Ibubapa vs Guru

Bagaimanakah anak-anak kita boleh membesar menjadi orang yang baik jika kita sebagai ibubapa gagal menjadi contoh yang baik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anak masuk tahun satu, ibubapa pasti orang yang paling gembira dan teruja melihat anak berpakaian sekolah baru. Anak kita baru nak bergaul dengan berpuluh-puluh murid yang lain dan mula belajar. Oleh itu memang dijangka kalau banyak masalah timbul semasa murid sedang menyesuaikan diri di awal permulaan sekolah.

Tetapi ini tidak bermakna hanya kanak-kanak yang menyebabkan masalah. Kadang-kadang masalah timbul disebabkan ibubapa yang cerewet, terlampau manjakan anak, dan suka menunjukkan kuasa mereka. Anak-anak sentiasa memerhatikan tingkah laku kita. Sebagai ibubapa, kita perlu sedar dan berhati-hati agar tidak berkelakuan melampau.

Di sini adalah beberapa contoh karenah ibubapa yang tidak disuka guru.

kredit : redakamerah

"Anak saya layak layanan khas"

Ya, anak anda memang istimewa, tetapi begitu juga setiap pelajar lain dalam kelas. Jangan ingat anak sendiri sahaja yang layak diberi layanan khas dan tidak perlu mengikut peraturan sekolah atau menyiapkan kerja rumah mereka pada masa yang ditetapkan.

Semua murid bakal ditegur atau dijatuhkan hukuman apabila membuat kesalahan. Jarang pernah jumpa guru-guru yang memarahi atau mendenda muridnya tanpa sebab. Memang tugas guru mendidik kanak-kanak dalam kelasnya. Sebagai seorang ibu, saya faham: sayang tetap sayang juga. Tetapi sedarlah diri, semua murid patut dilayan sama rata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Kamu tahu siapa saya?"

Ada pula segelintir ibubapa yang hilang pertimbangan atau gagal mengawal emosi sehingga nak tungguk "power" sambil bertengkar dengan guru. Tak payah nak berkira pangkat dan menggunakan pengaruh anda untuk menindas dan menyindir guru yang bertugas.

Kita semua mempunyai matlamat dan tanggung jawab yang sama untuk mendidik generasi yang akan datang. Takkan cikgu nak biar je murid tak nak belajar. Kalau murid bergaduh macam mana?

Tak kiralah siapa, kalau disabit membuat kesalahan, patut dikenakan hukuman. Bukankah ia untuk menyedarkan anak-anak tentang kesalahan yang dilakukan agar mereka belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit : MyNewsHub

Ibu bapa perlu faham mengapa anak mereka didenda. Anak anda bukan malaikat. Mereka adalah manusia yang akan melakukan kesalahan.

Ibubapa yang terlebih manjakan

kredit : Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila saya teringat pada mesej pengetua semasa hari orientasi ibubapa di sekolah anak saya, saya akan tersenyum. Tak sangka sampai pengetua sekolah pula yang terpaksa mengingatkan ibubapa supaya tidak duduk di meja kantin semasa makan tengahari.

Ruang kantin di sekolah anak saya memang sederhana sahaja. Ibubapa yang membawal bekal untuk anak mereka kena menitikberatkan soal kerusi meja yang hanya cukup untuk murid-murid sahaja.

"Anak anda kini sudah masuk sekolah rendah tahun 1. Mereka sepatutnya sudah pandai suap makanan sendiri," kata Pengetua hari itu.

Biarkan mereka bertanggungjawab atas barang dan buku-buku mereka sendiri. Jika mereka lupa untuk menyerahkan kerja rumah mereka, biarkan mereka menghadapi akibatnya. Dari pengalaman ini, mereka akan belajar untuk berdikari dan menabahkan diri sendiri untuk menyahut cabaran yang bakal mereka alami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibubapa yang tidak menghormat peraturan sekolah

kredit : SMK Shah Bandaraya

Jika anda sebagai ibubapa, mahu menunjukkan contoh yang baik, anda juga mesti menghormati peraturan sekolah. Berpakaian sesuai apabila ke sekolah anak, dan jangan keluar masuk sesuka hati. Ia adalah sukar untuk kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru jika ibubapa mereka sentiasa berada di sekolah.

Seorang ibu telah menceritakan kepada saya mengenai anak dia dilantik menjadi pengawas di sekolah. Duti dia menjaga kawasan tangga di mana dia ditugaskan menghalang ibubapa daripada naik ke kelas anak mereka tanpa sebab.

Apabila ditanya mengapa dia berasa begitu tertekan, dia berkata dia jarang ada masalah dengan pelajar-pelajar lain kerana mereka semua ikut peraturan sekolah. Yang selalu mengingkari peraturan dan tidak mengendah larangannya adalah ibubapa murid-murid disitu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanakah anak-anak kita boleh membesar menjadi orang yang baik jika kita sebagai ibubapa gagal menjadi contoh yang baik?

Diharapkan selepas ini, pihak ibubapa akan lebih rasional dan faham tujuan asal persekolahan anak-anak. Mereka perlu ingat, tugas guru bukan untuk mengajar sahaja, tapi juga untuk mendidik supaya murid-murid menggunakan akal dengan bermoral.

Jangan sampai guru-guru bosan dengan karenah dan tekanan, hingga membuat keputusan untuk mengajar sahaja tanpa mendidik. Akhirmya, anak kita juga yang akan terjejas akibat ini.

Penulis

Rosanna Chio