Melahirkan cucu sendiri?

Kes ibu tumpang agak jarang berlaku di Malaysia. Namun ianya sesuatu yang biasa di luar negara. Ketahui mengapa seorang ibu yang menawarkan diri menjadi ibu tumpang bagi anak kandungnya sendiri di United Kingdom baru-baru ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melahirkan cucu sendiri?

Sanggupkah ibu-ibu meminjamkan rahim bagi mengandungkan anak untuk pasangan lain?

Bagaimana pula jika pasangan tersebut adalah anak dan menantu sendiri?

“Saya bakal melahirkan cucu sendiri”

Itulah yang bakal terjadi kepada Linda Donaghey, apabila beliau menawarkan diri untuk menajdi ibu tumpang kepada anak perempuannya sendiri, Sarah Donaghey.

Impian Sarah untuk menjadi seorang ibu berkecai apabila beliau diberitahu bahawa satu-satunya cara bagi memulihkan kanser servik adalah dengan menjalankan pembedahan membuang rahim atau hysterectomy.

Walau bagaimanapun, Sarah menyimpan harapan kerana ovarinya masih menghasilkan telur. Sementara menunggu pembedahan, Sarah dan suaminya, Stuart Simpson, mula mencari ibu tumpang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

BERKAIT: Cara-cara meningkatkan peluang kehamilan.

Kebimbangan terhadap ibu tumpang

Idea ibu tumpang sangat bernas namun mereka bimbang ibu tumpang tidak mahu menyerahkan bayi yang dilahirkan kelak. Ini kerana bayi tersebut secara biologi milik mereka tetapi dari sudut undang-undang masih milik ibu tumpangan.

Disebabkan kebimbangan ini, Linda tidak teragak-agak menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang buat pasangan Sarah dan Stuart. Namun, perancangan mereka kini menghadapi masalah apabila pihak berkuasa tempatan tidak akan membayar kos rawatan IVF bagi pasangan tersebut kerana Stuart mempunyai anak hasil perkahwinannya yang lalu.

BERKAIT: Bonding with newborn for moms.

Ibu tumpang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Istilah ‘ibu tumpang’ diberikan kepada wanita yang mengandungkan bayi bagi pasangan suami isteri yang tidak dapat melakukannya sendiri. Pasangan akan memberikan sperma dan telur mereka untuk disenyawakan melalui proses In-vitro Fertilisation (IVF). Embryo yang dihasilkan akan kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang.

Ibu tumpang akan mengandungkan bayi sehingga saat melahirkan. Selepas dilahirkan, bayi akan diserahkan kepada pasangan suami isteri. Biasanya terdapat persetujuan antara pasangan dan ibu tumpang tentang bayi yang akan diserahkan selepas dilahirkan dan ibu tumpang akan dibayar sejumlah wang kerana membantu mengandungkan bayi tersebut.

BERKAIT: In-vitro Fetilization Explained

Masalah yang mungkin timbul

Bagi ibu tumpang dan bayi, antara mereka akan terhasil hubungan genetik. Sesetengah pandangan berpendapat ini boleh menimbulkan masalah kerana ia akan mencipta ikatan antara bayi dan ibu tumpang. Hasilnya, akan sukar bagi ibu tumpang untuk menyerahkan bayi yang dilahirkannya kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, berkemungkinan juga bayi yang dilahirkan menghidapi masalah kesihatan secara genetik sekiranya tahap kesihatan ibu tumpang tidak diperiksa terlebih dahulu. Proses mendapatkan perkhidmatan ibu tumpang ini juga agak mahal, melahirkan kontroversi dan agak kompleks dari sudut undang-undang.

BERKAIT: Bagaimana saya tahu bila sudah tiba waktu bersalin?

Ibu tumpang di Malaysia

Di Malaysia, tiada undang-undang sivil khas berkaitan ibu tumpang, juga tiada statistik yang dapat menunjukkan jumlah kes ini.

Namun bagi umat Islam, khususnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat.

Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan telur adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Rujukan:

'I'm going to give birth to my grandchild': Grandmother, 49, offers to be surrogate for her 27-year-old cancer survivor daughter
Surrogacy
Gestational carriers (surrogacy)
Hukum Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat

Adakah anda pernah mendengar pengalaman tentang ibu tumpang? Kongsikannya di ruangan komen di bawah :)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan