Resepi Ikan Kod Kukus Yang Pantas & Sihat Khas Untuk Seisi Keluarga, Jom Cuba Untuk Berbuka Nanti!

Nak sediakan hidangan yang lebih berkhasiat untuk seisi keluarga? Ayuh cuba resepi khas daripada chef selebriti dari Singapura, Chef Sam Leong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikan kod adalah sejenis makanan laut yang paling lazat. Ia sangat popular dan menjadi pilihan utama kepada ibu-ibu yang ingin memperkenalkan anak kepada makanan laut.

Oleh sebab itu, kami membawakan kepada anda resepi ikan kod kukus yang hebat dan lazat daripada salah seorang chef selebriti terkenal Singapura, Sam Leong.

Apakah kandungan nutrisi ikan kod? 

Kredit: Abel & Cole

Rasa ikannya lembut, manis dan mengandungi nutrisi yang baik. Ia sememangnya menjadi hidangan sempurna untuk seisi keluarga dan sesuai untuk makanan buat bayi yang baru belajar merasai makanan pejal.

Ikan ini juga mempunyai sumber protein yang luar biasa. Hidangan 4 potongan ikan ini mengandungi 21 gram nutrisi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain, ia juga turut mengandungi lemak B12, Choline dan lemak omega 3 yang penting untuk keseluruhan kesihatan yang baik dan perkembangan otak anak kecil.

Resepi ikan kod kukus berkuah kicap

Kredit: Eat What Tonight

Mari semak resepi yang disediakan oleh chef terkenal ini. Bolehlah anda mencubanya untuk berbuka puasa sebentar nanti. Hidangan ini sesuai untuk 4 orang, jadi jika keluarga anda lebih daripada itu, anda perlu gandakan sahaja resepi ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang paling penting adalah anda akan perlukan 4 keping ikan kod. Pastikan anda beli ikan yang segar agar hidang rasa lebih sedap dan ‘terangkat’! 

Kalau anda lebih gemarkan rasa pedas, boleh tambah cili dalam hidangan ya! Ubah sahaja ikut kesesuaian keluarga.

Bahan-bahan ikan kod kukus:

  • 320 ml stok ayam atau air rebusan
  • 70 ml sos soya
  • 20 ml gula batu
  • Kicap hitam
  • 2 biji bawang
  • 5 biji halia dihiris halus
  • 2 tangkai daun ketumbar

Bahan untuk menghias

  • Rebus sayur choi sum
  • Bawang dicincang halus

Langkah-langkah memasak:

  1. Gaulkan kepingan ikan dengan sebiji telur putih, ¼ sudu garam, ¼ sudu gula, 1 sudu minyak bijan dan 2 sudu tepung jagung.
  2. Ambil ikan dan masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 8 minit.
  3. Sediakan kicap.
  4. Rebus bawang merah di atas ikan dan tuangkan minyak panas di atasnya.
  5. Hiaskan pinggan dengan helaian choi sum dan letakkan ikan kod di atasnya.
  6. Tuangkan sos panas di atas ikan dan taburkan bawang.

Tips memasak

  • Berapa lama ikan dikukus adalah bergantung kepada peralatan dan saiz kepingan ikan. Kemudian, rasa dahulu keenakan ikan tersebut dan harus diingatkan jangan terlebih masak! Nanti kandungan nutrisi akan hilang.

Cara menyedia sos soya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Asian Food Network

  1. Panaskan minyak jagung dan rebus sayuran.
  2. Masukkan halia, bawang dan hirisan halia.
  3. Apabila naik haruman, masukkan stok ayam atau air.
  4. Tuangkan sos ketumbar yang telah direndam selama ½ jam.

Kelebihan Ikan Kod

Selain apa yang kami senaraikan di atas, ikan ini juga amat bagus untuk merendahkan kolesterol kerana ia kaya dengan asid lemak omega-3, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko sakit jantung, menguatkan daya fungsi otak dan ia juga rendah merkuri.

Ini bermakna wanita hamil boleh makan ikan ini tanpa perlu rasa risau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga resepi ikan kod kukus ini berguna untuk anda sekeluarga.

Sumber :theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Suka Taugeh? Jangan Begitu, Banyak Khasiat Taugeh Ni & Cuba Dulu Resipi Ini Baru Anda Jatuh Cinta!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan