Seorang ayah telah menulis status menyayat hati tentang isterinya yang luar biasa. Isteri beliau telah memutuskan untuk mengandungkan bayi mereka tanpa otak untuk menderma organnya demi membantu orang lain.
Royce Young, dari New Orleans, Amerika Syarikat, berkongsi foto isterinya tidur dengan aman di atas sofa dan berkata beliau “terharu” dengan kasih sayang untuknya.
Beliau menjelaskan bahawa anak perempuan mereka tidak akan hidup lebih daripada beberapa hari selepas dia dilahirkan dan teringatkan masa ini apabila doktor memberitahu mereka berita tersebut.
“Saya teringat masa ini di mana kami mendapati Eva tidak sempurna,” tulis beliau di Facebook pada 18 Februari.
“Dan bagaimana selepas 30 saat selepas doktor memberitahu kami bahawa bayi kami tidak mempunyai otak, Keri yang sedang menangis, bertanya: ‘Jika saya mengandungkan bayi saya hingga jangka penuhnya, bolehkah kami menderma organnya?”
Young berkata beliau kagum dengan isterinya kerana terlalu baik hati pada masa yang menyedihkan untuk keluarganya. Ia “memberi semangat kepadanya” untuk mengharungi masa yang sukar ini.
“Inilah masa yang paling teruk dalam hidupnya, mendapat tahu anaknya akan mati, dan beliau mengambil masa kurang daripada satu minit untuk berfikir tentang orang lain, beliau tidak mementingkan diri sendiri malah berfikir bagaimana dia boleh membantu,” katanya.
“Ia adalah salah satu perkara yang paling kuat yang pernah saya alami. Dalam tempoh lapan tahun kami telah berkahwin (dan 15 tahun bersama-sama) Saya telah mempunyai banyak detik-detik istimewa yang memberhentikan saya untuk fikir: “Wah! Wanita ini sudi berkahwin dengan saya, bertuahnya saya!”
“Tetapi saat ini berbeza. Saya mendapati bahawa saya bukannya, telah berkahwin dengan kawan saya yang terbaik, tetapi seorang manusia istimewa yang benar-benar luar biasa”
Young menggambarkan kehamilan isterinya sebagai sangat “sukar”, kerana isterinya akan menghadapi setiap tendangan, gangguan dan mainan dalam perut beliau mengingatkan beliau bahawa bayi itu dikandungnya akan mati.
Beliau berkata sebab utama mereka terus menghamilkan anak perempuan mereka sehingga jangka penuh adalah untuk mendermakan organnya, tetapi juga supaya mereka boleh bertemu dengannya.
“Kami sedar bahawa Eva masih hidup dan anak perempuan kami berhak untuk bertemu mama dan ayah,” katanya. “Ia memberi kami tujuan untuk meneruskan perjalanannya.
“Kami semakin hampir ke garisan penamat untuk bertemu Eva, tetapi pada kos yang tinggi. Kami akan pergi ke hospital untuk kelahirannya, dan pulang ke rumah tanpa bayi kami.
“Saya mahu mengubah semua, keadaan ini begitu teruk. Tetapi saya tidak boleh menghentikannya. Ini adalah realiti kita.”
Beliau mengakhiri post itu dengan memanggil isterinya “wanita yang menakjubkan” dan keinginannya untuk memberitahu orang lain, bahawa isterinya memang menakjubkan.
Status Facebooknya telah dikongsikan 666 kali dalam dua hari dan mempunyai lebih daripada 2500 sokongan.
“Ini ialah penghormatan yang indah untuk seorang wanita yang luar biasa,” seorang pengguna berkata. “Saya sedih atas kejadian yang menimpa keluarga anda.”
Satu lagi pengguna berkata: “Keberanian anda dan hati anda yang mulia adalah inspirasi. Semoga Tuhan memberkati anda semua.”
Rencana diterjemahkan daripada Huffington Post
Gambar dari laman Facebook Royce Young