Price, seorang ibu tunggal, telah menggigit paha anak perempuannya Jessica, apabila mendapati dia telah cuba gigit adik lelakinya semasa bermain.
Kejadian tersebut berlaku kerana dia ingin mengajar anak yang berumur 4 tahun itu bahawa menggigit orang adalah perbuatan yang salah. Tetapi apabila kesan lebam muncul pada kaki anak gadisnya, Price telah mempersalahkan anaknya yang seorang lagi.
Bukan setakad itu sahaja perbuatan Price, malah dia telah menyuruh anak perempuannya untuk menuduh adiknya dan berbohong kepada ahli keluarga lain.
“Ibu yang menggigit saya”
Sebelum tidur, bapa Jessica dan pasangannya terkejut apabila ternampak 2 kesan lebam pada kaki gadis itu. Apabila ditanya tentang lebam pada kakinya, Jessica memberitahu bapanya,”Ibu yang menggigit saya. Dah tu ibu suruh saya katakan adik yang gigit. Nanti hidung ibu akan memanjang (macam Pinnochio) kerana dia telah bercakap bohong.”
Laporan polis telah dibuat selepas Price enggan mengaku kesalahan. Tetapi selepas siasatan lanjut oleh polis, Price akhirnya mengakui kesalahan itu.
Tenangkan diri sebelum mendisiplinkan anak
Ada kalanya anak boleh menyebabkan ibu bapa hilang kawalan sehingga marah tak tentu arah. Ini kerap berlaku apabila anak mencabar kesabaran ibu bapa yang sudah penat bekerja sepanjang hari.
Saya faham ia tidak senang untuk menahan kemarahan apabila anak buat nakal, tetapi cuba tenangkan diri sebelum mendisiplinkan anak.
Apabila anda sedang marah, sehingga bumbung rumah hampir meletup dan tangan sudah gatal untuk memukul anak, cuba tahan, tarik nafas dan hitung sampai ke 10.
Jika perlu, masuk ke bilik untuk menenangkan diri terlebih dulu, kerana kemungkinan besar anda akan terlampau cakap atau melakukan sesuatu yang akan menyebabkan anda menyesal kemudian.
Setelah anda sudah tenang, fikirkan cara yang lebih baik untuk menghadapi anak anda. Anda tidak payah bersikap kasar. Ia adalah lebih baik untuk bercakap dengan tenang, tetapi tegas. Bincang dengan anak mengapa perbuatannya salah dan ajarkan anak supaya mereka sedar dirinya telah melakukan kesalahan.
Jangan pula macam Price yang menggigit anak sendiri. Selalunya saya tidak suka untuk mendisiplinkan anak dengan kaedah “tit-for-tat” ataupun “blow-by-blow”. Maksudnya, kalau you buat macam ni, mama buat macam tu balik. Cuba tengok kalau kamu suka ka tidak. Saya berpendapat cara ini kurang baik.
Tetapi betul kata hakim sebelum menjatuhkan hukuman penjara untuk Price, “Anda adalah seseorang yang sepatutnya melindunginya. Kamu tidak sepatutnya melakukan perbuatan begini akibat cepat marah.”
sumber: Metro, Aha Parenting