9 Pengakuan Jujur Dari Seorang Ibu Yang Bekerja Sambil Mengurus Anak

Setiap ibu yang bekerja tapi masih sibuk menguruskan anak dan keluarga pasti sebenarnya ingin mengaku 9 pengakuan jujur ini. Betul tak ibu-ibu semua?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengakuan jujur ibu yang bekerja

Wahai anak-anak ibu, 

Pengakuan jujur ini sengaja ibu tulis untuk kamu. Ibu mahu berterus terang kerana ibu rasa kamu berhak mengetahui apa yang ibu rasa dan apa yang ibu simpan dalam hati.

Maafkan ibu kerana ibu selalu sibuk bekerja. Kamu mungkin rasa ibu tak sayang kamu kerana ibu tak ada masa untuk kamu. 

Tapi, ketahuilah sayang... kamu adalah segala-galanya untuk ibu. Kamulah nyawa dan pengarang jantung ibu. Ibu sanggup buat apa saja demi kamu, anak-anak ibu.

Jadi seorang ibu yang bekerja sambil menguruskan anak-anak bukan tugas mudah. Maka, terimalah 9 pengakuan jujur yang ibu ingin luahkan ini.

Semoga selepas ini kamu lebih memahami apa yang ibu rasa...

1. Kamu paling penting dalam hidup ibu, walaupun ibu selalu sibuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maafkan ibu kalau minggu ini ibu sibuk sangat. Sama macam minggu-minggu lepas. Ada banyak benda ibu kena buat. Minggu ini jugalah boss beri banyak tugasan yang perlu ibu urus.

Tapi kamu adalah segala-galanya untuk ibu. Tumpuan ibu bukan pada kerja saja. Tumpuan ibu adalah untuk beri yang terbaik buat kamu dan keluarga kita. Ingat itu!

2. Ibu kena urus kerja dan rumah dalam masa yang sama

Dulu, ibu selalu roll eyes pada teman kerja yang ada anak. Mereka selalu kelam-kabut buat semua benda. Nak uruskan kerja di pejabatlah, nak uruskan anak yang dihantar ke nanny lah.

Tapi sekarang ibu sendiri buat semua itu. Ibu kena urus semua kerja di rumah atau di pejabat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, maafkan ibu kalau ibu selalu terbawa balik kerja ke rumah. Maafkan ibu kalau ibu sibuk belek telefon ketika sedang menemani kamu.

Adakah kamu juga tengah roll eyes pada ibu sekarang?

3. Ibu juga mencarut

Walaupun ibu selalu marah bila dengar kamu mencarut dan mengeluarkan ayat yang tidak elok, tapi sebenarnya... ibu pun mencarut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila ibu sibuk di pejabat dan ada pelbagai masalah yang datang entah dari mana, ibu terlepas cakap dan akan mengeluarkan ayat tidak elok yang ibu tak bagi kamu sebut. Tapi kamu jangan ikut ibu, ya!

4. Ibu nak cepat, jadi tak sempat nak masak makanan kegemaran kamu

Ingat bila kamu minta ibu masak kentang goreng kegemaran kamu, tapi ibu tak masak dengan asalan kentang goreng habis?

Ibu sebenarnya tipu kamu. Bukan apa, ibu nak cepat dan tiada masa nak betul-betul masak apa yang kamu inginkan. Maafkan ibu!

5. Ibu judge anak orang lain yang serabai, sebelum ibu ada kamu

Sebelum ini, ibu akan judge mana-mana ibu bapa yang biar anak mereka keluar rumah dengan rambut tak disikat atau dengan baju yang tak matching langsung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi sekarang baru ibu sedar satu perkara. Betapa ibu sikat rambut kamu atau pakaikan kamu pakaian yang sedondon pun, nanti kamu akan bermain dan jadi selekeh juga.

Jadi, maafkan ibu, ya!

6. Ibu beri alasan kenapa baju berlambak tak dilipat

Ibu sebenarnya selalu beri alasan sibuk menguruskan kamu jika ada belambak baju yang tak dilipat bertimbun atas katil.

Ibu tak ada masa nak lipat semua itu. Ibu janji nanti ibu kemas!

7. Ibu tak suka kejutan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dulu waktu muda-muda mungkin ibu suka dengan kejutan sampai ibu selalu berharap ayah kamu akan bagi kejutan setiap kali hari jadi ibu.

Tapi sekarang tak lagi. Jadi kamu jangan tiba-tiba bagi ibu kejutan dengan bawa balik buku rekod peperiksaan penuh markah merah atau sebagainya. Ibu boleh kena serangan jantung!

8. Ibu dah tak kisah tentang kecantikan badan sendiri

Selepas beranak dan kembali bekerja, ibu kena mengaku yang ibu sebenarnya sudah malas atau sudah tak kisah tentang kecantikan badan ibu sendiri.

Sebenarnya, semua ini adalah satu bentuk pengorbanan. Nampak parut yang ada pada perut ibu itu? Itu bukti ibu bersusah payah nak melahirkan kamu dulu!

Jadi, tak kisahlah kalau orang kata ia buruk atau apa. Ibu sudah penat.

9. Tolong jangan buat perangai setiap pagi

Setiap pagi adalah waktu yang paling sukar untuk ibu. Ibu kena bersiap untuk ke tempat kerja, kena siapkan kamu untuk hantar ke daycare dan sebagainya.

Jadi tolonglah jangan buat perangai setiap pagi. Ibu penat dan tak larat nak melayannya. Tolonglah berikan ibu satu pagi yang lancar dan menenangkan saja!

Tapi sayang, ibu sanggup berkorban apa saja demi kamu, ayah dan keluarga kita. Walau berapa banyak pengakuan jujur ibu buat pun, kamu tetap yang pertama dalam hati ibu!

 

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Singapore

Kredit gambar: E Group Engage

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris