Sesetengah ibu bapa sudahpun membawa anak membeli belah di bulan Disember untuk mengambil kesempatan semua jualan hujung tahun dan diskaun untuk membeli peralatan tulis, pakaian seragam, kasut dan beg sekolah. Alatan sekolah mula disediakan untuk kemudahan anak-anak.
Namun, sesetengah ibu bapa pula, tidak mampu untuk membeli alatan sekolah seperti pakaian seragam ataupun peralatan tulis baru. Inilah kes viral tentang anak-anak seorang ibu tunggal bernama Hasnah dari Ayer Keroh yang telah diviralkan kerana anak-anaknya berpakaian lusuh pada hari pertama ke sekolah.
Tiga anaknya, Farid Zakaria, 18; Julie Kalthum, 8; dan Fatimah Zahara Abdullah, 7, itu hanya berpakaian sekolah hasil sumbangan orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan, sejak empat tahun lalu.
Beliau berkata, “Pakaian sekolah anak saya diguna dan dibasuh bersilih ganti setiap hari dan sekarang, memanglah ia sudah lusuh. Saya tidak mampu membelikan kelengkapan sekolah baru untuk mereka, malah, wang saku juga saya tidak mampu berikan.”
Beliau juga terpaksa untuk mengajar kelas tambahan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu dengan pendapatan RM50 bagi tempoh 2 jam hanya untuk memenuhi keperluan keluarganya.
Beliau juga tidak menerima sebarang bantuan lain seperti abatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal. Pakaian sekolah anak-anaknya yang lusuh telah mengundang simpati netizen apabila beberapa keping gambar anak anaknya yang berpakaian lusuh telah diviralkan.
Gambar dan rencana dipetik daripada Berita Harian