Jom Membuat Aktiviti Menarik DIY Ini Bersama Si Kecil Anda!

Tak salah jika ibu ayah cuba 3 idea kreatif DIY menarik ini dengan si manja anda, pasti mereka gembira mencubanya! Malah boleh menang RM10,000 lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dunia kini semakin maju dengan teknologi hebat yang memudahkan proses pembelajaran untuk kanak-kanak. Ibu bapa pastinya tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam arus pemodenan kan? Tetapi pada masa yang sama, mahu menerapkan kemahiran kreativiti pada mereka.

Kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun digalakkan untuk bermain di luar rumah untuk mengekalkan kecergasan fizikal.

Namun sebenarnya, aktiviti di dalam rumah juga bukanlah terhad kepada menonton televisyen dan membaca buku sahaja. Anda boleh meningkatkan daya kreativiti anak-anak anda dengan beberapa idea kreatif DIY ini!

Manfaat Melakukan Aktiviti Seni dan Kraf Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang kreatif lebih berfikiran jauh dan mempunyai potensi untuk menghasilkan idea yang menakjubkan. Mereka juga cenderung untuk berfikir di luar kotak bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Ini adalah beberapa manfaat aktiviti seni:

  1. Meningkatkan kemahiran motor halus: Kebanyakan projek seni dan kraf melibatkan pergerakan tangan dan jari. Pergerakan ini melibatkan kemahiran motor halus dan meningkatkan kekuatan otot keseluruhan serta membantu kanak-kanak mengawal pergerakan.
  2. Meningkatkan keyakinan diri: Aktiviti seni seperti mencipta sesuatu akan meningkatkan keyakinan diri kerana mereka akan berasa bangga dengan ciptaan mereka.
  3. Menggalakkan ekspresi diri: Seni dan kraf merupakan luahan perasan dan emosi tersembunyi buat anak-anak introvert. Selain itu, semua tenaga boleh disalurkan ke dalam usaha positif dan memberi pencapaian yang baik kepada mereka.
  4. Bantu kanak-kanak bersosial: Anak akan cenderung berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang mempunyai minat sama. Ini memberi peluang kepada mereka untuk bersosial dan membina persahabatan.
  5. Meningkatkan memori: Selain mempelajari bentuk dan warna baru, kanak-kanak juga belajar tentang corak dan angka yang berbeza. Sesetengah kraf memerlukan visualisasi reka bentuk yang rumit dan tabiat mengingati reka bentuk kompleks akan membantu kanak-kanak dalam meningkatkan daya ingatannya.
Belajar Dengan Kreatif Melalui Cabaran Little Makers

HP memperkenalkan kempen #ReinventLearning yang merupakan usaha HP bagi menggalakkan orang ramai untuk terus mencipta dengan kemudahan teknologi.

Ia bukan sahaja bersetujuan bagi menjadikan kehidupan lebih baik untuk orang ramai, malah merupakan langkah bagi perubahan besar untuk Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kempen #ReinventLearning sekaligus dapat memperluas keperluan kepakaran berdasarkan cetusan kreativiti, jalinan kerjasama dan menghubungkan orang ramai.

Dengan kemudahan pencetakan mobile melalui telefon pintar, ia lebih menyenangkan proses pendidikan berasaskan cetakan yang boleh dilakukan di rumah sahaja! Jom tengok 3 idea kreatif yang boleh dilakukan dengan mesin cetak ini, untuk dibuat bersama anak anda!

Idea Kreatif DIY #1 Shadow Puppet

Anda perlukan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Printer HP
  • Shadow puppets printable (boleh didapati di sini)
  • Sumber cahaya mudah alih (lampu obor)
  • Kertas jerami, pensel, atau kayu
  • Kad hitam
  • Kad putih
  • Pisau atau gunting
  • Gam atau pelekat semburan
  • Pita

Cara membuatnya:

  1. Cetak gambaran yang disediakan atas kertas putih
  2. Lekatkan gambar watak tadi di kad hitam
  3. Potong mengikut bentuk
  4. Lekatkan watak tersebut pada pen, straw atau kayu aiskrim
  5. Sediakan pencahayaan dan nah, sudah siap untuk dimainkan!
Idea Kreatif DIY #2 Kapal Terbang Kertas

Anda perlukan:

  • Printer HP
  • Kertas berwarna
  • Penguasa Metric
  • Gunting

Cara membuatnya:

  1. Cetak gambar yang disediakan di sini
  2. Rujuk gambarajah yang disediakan
Idea Kreatif DIY #3 Animal Kingdom Challenge (Harimau)
  • Printer HP
  • Kertas origami yang disediakan di sini
  • Gunting
  • Klip kertas

Cara membuatnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Cetak origami berwarna oren yang disediakan
  2. Lipat origami harimau seperti yang ditunjuk di bawah
  3. Lakukan beberapa origami haiwan lain bagi melengkapkan ‘Animal Kingdom’ anda!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wah, menariknya projek kreatif ini! Penggunaan mesin cetak bukan sekadar untuk kerja orang dewasa sahaja, malah sangat berfaedah untuk kanak-kanak.

Jika anda mahukan lebih tips berkenaan projek kreatif yang disediakan ini, anda boleh rujuk laman Little Makers Family Edition DI SINI. Oh ya, ada 8 projek kreatif yang disediakan, anda cuma perlu pilih berdasarkan minat anak anda!

Cabaran HP Little Makers Family Edition

Selain untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, apa kata ajak anak anda untuk menyertai Cabaran HP Little Makers Family Edition yang sedang berlangsung sekarang hingga 23 November, dan berpeluang untuk memenangi hadiah produk HP bernilai RM10,000 hanya dengan membuat projek kreatif!

Ia bukan sahaja bermanfaat untuk perkembangan anak, malah kami pasti anak pun akan seronok untuk menyertainya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caranya sangat mudah!

  1. Cetak salah satu cabaran Little Makers dan ikuti arahan.
  2. Ambil gambar keluarga dengan cabaran Little Maker yang lengkap disiapkan
  3. Muat naik ke akaun media sosial anda ATAU serahkan penyertaan anda di sini.
  4. Masukkan hashtag: #HPMY #HPLittleMakers #HPDeskjet #ReinventLearning jika anda muat naik di media sosial.

Manalah tahu anda akan memenangi barangan HP bernilai RM10,000 kan? Ini peluang yang sangat baik untuk memberi semangat untuk si kecil berusaha dan menjadi lebih kreatif!

Nah, tunggu apa lagi?

Layari https://www.hpmalaysia.com/littlemakers/ untuk maklumat lanjut.

Dengan menggunakan aplikasi pintar HP, anda boleh mencetak tanpa wayar menggunakan pelbagai pilihan pencetak HP seperti berikut:

HP DeskJet Ink Advantage 2676 All-in-One Printer

  • Kepantasan cetak sehingga 7.5 / 5.5 ppm (ISO) (Hitam/Warna)
  • Mudah cetak dari pelbagai telefon pintar dan tablet
  • Hasil Cartridge: 480/150 Halaman (Hitam/Warna)

HP DeskJet Ink Advantage 3777 All-in-One Printer

  • Kepantasan cetak sehingga 8 / 5.5 ppm (ISO) (Hitam / Warna)
  • Pencetakan tanpa wayar
  • Cetak, imbas, dan salin

HP DeskJet Ink Advantage 3835 All-in-One Printer

  • Kepantasan cetak sehingga 8.5 / 6 ppm (ISO) (Hitam/Warna)
  • 1 Hi-Speed USB 2.0
  • Boleh mencetak sehingga 1,000 halaman