Ibu Gantung Anak Sendiri Apabila Suami Tak Jawab Panggilan!

Gara-gara suami tak jawab panggilan, ibu ini sanggup ugut nak gantung dan bunuh anaknya sendiri! Apa cerita disebalik perbuatan kejam ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

AMARAN: Video yang dipaparkan dalam artikel ini mungkin bukan untuk tontonan semua umur

Ibu ugut gantung anak sendiri

Thailand – Seorang ibu Nareumon Jampasert telah cuba menggantung anaknya sendiri gara-gara suaminya tak menjawab panggilan telefonnya!

Kejadian berlaku di Bangkok. Wanita itu merekod sebuah video memperlihatkan dia cuba gantung anak sendiri dengan tali di leher.

Video yang direkod itu kemudiannya dihantar pada suaminya.

Anda boleh lihat video terbabit seperti di bawah:

https://youtu.be/Gj_0qyPosFA

Footage yang agak “mengganggukan” ini menunjukkan seorang isteri yang cemburu ingin menggantung anak lelakinya yang masih kecil.

Semua gara-gara dia mengesyaki si suami itu telah curang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaitan:

https://my.theasianparent.commengapa-lelaki-suka-curang-walaupun-sudah-berkahwin/

Ugut gantung anak kerana syak suami curang

Anak tak bersalah ini baru berusia 1 tahun. Dia sengaja dibiarkan “tergantung” dalam video tersebut.

Kanak-kanak yang ketakutan itu mengerang kesakitan sebelum dicampak ke katil dan terus menangis. 

Ibu yang mungkin terganggu ini kemudiannya mengugut untuk membunuh bayi itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia dipetik mengatakan –

“Kau nampak Joe (suami). Kau kisah sangat apa cakap orang. Ini anak kau. Ini tali.” “Dia tak mati lagi. Aku tak bunuh dia lagi. Kau kena jumpa aku hari ini. Kalau kau tak balik, tengoklah apa jadi.” “Kenapa kau tak mahu jawab telefon?!!”

Si suami dikatakan tak menjawab telefon dan sering sibuk bekerja. Apabila dia menerima video itu dari isterinya, dia pantas memberi video tersebut pada kakak dan ibunya.

Kredit gambar: Mirror

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka berdua terus menyiarkan video itu di atas talian untuk memberi amaran kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa menahan ibu yang nak gantung anak ini

Menurut laporan, selepas pihak berkuasa Bangkok melihat video tersebut – mereka pantas menyerbu sebuah apartmen pada pukul 4.30 petang.

Ibu itu ditahan dan kanak-kanak kecil itu diperiksa

Ketika disoal siasat, ibu itu pantas menangis dan meminta maaf. Menurutnya, dia tertekan kerana jualan online shop dia menurun.

Malah, dia juga syak suaminya curang kerana dia asyik kerap bekerja lewat malam!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambil menangis, ibu itu menjelaskan –

“Saya tertekan. Saya kecewa. Mulanya saya nak bunuh diri. Saya buat benda itu pada anak saya sebab saya tak fikir. Saya terlalu ikut emosi.” “Saya rasa suami dah tak kisah pasal saya dan anak saya lagi.” “Saya nak cederakan anak saya supaya suami saya pun rasa kesakitan yang saya rasa!”

Nasiblah kanak-kanak itu tak cedera! Namun, Leftenan Col Samat Gringaew memberitahu media, pihak berkuasa takkan menyaman ibu terbabit. 

Ini kerana jika ibu itu masuk penjara, siapa akan menjaga anaknya?

Sebenarnya, ini bukan kali pertama ada ibu bapa yang terganggu “menyiarkan” apa mereka buat pada kanak-kanak di media sosial.

Apa pandangan anda tentang isu ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga semuanya selamat untuk anda dan keluarga!

Sumber rujukan: Mirror dan The Indian Express

Kredit gambar: The Indian Express

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comayah-membunuh-anaknya-secara-live/

Penulis

Ayu Idris