Dalam perihal mendidik anak tidak ada satu cara khusus. Tapi didikan cara tradisional mungkin berkesan tetapi kaedah didikan moden sering kali menjadi pilihan ibu bapa pada masa kini.
Sebagai ibu pada era milenium serba moden dan sukar, pastikan mendidik si kecil tidak ketinggalan dalam senarai to-do harian anda. Walaupun tugas anda tidak terhad di rumah, anda ibu milenium berjuang untuk menyeimbangkan tanggungjawab sebagai ibu, isteri dengan kerjaya. Namun pastikan jangan ketinggalan dalam mendidik kerana masa yang ada berlalu dengan pantas!
Era milenium ini menuntut kecekalan dan keberanian. Pastikan anda mempersiapkan si kecil untuk menempuhinya dengan memberikan asuhan yang menyeluruh dan efektif daripada pelbagai segi misalnya ilmu pengetahuan, kesihatan, skil pergaulan, nilai-nilai murni, mencungkil potensi bakat dan sebagainya. Ini adalah didikan moden yang dikenali sebagai kaedah keibubapaan 360°.
Keibubapaan 360° yang menerapkan asuhan pelbagai aspek ini wajar dijadikan pilihan ibu- ibu milenium. Si kecil perlu disiapkan untuk masa depan yang mencabar ini.
Keibubapaan 360° ini membantu si kecil menguasai sesuatu dengan cepat, mampu membina fizikal yang kuat, bijak bergaul dan menyesuaikan diri serta menyerlahkan bakat kepimpinannya. Ini semua aspek mustahak yang perlu diperkenalkan dari awal lagi!
7 Karakter Penting Anak Zaman Milenium
Setiap hari adalah mencabar buat ibu. Tugas ibu di zaman milenium ini tidak mudah. Fokus utama ialah memastikan anak terdidik dengan baik. Ibu-ibu jangan lupa tujuh karakter yang perlu ditanamkan dalam diri si kecil ini.
#1. Membina kepercayaan si kecil
Kepercayaan sangat penting. Ia menjadi inti kepada setiap perhubungan dan semua aspek dalam kehidupan seharian. Kepercayaan adalah asas yang bakal mempengaruhi tahap keyakinan diri mereka. Lebih-lebih lagi untuk merebut peluang-peluang yang ada, menempuhi alam kerjaya kelak dan sebagainya. Ini adalah keperluan emosi dan sosial si kecil yang tidak boleh dipandang enteng!
Peranan ibu: Sekiranya berjanji kepada anak, pastikan ia ditunaikan. Jangan menyangka anak masih kecil maka anda boleh memberikan janji kosong! Sebagai contoh, anda memberikan peluang untuk si manja menonton televisyen selama 30 minit, pastikan anda berpegang kata-kata.
Usah bertindak memarahi atau menghukumnya sebelum tempoh tersebut tamat. Interaksi dan komunikasi yang kerap membuatkan si kecil rasa selamat kerana sentiasa merasakan ada seseorang yang melindungi serta mengambil berat.
#2. Jangan terburu-buru, sabarlah wahai anak
Sabar adalah sikap yang perlu ada dalam diri si kecil. Latih mereka untuk belajar menerima fakta yang tiada apa yang boleh diperolehi sekelip mata. Perlu bersabar untuk mendapat sesuatu yang terbaik. Kemahiran emosi ini perlu diterapkan dalam aktiviti seharian mereka.
Peranan ibu: Anda boleh menerapkan kesabaran kepada si Kecil dengan menunjukkan isyarat tangan “tunggu sekejap” apabila mereka meminta sesuatu. Ini bukan bermakna anda sengaja mahu melambat-lambatkan dalam memenuhi permintaannya, tetapi mahu mendidik agar mereka tahu tiada permintaan yang boleh anda penuhi dalam sekelip mata. Atau anda boleh ajarnya menunggu beberapa minit. Misalnya juga mengatakan “Ok, Aimi nak buah epal ye, ibu kena kupasnya dulu. Tunggu ye sekejap.”
#3. Jujur dan rasa bertanggungjawab
Jujur dan bertanggungjawab adalah elemen sosial serta emosi yang perlu ada dalam diri si kecil. Pupuk ia dalam beberapa aktiviti atau interaksi anda ketika bersama dengan mereka. Bersikap jujur dalam tindakan dan dalam masa yang sama menerapkan nilai-nilai murni lain.
Peranan ibu: Gunakan peluang yang ada ketika bersama dengan anak. Misalnya ketika selepas bermain ajak mereka mengemas mainan bersama-sama. Terangkan kepada si kecil sebab dan akibat manfaat (cause and effect) dia perlu berbuat demikian iaitu bagi memastikan kediaman dan mengelakkan permainannya hilang.
Ingat, anda juga diperhatikan! Justeru, anda sendiri sebagai ibu perlu menunjukkan contoh teladan dalam tindak tanduk yang bertanggungjawab semasa bersama si kecil.
#4. Cabaran dan ujian kehidupan
Kehidupan tidak akan pernah sunyi dari cabaran dan ujian. Ada turun naiknya tetapi anda sebagai ibu perlu sentiasa ada untuk menyokong si manja.
Dia perlu kental dan berani. Si kecil perlu dilatih membuat keputusan, belajar melakukan yang terbaik, berhati-hati dan bertindak sesuai dengan situasi.
