Showroom IKEA Tebrau berselerak: Ini mentaliti jamban, kata blogger!

IKEA Tebrau baru sahaja dibuka namun ia telah pun menjadi mangsa vandalisme oleh mereka yang tidak bermoral. Perubahan bermula dari ibu ayah. Jadi mari didik anak kita sebaiknya ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelakuan ibu ayah yang bersikap acuh tidak acuh di IKEA Tebrau

Baru-baru ini, kecoh tentang isu showroom IKEA Tebrau yang telah berselerak dan bersepah “dikerjakan” oleh para pengunjung yang tidak bermoral dan berdisiplin.

Yang lebih mengejutkan adalah, IKEA ini baru sahaja dibuka awal bulan November dan kini ia telah pun mengalami masalah vandalisme.

Mereka yang telah berkunjung ke sini telah memberikan komen di mana banyak katil telah dilenjan oleh anak kecil. Malah, kaki katilnya juga ada yang telah patah!

Barangan kaca juga banyak yang pecah, gara-gara ibu bapa tidak peka dan sensitif tentang kelakuan anak mereka.

Mainan berselerakan di lantai di bilik showroom IKEA Tebrau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Barang mainan di dalam bilik kanak-kanak di showroom juga turut bersepah dan berselerakan di atas lantai.

Khabarnya, pensil turut dicuri di IKEA

Ada juga yang menceritakan bagaimana pensil IKEA juga turut habis dicuri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengubah keadaan ini?

Apabila melihat gambar-gambar di atas, sememangnya kita berasa terkejut dan ada juga yang berasa marah dengan kelakuan tidak bermoral seperti ini.

IKEA Tebrau belum pun mencecah usia sebulan, namun ia telah pun menerima tempias vandalisme.

Buku mentaliti jamban yang mengisahkan masalah disiplin masyarakat Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut seorang blogger terkenal, Khairul Abdullah, sikap dan mentaliti sebegini layak untuk dipanggil sebagai “mentaliti jamban!”

Beliau yang juga seorang penulis buku pengembaraan dan pengarang buku “Mentaliti Jamban” sememangnya terkenal dengan pendirian beliau yang cukup tegas dalam mendidik rakyat kita supaya menjadi lebih berfikiran maju dan bermoral tinggi.

Dalam satu blog beliau yang viral, beliau telah menyentuh tentang isu perangai masyarakat kita ketika berada di IKEA, tidak kiralah sama ada di IKEA Damansara, IKEA Cheras, mahupun di IKEA Tebrau!

Adakah kita akan membiarkan katil tidak terurus sebegini di rumah sendiri?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan meja yang bersepah selepas makan di restoran IKEA (baginya, orang kita bersikap acah-acah tuan besar!), perangai orang kita ketika berebut barangan semasa hari jualan diskaun, dan sikap kita ketika melawat showroom masih lagi di tahap mengecewakan.

Panduan untuk ibu ayah yang membawa anak ke IKEA

Jadi, mari kita ambil langkah untuk berubah bermula dari hari ini. Ibu ayah sekalian, ia bermula dengan kita!

Mari kita didik anak kita sikap berdisiplin dan bertatasusila terutamanya apabila berada di tempat orang ramai.

Kredit: Themalaymailonline.com

Kalau anda memerlukan sedikit panduan bagaimana untuk memastikan anak anda kekal beradab dan sopan, mari ikuti tip berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sebelum sampai di pasaraya atau tempat orang awam, berikan nasihat dan peringatan ketika di dalam kereta lagi.
  • Berikan senarai jelas apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat.
  • Gunakan perkataan yang jelas. Contohnya, “jangan berlari di showroom”, “jangan melompat di atas katil”, “jangan menjerit” atau “duduk dan makan dengan sopan di meja”.
  • Jika anak anda gemar berlari ke sana ke sini, gunakan harness. Tidak perlu kita takut pandangan serong orang lain, ia sememangnya antara peralatan kanak-kanak yang bertujuan untuk melancarkan urusan keluar dengan anak kecil.
  • Ajak anak-anak kemas meja bersama-sama selepas makan. Kutip makanan dan lap minuman yang tertumpah di atas meja.
  • Segera bangun dari meja makan jika restoran penuh dengan orang yang sedang mencari meja makan. Tidak perlu bersembang di meja.
  • Untuk memberikan tugasan kepada anak, ajaknya untuk membantu menolak troli dan memastikannya tidak berada di tengah-tengah laluan orang ramai.
  • Pastikan anak anda tidak mengambil sebarang kertas atau pensel dari IKEA atau mana-mana sahaja pasaraya atau kedai besar lain. Jangan biasakan anak mengambil barang yang bukan haknya tanpa izin.

Dengan peringatan, nasihat dan didikan berterusan dari anda, pasti anak anda akan terbiasa untuk menjadi lebih berdisiplin.

Bak kata orang-orang lama, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jom ya ibu ayah, kita mulakan dengan anak-anak kita mulai dari hari ini!

Jika anda ada tip mendidik anak supaya lebih beradab sopan di tempat awam, mari kongsikannya di ruangan komen ya. Bolehlah ibu ayah muda lain belajar dan amalkan tip anda itu.

Sumber: Rizal Hakimm, Khairul Abdullah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Para Ayah di IKEA Malaysia Nikmati 1 Bulan Cuti Bersalin Bergaji

Penulis

Noor