memberi anak kandungnya makan di sebuah restoran.

Rancangan yang dipanggil “What Would You Do?” ini terkenal dengan melakonkan situasi yang menjadikan orang sekeliling serba salah.

Mereka akan memasang kamera tersembunyi untuk melihat bagaimana reaksi komuniti sekeliling dengan situasi tersebut.

Sumber: Inspiremore.com

Rancangan ini telah menjalankan pelbagai eksperimen sosial yang menarik. Malah mereka sering kali berjaya menyebabkan penonton rancangan mereka menangis.

Episod kali ini tidak terkecuali!

Segmen kali ini, rancangan ini ingin mengenengahkan tentang anak angkat. Situasi yang dilakonkan ialah seorang ibu pergi ke restoran yang sibuk untuk makan bersama anak angkat dan anak kandungnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hanya anak kandungnya yang boleh memilih untuk makan apa sahaja sementara anak angkatnya sama ada terpaksa makan baki makanan atau makanan sampingan sahaja.

Selain itu, ibu ini juga mengugut dan memperkecilkan anak angkatnya ini. Namun jangan risau! Ini semua hanyalah lakonan.

Sumber: Inspiremore.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu, anak kandung dan anak angkat di dalam situasi ini adalah pelakon untuk menjayakan eksperimen sosial ini.

Tetapi, semua pelanggan di dalam restoran tersebut bukan berlakon, apa yang mereka lakukan ialah atas kemahuan mereka sendiri.

Antara ayat yang telah digunakan oleh pelakon rancangan tersebut untuk menunjukan yang dia memperkecilkan anak angkatnya ialah:

“Jika saya menghantar awak balik, tiada siapa yang akan mengambil awak sebagai anak angkat!”

Dan respon dari orang sekeliling, benar-benar membuatkan penonton terharu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihat video tersebut di sini: 

Menurut pengacara rancang “What Would You Do?”, ini merupakan senario yang banyak terjadi kerana ramai ibu bapa mengambil anak angkat semata-mata untuk mendapatkan wang bantuan dari pihak kebajikan.

Apakah yang akan anda lakukan jika anda menyaksikan kejadian seumpama ini?

Mengambil anak angkat bukanlah seperti membeli barangan di kedai dan anda boleh mengabaikan setelah ‘memiliki’ apa yang anda beli.

Mengambil anak angkat ialah mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka seperti anak kandung sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab seumpama itu, janganlah mengambil anak angkat.

Memandangkan artikel ini ada menyentuh tentang anak angkat, sedikit perkongsian mengenai anak angkat.

Mengambil anak angkat adalah satu perbuatan yang sangat mulia. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian;

  • Bin/Binti 
    Anak angkat itu tadi tidak boleh dibinkan/dibintikan kepada nama ayah angkatnya
    . Dia mesti dibinkan/dibintikan kepada nama ayahnya yang sebenar. Seperti yang disebut dalam al-Quran dalam Surah Al-Ahzab ayat 5 yang bermaksud : “Panggillah anak angkat itu dengan nama bapa mereka yang sebenar. Itulah yang adil dan di sisi Allah”.

    Jika kita tidak tahu siapa ayah anak angkat tadi, maka boleh kita gantikan perkataan “bin” tadi kepada perkataan “maula” iaitu tanda bahawa dia adalah anak angkat. Ini seperti kes anak angkat kepada seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Abu Huzaifah yang memelihara seorang anak angkat yang bernama Salim. Maka Salim tadi dikenali sebagai Salim Maula Abu Huzaifah.

  • Aurat
    Batas aurat antara ibu bapa angkat dan anak angkat adalah seperti batas aurat lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ia harus dipandang berat dan dijaga. Jika anak angkat ini dijadikan anak susuan, maka auratnya seperti anak kandung.
Sumber: eramuslim
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma