Ibu tiri jahat mandikan kanak-kanak empat tahun dalam air panas sebagai hukuman

“Separuh daripada badannya nyata melecur hingga kulitnya tertanggal daripada badan”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila Robert Richie III masuk tidur malam itu, dia tidak menyangka dia akan bangun keesokan paginya, dengan sebuah berita buruk. Dia telah menemui anak lelakinya yang berusia empat tahun – kaku, keras dan tidak memberi respon.

Dalam panggilan telefonnya kepada pihak polis, Robert teresak-esak menangis.
“Saya rasa anak saya mati,” tangisnya.
“Dia kaku, macam papan.”

Mereka bergegas ke Pusat Perubatan Atrium di Middletown, Ohio – di mana kecurigaan Robert terjawab. Austin Derreck Cooper telah disahkan mati kerana kejutan daripada kehilangan darah dan air.

Sebab kematian anak itu? Ibu tirinya yang jahat.

Robert memberitahu pihak polis kali terakhir dia melihat anaknya itu adalah sebelum isterinya, Anna Richie – yang berusia 25 tahun, memberikan mandian panas kepada Austin.

Pendakwaraya percaya yang ibu tiri itu telah meletakkan Austin dalam mandian air yang terlampau panas, sebagai sebuah hukuman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kanak-kanak itu keluar daripada air panas tersebut, “separuh daripada badannya nyata melecur hingga kulitnya tertanggal daripada badan.”

Menurut laporan Washington Post, pendakwaraya mengatakan kulit kanak-kanak tersebut telah tertanggal daripada kakinya dan pendarahan keluar dengan banyak.

Pendakwaraya juga mendakwa – ibu tiri tersebut tidak mendapatkan bantuan perubatan, sebaliknya mengenakan pakaian tidur dan stokin pada Austin, lalu menidurkannya.

“Kesakitan untuk berada dalam tab mandi itu selama satu atau dua minit, pasti amat menyeksakan.” kata David Fornshell, pendakwaraya Warren County.
“Sebagai seorang ayah, ia buat kamu marah, sebab seseorang boleh buat begini pada seorang kanak-kanak.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang penyiasat di Franklin turut menyatakan yang Richie boleh mendengar tangisan anak lelakinya itu sepanjang malam, namun Anne meminta dia tidak menghiraukan Austin atau pergi memeriksanya.

Sheri Gredig – nenek kepada kanak-kanak yang berusia empat tahun itu, memberitahu pemberita, “Dia berkelakuan biasa, macam dia tidak berbuat salah, macam dia [hanya] pukul Austin.”

“Anna Richie seorang wanita yang memang jahat. Dia tidak patut dibenarkan bebas berjalan lagi… Saya mahu dia dihukum mati. Dia ambil cucu kesayangan saya? Saya mahu dia.”

Anna Ritchie telah didakwa atas tuduhan membunuh, pembunuhan tidak sengaja, serangan dengan niat feloni, dan membahayakan kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan