Ibu terseret anak tanpa sengaja, kejadian menyayat hati
Hati seorang ibu hancur luluh dek kejadian menyayat hati yang menimpa anaknya tanggal 15 Februari 2018 lalu. Anak lelakinya meninggal dunia selepas secara tidak sengaja terseret oleh MPV yang dipandu si ibu. Kejadian ibu terseret anak tanpa sengaja ini terjadi di Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang.
Menurut rakan ibu tersebut, ibu mangsa menyangka anak bongsu daripada 5 beradik itu berada di dalam rumah. Semasa memandu beberapa meter, dia terasa seperti ada sesuatu tersangkut pada tayar keretanya.
Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menyangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsunya berada di bawah ‘bumper’ hadapan.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun gagal diselamatkan.
Ibu mangsa berkata, dia menyangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut. Tetapi dia terkejut apabila melihat anaknya di dalam keadaan tidak bermaya.
Suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI). Kenalan keluarga mangsa turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi dugaan berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.
Kejadian ibu terseret anak tanpa sengaja : Tip keselamatan di rumah
Kejadian ini sungguh meruntun jiwa. Kita harus mengambil iktibar dengan apa yang sudah terjadi kepada keluarga ini.
Jadi, berikut adalah beberapa tip keselamatan di rumah yang anda boleh praktikakan bagi mengelakkn kejadian seumpama ini.
- Pastikan anak-anak berada dalam rumah dan kunci pagar sebelum menaiki kenderaan.
- Periksa di bawah kenderaan tiada apa-apa sebelum menaiki kenderaan (contohnya ramai selalu memeriksa tiada haiwan peliharaan)
- Jika keluar bersama anak, sebelum bergerak, pastikan anak-anak masuk kenderaan terlebih dahulu, dan anda terakhir sekali.
- Semasa pulang ke rumah, pastikan anak-anak keluar selepas enjin kenderaan di matikan.
- Pastikan anda tidak memasang radio dengan kuat semasa menaiki kenderaan agar boleh mendengar jika apa-apa terjadi.
- Pastikan ada penjaga menjaga mereka ketika anda hendak keluar.
- Jangan benarkan mereka membukak atau menutup atau menjaga pagar rumah ketika anda hendak memakir kenderaan.
- Ajar anak anda tentang bahaya mendekati kenderaan yang enjinnya hidup.
- Ajar anak anda untuk tidak meluru keluar berdekatan dengan kenderaan semasa enjin hidup.
- Ajar mereka untuk sama-sama menjaga di antara adik beradik.
- DAN paling utama, JANGAN menggunakan telefon semasa memandu.
Nampak remeh bukan, seperti tidak penting. Tetapi malang tidak berbau, ia boleh terjadi bila-bila, di mana sahaja, kepada sesiapa sahaja.
Jadi lebih baiklah kita menitik beratkan yang remeh sebelum terjadinya kecelakaan.
Apapun, takziah buat keluarga mangsa. Apa tip keselamatan yang anda amalkan di rumah? Jom kongsikan dengan kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: harian metro
Baca juga:
Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun maut selepas kereta dirempuh bas