Hubungan antara seorang anak dengan ibunya mungkin kelihatan tak cukup rapat, tapi semua anak tahu nilai kasih sayang seorang ibu. Apabila kita sudah semakin besar dan bekeluarga ini, kita sedar ibu merupakan ibu yang terbaik kita pernah dapat!
Oleh sebab itu apabila kajian mengatakan ibu adalah BFF terbaik yang anak pernah dapat, saya setuju sangat! Masih ingat BFF anda? Kalau ada apa-apa, anda akan report pada BFF dulu. Dialah teman bergosip dan meluahkan perasaan.
Well, guess what – ibu anda itu adalah BFF terbaik anda! Dan ini antara 7 bukti mengapa anda juga patut merasainya seperti itu juga:
1. Ibu BFF yang hebat sebab dia mahu yang terbaik untuk anda
Tiada siapa sehebat wanita ini. Orang lain mungkin akan ada hasad dengki tidak mahu anda berjaya atau “lebih” dari orang lain.
Namun bukan dia! Sebab itu dia BFF terbaik yang anda pernah ada! Dia sanggup buat (berkorban) apa saja demi mendapatkan yang terbaik untuk anda. Semuanya demi anak-anaknya.
2. Ibu yang hebat akan selalu ada bila anda memerlukan
Waktu kita susah, siapa yang kita cari dulu? Tak kisahlah waktu malam atau siang, kita selalu bergantung pada ibu jika kita amat memerlukannya. Nak cari barang yang tak dijumpa dulu pun kita cari ibu dulu!
Sesiapa yang sudah kehilangan orang tua pasti akan merasai kesakitan kehilangan insan terbaik ini. Mereka pasti rindu nak telefon dan mengadu semua hal…
3. Dia tak pernah menipu kita
Kadang-kadang, kita mungkin akan berbeza pendapat dengan ibu kita dalam beberapa perkara. Tapi hati dan naluri ibu ini kuat dan lain macam, tahu? Apa yang mereka rasa/kata selalunya tepat.
Ingat tak bila kita tak minta pun pendapat ibu kita, tapi mereka tetap nak beri pendapat dan bantu kita? Itu sebab mereka tak mahu menipu dan inginkan yang terbaik.
4. Ibu yang terbaik sebab dia sanggup berkorban SEGALA-GALANYA!
Tiada orang lain yang mengandungkan kita selama 9 bulan selain si ibu. Tiada orang lain yang sanggup berjaga siang malam untuk mendodoi dan menyusukan kita selain si ibu.
Tiada siapa yang sanggup bersusah payah menguruskan rumah tangga dengan membesarkan anak-anak, melainkan si ibu. Dia sudah banyak berkorban untuk kita, anak-anaknya.
5. Dia tak pernah bagi nasihat yang memburukkan keadaan
Tak seperti sesetengah BFF yang kita ada, ibu telah melalui pelbagai cabaran dalam hidupnya. Beliau sungguh bijak mengharungi cabaran itu dan akan menurunkan segala petua atau tips buat kita.
Percayalah ibu anda. Mereka beri nasihat kerana “sesuatu”. Sesiapa yang sudah tiada ibu pasti akan merindu saat-saat menelefon ibu untuk meminta nasihat….
6. Dia tahu semua benda tentang anda
Tak payahlah nak menipu ibu kita. Semua benda dia sudah tahu dari anda, anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu.
Apa saja yang anda buat, sama ada salah atau tidak, sudah diketahui oleh si ibu. Mereka ini lebih power dari BFF yang kita ada sampai tiada rahsia kita boleh sorok dari mereka!
7. Dia sayang kita walau apapun yang terjadi
Walaupun kita terlibat dengan pelbagai masalah, walaupun kita selalu tak dengar nasihat, walaupun kita selalu meninggikan suara pada parents kita… tapi si ibu itu tetap sayang akan kita.
Dan kasih sayang itulah yang patut kita pegang. Kita tahu, walau apapun yang terjadi, kita tetap ada ibu yang takkan meninggalkan kita. Kita tahu mereka akan sayang kita.
Inilah keistimewaan seorang ibu terbaik. Mereka ibarat BFF hebat yang pernah kita ada. Mereka adalah wanita mulia yang tidak ternilai kasih sayangnya. Merekalah syurga kita.
Buat pembaca yang masih mempunyai orang tua, hargailah mereka. Hormat dan curahkan kasih sayang kita pada mereka pula. Entah berapa lama Tuhan pinjamkan mereka pada kita.
Bila tiba masanya nanti, hilanglah satu nikmat dunia yang amat bernilai itu. Selagi nyawa dikandung badan, curahkan segala yang kita ada untuk ibu bapa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: “Mak kata saya bodoh” Rintihan seorang murid