Ibu Ini Mengalami 3 Serangan Jantung Dalam Tempoh 3 Minggu

Ramai yang tidak menyangka wanita muda yang sihat seperti Bronnach boleh menghidap penyakit jantung. Kami ada berkongsi kisahnya serta simptom serangan jantung yang anda patut tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah benar Bronnach Pemberton, 39, seorang ibu yang mengalami tiga serangan jantung dalam tempoh tiga minggu

Ibu kepada dua anak lelaki ini berkerja sebagai seorang guru, dan dia perasaan yang penat bukanlah perkara luar biasa.

Tetapi Bronnach mula rasa lebih penat apabila mengandung kali ketiga. Tekanan darahnya tidak tetap: kadang-kadang ia mendadak tinggi, dan kadang-kala ia sangat rendah.

Ini telah memaksanya untuk berhenti kerja sejak hamil 30 minggu untuk berehat kerana dia selalu sakit. 

Apabila sampai minggu ke-35, Bronnach telah mengalami rasa sesemut di rahangnya. Dia rasakan perasaan itu sungguh pelik kerana rasa kebas itu bukan yang seperti biasa.

Pada mulanya, dia ingat mungkin dia sakit gigi, tetapi lama-kelamaan rasa sakit itu telah merebak ke bahagian bahunya.

Lengan Bronnach turut rasa kebas dan sangat berat tetapi ia bukan sakit yang mencucuk-cucuk, dan ia bagaikan satu ketidakselesaan yang kerap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bronnach telah pergi berjumpa doktor, dan bidan di situ telah berkata mungkin dia cuma letih kerana ini kehamilan ketiga.

Bronnach pun tidak ungkit perkara ini lagi sehingga anaknya Eoin telah dilahirkan melalui pembedahan beberapa minggu kemudian.

Serangan jantung pertama

8 hari selepas Bronnach balik dari hospital dan semasa menyusukan anaknya, tiba-tiba dia diserang rasa sakit pada dada, rahang, dan sesak nafas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa in serangan jantung kerana dia baru berusia 34 tahun, jarang minum, tidak pernah merokok dan selalu bersenam.

Keesokan harinya dia telah berjumpa dengan doktor untuk menjalankan pemeriksaan bagi mendapatkan jawapan.

Doktor telah membuat diagnosis bahawa apa yang dialami Bronnach cuma serangan panik.

Doktor itu hanya melakukan ujian tekanan darah dan ujian ketepuan oksigen dalam saluran darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila suhu badan Bronnach mula naik, dia tertanya-tanya, “Mungkinkah ia sepsis? Mungkin parut pembedahan Caeser saya telah dijangkiti?”

“Apa yang patut saya lakukan jika rasa sakit dan sesak nafas itu berulang?” tanya Bronnach.

Jawapan doktor? “Bernafas ke dalam beg kertas.”

Serangan kedua

Beberapa minggu kemudian tanpa mengetahui sebabnya, Bronnach telah mengalami serang jantung kedua. Ibu Bronnach yang dulu seorang jururawat menasihatkan Bronnach untuk pergi ke hospital dengan segera. 

Apabila di hospital, Bronnach dan suaminya telah berjumpa dengan doktor yang memberi diagnosis serangan panik. Doktor itu terus arahkan pemeriksaan x-ray dan darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bronnach diminta untuk berhenti menyusukan anaknya kerana dia akan dipindah ke wad rawatan separa rapi. Mereka mensyaki ada yang tidak kena dengan jantungnya.

Sebaik sahaja saya dipindahkan ke bilik peribadi, simptom itu bermula lagi. Apabila Bronnach disambungkan ke mesin ECG – ia menunjukkan serangan jantung yang teruk. 

Bronnach terpaksa dibedah dengan segera!

Semasa pembedahan arteri koronari ketiga, Bronnach mengalami serangan jantung lagi.

Jantungnya telah berhenti berfungsi dan tidak mampu untuk mengepam kerana arteri utama sudah koyak.

Doktor terpaksa memasangkan mesin pintasan jantung supaya Bronnach boleh hidup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Cuma 5 tahun untuk hidup

Sumber gambar: Mike Pinches

Keadaan Bronnach bukan disebabkan masalah genetik. Arteri jantungnya tidak tersekat akibat pemakanan atau gaya hidup yang tidak baik, ia hanya nasib malang.

Doktor telah memberitahu Bronnach yang di mungkin hanya ada sekitar lima tahun untuk hidup.

Ramai yang tidak akan menyangka wanita muda yang sihat seperti Bronnach boleh menghidap penyakit jantung.

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang sama, sila jumpa doktor dengan segera.

Walaupun Bronnach tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup, dia bertekad untuk menjalankan hidup dengan sepenuhnya.

Sungguhpun dia tidak akan melihat dengan mata sendiri, Bronnach berharap ketiga-tiga anak lelakinya akan membesar menjadi orang yang baik dan berguna.

Sumber: Mirror

Penulis

Rosanna Chio