Peranan ibu: Anda boleh membina kekentalan dan kebijaksanaan si kecil dengan cara tidak selalu membantunya. Biarkan dia bertindak sendiri melainkan ia berbahaya untuk dilakukan sendiri. Sebagai contoh, si kecil terjatuh daripada basikalnya. Biarkan dia bangun daripada jatuhnya sendiri dan katakan “Tak mengapa Adam, sikit je tu. Bangun lekas. Kalau naik basikal, terjatuh itu perkara biasa. Kita mesti berhati-hati”
#5. Bersikap empati
Berbuat baik sesama manusia adalah amalan yang mulia. Ia mempengaruhi kebolehan mereka mengendalikan interaksi dan komunikasi dengan berkesan. Elemen sosio emosi ini mengajar si kecil berempati dan memahami situasi individu lain di sekeliling. Sebagai contoh, bagaimana mereka memberikan respons kepada orang lain yang sedang menghadapi kesusahan.
Peranan ibu: Anda sebagai ibu perlu sentiasa menerangkan perasaan yang dialami oleh anda atau orang sekeliling. Biar dia faham dan berempati.
Misalnya jika sepupunya terjatuh, katakan kepada si kecil yang sepupunya itu pasti mengalami kesakitan. Sebaik-baiknya dia perlu membantu atau menenangkan sepupunya itu, bukan mengejek atau tidak menghiraukan.
#6. Tidak mudah mengaku kalah & cuba menjadi yang terbaik
Asuh si kecil memberikan yang terbaik dalam apa jua situasi atau keadaan. Sentiasa berdikari dan melakukan yang termampu tanpa rasa mengalah. Keazaman sangat penting tidak kira dalam perkara apa pun misalnya di dalam pergaulan, sukan, permainan, persahabatan dan sebagainya. Ini juga mengajarnya berfikir bagaimana untuk melakukannya dengan cara paling efektif dan mendapatkan hasil yang berkesan.
Peranan ibu: Apa yang perlu anda lakukan ialah membiarkan si kecil melakukan beberapa rutin hariannya sendiri seperti memakai bajunya sendiri, memasukkan pakaian kotor ke dalam bakul atau meletakkan cawan dan pinggan ke dalam sinki.
Beri peluang untuk dia menyelesaikan masalah mudah yang dihadapinya. Misalnya, biarkan dia mendapatkan mainan yang lain sekiranya mainan yang diingininya sedang digunakan. Biarkan dia berfikir bagaimana caranya untuk meminta mainan tersebut dengan cara yang baik atau mendapatkan mainan lain.
#7. Bersyukur dengan apa yang dimiliki tetapi berusaha mencapai impian
Ajarkan si kecil untuk hidup dengan apa dimiliki olehnya pada saat ini. Bersyukur dan merasa puas dengan apa yang ada, tetapi perlu sentiasa berusaha mencapai apa yang diimpikan. Tidak sentiasa berada di takuk lama dan bertindak memajukan diri.
Peranan ibu: Anda sebagai ibu boleh mendidik si manja untuk menghargai apa yang dimilikinya. Katakan kepadanya setiap apa yang ada perlu disyukuri tetapi kita perlu sentiasa berusaha gigih mencapai cita-cita dan impian pada masa hadapan.
Dalam pada itu, jangan sesekali perkecilkan usaha dan bakat si kecil sebaliknya raikan hobi atau perkara yang disukainya. Berikan galakan dan sokongan anda.
Nutrisi menyokong perkembangan si kecil cemerlang
Bagi mencapai semua ini, anda sebagai ibu perlu bijak mengatur nutrisi dalam memenuhi keperluan tubuh si kecil yang sedang pantas membesar.
Pilih sajian yang dengan sarat nutrien juga amatlah penting bagi menyokong perkembangan mental dan fizikalnya secara 360°.
Justeru, mama bekalkan si manja Dugro yang mengandungi nutrisi penting yang diperlukan. Dugro membantu mama memastikan si kecil mendapat zat dan vitamin yang diinginkan. Malah harganya mesra perbelanjaan!
Berikan formulasi terbaharu* Dugro® NextGen NUTRI yang mengandungi bukan sahaja DHA tertinggi** malah nutrien-nutrien penting seperti tinggi Zat Besi, Kalsium, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D dan Vitamin E bersama kasih sayang anda untuk menyokong PERKEMBANGAN 360° Si Manja NextGen.
*Berbanding dengan formulasi Dumex Dugro®️ pada tahun 2011
**Berdasarkan kandungan DHA/100g dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/kg), nielsen syer >9% sebagaimana pada januari 2020.
Terdapat juga Dumex Dugro® Fruit & Veg yang memberikan nutrien untuk keperluan si manja NextGen dengan kebaikan NextGen NUTRI serta diperkaya dengan 13 pati buah dan sayur-sayuran. Dumex Dugro® Multi Grains memberikan 4 jenis bijirin iaitu gandum, jagung, beras & oat dan nutrien-nutrien untuk membantu si manja berasa lebih kenyang dan penuh bertenaga sepanjang hari.
Berikan Dugro yang diformulasikan dengan nutrient penting untuk Si Manja. Dapatkan sampel percuma anda hari ini di https://www.dugro.com.my/bm/dapatkan-sampel-percuma.html atau layari https://www.dugro.com.my/ untuk maklumat lanjut.